26/04/2017
*PROGRAM AMAL RIDE FOR JALIL*
'Ride For Jalil' yang akan diadakan pada 29 - 30 April 2017 merupakan sebuah konvoi amal di bawah naungan Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dalam usaha mengumpul 700 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari seluruh Malaysia, Singapura dan Thailand ke negeri Johor bagi menyokong Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor; sebuah yayasan kanser yang diilhamkan oleh Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor. *Konvoi tersebut akan diketuai oleh Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor.*
♦Sumbangan Minimum *RM200* / orang untuk menyertai konvoi
♦*PERCUMA* T-shirt, cenderamata, penginapan, makanan dan minuman
♦Penginapan di Thistle Johor Bahru & Mutiara Johor Bahru
Setiap peserta diminta melengkapkan borang 👇🏼
https://goo.gl/forms/6Ge35VMLWSzbWMfw2
Pihak penganjur akan menyediakan senarai peserta kepada wakil kelab untuk mengumpul sumbangan daripada setiap ahli.
Sumbangan akan disalurkan terus ke akaun *Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor* oleh wakil kelab dan bukti pembayaran hendaklah diberikan kepada pihak penganjur.
*Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation*
551342-120711 Maybank Berhad
*Aturcara Program*
2⃣9⃣ April 2⃣0⃣1⃣7⃣ / Sabtu
▫8.00am - Pendaftaran di Muar
▫10.00am - Konvoi bermula dari Dataran Tanjung Emas, Muar ke Dataran Tasik Kluang, Kota Tinggi
▫12.00pm - Site Event, Dataran Tasik Kluang
▫1.45pm - Konvoi dari Dataran Tasik Kluang ke Kota Tinggi (2 pit stop amal di rumah pesakit kanser)
▫4.30pm - Konvoi dari Kota Tinggi ke Johor Circuit di Pasir Gudang
▫5.30pm - Konvoi dari Pasir Gudang ke Dataran Bandaraya JB
▫6.00pm - Aktiviti di Dataran Bandaraya JB
▫7.00pm - Daftar masuk hotel
3⃣0⃣ April 2⃣0⃣1⃣7⃣ / Ahad
▫9.00am - Sarapan di Hotel
▫11.00am - Daftar keluar hotel
▫11.30am - Sidang Media
▫12.00pm - Makan Tengah Hari Amal RFJ di Hotel Renaissance Johor Bahru
▫3.00pm - TG to KL
for enquiries please contact us - mailto:[email protected] | TEL:+60378860004