24/09/2026
Gambar di bawah ini diambil ketika kami duduk semeja menikmati dinner di atas Avalon Cruise.
Saya memandang wajah abang long Dr Fadhli | Dealer Aktif Public Gold dan kak long Ain Najwa | Simpan Emas dalam TDS_G100 ini, lalu teringat satu perkara:
Mereka semua bermula sebagai penyimpan emas.
Hari ini, mereka sudah menjadi leader dalam TDS_G100 yang membimbing rangkaian penyimpan emas berpuluh ribu orang. Saya bangga melihat sejauh mana mereka melangkah, dan berapa ramai keluarga yang mendapat manfaat daripada bimbingan mereka.
Namun, ada satu pesanan yang saya selalu ingatkan kepada mereka.
Walau sehebat mana kita berjaya, pasti ada orang yang lebih hebat daripada kita. Maka, tetaplah rendah hati.
Lihatlah Mentor Tuan Haji Mohd Zulkifli Shafie . Semakin tinggi pencapaian beliau, semakin banyak orang yang beliau bantu naik bersama. Itulah contoh kepimpinan yang saya mahu kita bawa dalam TDS_G100.
Kejayaan kita bukan diukur pada sejauh mana kita sudah melangkah, tetapi pada berapa ramai orang yang dapat melangkah lebih jauh kerana kita pernah membimbing mereka. 🤲