NSA GOLD

Website Contact the business

NSA GOLD NSA GOLD TRADING (003149762-P)

Pakar Emas Lama & Tanpa Cop
Beli 999.9 hingga 375 | Semakan Telus
EXIT PLUS Bandar Seri Putra

14/09/2026

Customer datang bawa 3 barang kemas tanpa cop.

Bila barang tak ada cop mutu, kita tak boleh terus tentukan hanya berdasarkan warna atau rupa. Pemeriksaan perlu dibuat dahulu untuk sahkan ketulenan emas.

Selepas acid test, ketiga-tiga item ini confirm sebagai emas 835.

Jadi kalau ada emas lama, emas tiada cop, putus, kemek atau rosak, boleh bawa datang semak dulu di NSA Gold Bandar Seri Putra.

Semakan percuma sebelum jual.

Whatapps: 013-747 5634

07/09/2026

Customer datang bawa Pixiu bracelet yang sudah putus.

Katanya bracelet ni dia dapat sebagai gift, jadi dia sendiri tak pasti sama ada bahagian Pixiu ini emas asli atau emas tiruan. Dalam kepercayaan Feng Shui masyarakat Cina, Pixiu sering dikaitkan dengan rezeki, tuah dan perlindungan.

Tapi bila nak jual emas, yang paling penting ialah ketulenan emas tersebut.

Kami periksa bahagian Pixiu dan buat ujian bakar. Selepas dibakar sehingga merah, warna emas kekal tidak berubah. Kemudian barulah ditimbang.

Berat emas: 0.84g.

Kalau ada emas kecil, emas putus, barang lama, hadiah, atau barang yang tak pasti asli atau tidak, boleh bawa datang semak dulu di NSA Gold Bandar Seri Putra.

Semakan percuma sebelum jual.

Whatapps: 013-747 5634

05/09/2026

Kalung emas padu design India ni memang unik.

Tak ada cangkuk yang boleh dibuka macam rantai leher biasa. Bila tak ada cangkuk, cop mutu pun tak dijumpai. Customer cerita, kalung ni sudah lama disimpan daripada neneknya.

Untuk barang lama macam ni, kami tak boleh nilai hanya berdasarkan rupa. Pemeriksaan dan acid test tetap perlu dibuat untuk sahkan mutu sebenar.

Hasil ujian: lulus sebagai emas 916.
Berat kalung: 71.35g.

Kalau ada emas lama, tiada cop, design lama, putus, kemek atau rosak, boleh bawa datang semak dulu.

NSA Gold Bandar Seri Putra
Pembeli emas, goldbar, barang kemas lama & surat pajak.
Semakan percuma sebelum jual.

Whatapps: 013-747 5634

Pilih emas 375 kerana lebih tahan, kini terpaksa dijual untuk menghidupkan roadtax loriSeorang pelanggan menghubungi kam...
03/09/2026

Pilih emas 375 kerana lebih tahan, kini terpaksa dijual untuk menghidupkan roadtax lori

Seorang pelanggan menghubungi kami melalui WhatsApp untuk bertanyakan harga buyback emas 375.

Selepas kadar semasa dimaklumkan, beliau bersetuju lalu terus datang ke NSA Gold Bandar Seri Putra dengan membawa tiga barang kemas, dua rantai tangan dan sebentuk cincin.

Kesemua barang kemas tersebut mempunyai cop 375 dan berat keseluruhannya ialah 8.35g. Menurut pelanggan, emas berkenaan merupakan barang kemas milik anaknya.

Ketika berbual, beliau memberitahu bahawa dirinya menjalankan perniagaan pengangkutan lori. Buat masa ini, emas tersebut terpaksa dijual terlebih dahulu bagi mendapatkan wang untuk menghidupkan roadtax lori supaya urusan perniagaannya dapat diteruskan.

“Nanti bila keadaan dah okay, boleh beli lain,” katanya.

Kami turut bertanya mengapa beliau memilih untuk membeli emas 375, bukannya emas 916 yang lebih lazim dibeli oleh masyarakat kita.

Jawapannya cukup praktikal.

Menurut beliau, harga emas 375 lebih mampu milik. Oleh sebab kandungan campuran logamnya lebih tinggi, barang kemas 375 juga biasanya lebih keras dan tahan untuk pemakaian harian berbanding emas yang mempunyai ketulenan lebih tinggi.

Sambil berseloroh, beliau berkata apabila barang kemas itu dipakai, orang lain bukan tahu pun ia emas 375. Pada pandangan mata, tetap kelihatan seperti barang kemas berwarna emas yang lain.

Walaupun nilai buyback emas 375 tidak sama seperti emas 916 kerana kandungan emas tulennya berbeza, ia tetap mempunyai nilai dan masih boleh dijual selepas diperiksa.

Kadangkala, pilihan membeli emas bukan semata-mata kerana ketulenannya. Ada yang memilih berdasarkan bajet, ketahanan dan kesesuaian untuk kegunaan harian.

Dan apabila keadaan memerlukan, barang kemas tersebut tetap boleh menjadi simpanan yang membantu pemiliknya meneruskan kehidupan serta perniagaan.

Semoga urusan pelanggan ini dipermudahkan, roadtax lorinya dapat dihidupkan dan perniagaan pengangkutannya kembali berjalan lancar. Mudah-mudahan nanti ada rezeki untuk menggantikan semula emas anaknya.

Ada emas 375, 585, 750, 835, 900, 916 atau emas tanpa cop? Jangan terus menganggap emas bermutu rendah tidak boleh dijual.

Bawa ke NSA Gold Bandar Seri Putra untuk pemeriksaan dan penilaian terlebih dahulu.

📍 NSA Gold Bandar Seri Putra, Bangi
Mudah diakses melalui Exit Tol PLUS Bandar Seri Putra.

Whatapps: 013-747 5634

📢 MAKLUMAN CUTI NSA GOLDNSA Gold Bandar Seri Putra akan ditutup sementara mulai:Sabtu, 29 Ogos hingga Selasa, 1 Septembe...
29/08/2026

📢 MAKLUMAN CUTI NSA GOLD

NSA Gold Bandar Seri Putra akan ditutup sementara mulai:

Sabtu, 29 Ogos hingga Selasa, 1 September 2026

Kami akan beroperasi semula pada:

📅 Rabu, 2 September 2026
⏰ Jam 10:00 pagi

Sepanjang tempoh cuti, pertanyaan dan tempahan slot melalui WhatsApp masih dibuka seperti biasa.

Untuk makluman, harga buyback hanya akan disahkan berdasarkan harga semasa pada hari urusan dilakukan.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda kepada NSA Gold. Selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾

Makluman untuk pelanggan NSA Gold.Esok, Selasa 25 Ogos 2026, NSA Gold Bandar Seri Putra, Bangi tetap buka seperti biasa ...
24/08/2026

Makluman untuk pelanggan NSA Gold.

Esok, Selasa 25 Ogos 2026, NSA Gold Bandar Seri Putra, Bangi tetap buka seperti biasa walaupun cuti umum sempena Maulidur Rasul.

BUYBACK ON.

Untuk yang nak jual emas, boleh walk-in ke kedai seperti biasa. Semakan dibuat di kedai dan bayaran segera selepas pengesahan.

Salam Maulidur Rasul 1448H.

NSA Gold Bandar Seri Putra, Bangi

14/08/2026

Rantai leher lama ni tak ada cop langsung.

Customer cerita, rantai ni mak beliau belikan masa beliau masih kanak-kanak lagi. Sekarang customer pun dah 40-an, jadi memang lama rantai ni disimpan.

Bila barang tak ada cop, kita tak boleh terus agak mutu. Kena buat pemeriksaan dan acid test dahulu.

Hasil ujian menunjukkan rantai ini lulus sebagai emas paun.

Jadi kalau ada emas lama, emas tiada cop, emas putus, kemek atau rosak, boleh bawa datang semak dulu di 📍NSA Gold Bandar Seri Putra.

Semakan percuma sebelum jual.

Whatapps: 013-747 5634

Cincin kahwin banyak batu, tetapi emasnya masih mempunyai nilaiSeorang pelanggan datang ke NSA Gold Bandar Seri Putra de...
12/08/2026

Cincin kahwin banyak batu, tetapi emasnya masih mempunyai nilai

Seorang pelanggan datang ke NSA Gold Bandar Seri Putra dengan membawa dua bentuk cincin emas berbatu.

Menurutnya, dia sudah mencuba bertanya di beberapa buah kedai. Namun, ada yang tidak mahu menerima cincin tersebut kerana terlalu banyak batu. Jika diterima sekalipun, harga yang ditawarkan dirasakan agak rendah.

Salah satu daripadanya merupakan cincin kahwin yang mempunyai nilai sentimental buat dirinya. Memang sayang untuk dilepaskan, tetapi cincin itu sudah tidak lagi dipakai. Malah, beberapa biji batunya juga sudah tercabut.

Selepas pemeriksaan dilakukan, kedua-dua cincin tersebut dikenal pasti sebagai emas 750, atau lebih dikenali sebagai emas 18 karat.

Barang kemas berbatu tetap boleh mempunyai nilai. Namun, penilaiannya perlu dibuat berdasarkan ketulenan serta berat bersih emas, bukan berat keseluruhan yang turut merangkumi batu.

Selepas proses pemeriksaan dan pengiraan diterangkan, pelanggan tersebut bersyukur kerana akhirnya berjaya menjual cincin berkenaan pada nilai yang memuaskan.

Cincin itu mungkin tidak lagi sempurna seperti ketika mula dipakai, tetapi emas yang terkandung di dalamnya tetap bernilai.

Kadangkala, perkara yang membuatkan sesuatu barang sukar diterima seperti batu yang banyak, batu tercabut atau rekaannya yang lama tidak semestinya bermaksud emas tersebut sudah hilang nilainya. Periksa dahulu sebelum membuat kesimpulan.

Ada cincin berbatu, emas rosak, kemek, putus atau batu sudah tercabut? Boleh bawa ke NSA Gold Bandar Seri Putra untuk pemeriksaan dan penilaian terlebih dahulu.

Kami menerima emas 999.9, 999, 916, 900, 835, 750, 585, 375 serta emas tanpa cop, tertakluk pada hasil pemeriksaan.

📍 NSA Gold Bandar Seri Putra, Bangi.
Mudah diakses melalui Exit Tol PLUS Bandar Seri Putra.

11/08/2026

Rantai leher pintal padu 916, berat lebih 86 gram.

Barang macam ni bukan sekadar tengok cantik atau lama. Kita tetap semak cop, periksa keadaan barang dan timbang dengan teliti sebelum harga diberikan.

Bila berat dah 86g+, nilai emas memang boleh jadi besar. Hampir macam harga sebuah Perodua Bezza.

📍NSA Gold Bandar Seri Putra
Pembeli emas, goldbar, barang kemas lama & surat pajak.
Semakan percuma sebelum jual.

Whatapps: 013-747 5634

Cincin terpaksa dipotong, tetapi harga emas tetap samaPagi-pagi sebelum kedai dibuka, telefon kami berdering beberapa ka...
07/08/2026

Cincin terpaksa dipotong, tetapi harga emas tetap sama

Pagi-pagi sebelum kedai dibuka, telefon kami berdering beberapa kali. Rupa-rupanya seorang pelanggan mahu bertanya harga buyback emas 916 pada hari tersebut.

Selepas kami maklumkan kadar semasa, pelanggan itu bertanya satu lagi soalan.

“Puan, saya ada sebentuk cincin di jari. Masalahnya sekarang cincin ini dah tak boleh dikeluarkan. Jari saya makin berisi dan macam-macam cara dah cuba, tetapi masih tak berjaya. Boleh bantu keluarkan tak?”

Kami terus menjawab:

“Boleh, puan. Datang sahaja ke kedai, nanti kami bantu potong cincin tersebut.”

Namun, sebelum datang pelanggan itu masih mempunyai satu kebimbangan.

“Kalau cincin dah dipotong, harga buyback tak jatuh ke?”

Jangan risau. Bagi urusan jual emas di NSA Gold, barang kemas yang masih elok, sudah putus, kemek atau terpaksa dipotong tetap dinilai berdasarkan berat dan ketulenan emas sebenar bukan berdasarkan keadaan atau rupa barang tersebut.

Tidak lama kemudian, pelanggan terus hadir ke NSA Gold Bandar Seri Putra. Cincin yang sudah lama tersangkut akhirnya berjaya dikeluarkan dengan cara memotong bahagian gelungnya.

Selepas dikeluarkan, cincin tersebut diperiksa sebelum proses penilaian dan pembayaran diteruskan seperti biasa. Walaupun bentuknya sudah terpotong, nilai emasnya tidak berubah hanya kerana ia tidak lagi sempurna sebagai barang kemas.

Ramai pemilik emas bimbang barang yang rosak, putus atau kemek akan dibeli pada harga lebih rendah. Hakikatnya, emas tetap mempunyai nilai berdasarkan kandungan emas yang ada padanya.

Jadi, jangan terus membuang atau menyimpan emas rosak kerana menyangka ia sudah tidak bernilai. Periksa dahulu, barang kecil atau rosak sekalipun masih boleh mempunyai nilai.

Ada cincin tersangkut, emas rosak, putus atau kemek yang mahu dijual? Boleh datang ke NSA Gold Bandar Seri Putra untuk pemeriksaan dan penilaian.

📍 NSA Gold Bandar Seri Putra, Bangi
Mudah diakses melalui Exit Tol PLUS Bandar Seri Putra.

Whatapps: 013-747 5634

Address

No 4A-1 First Floor Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra
Bangi
43000

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NSA GOLD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NSA GOLD:

Shortcuts

Share