06/09/2021
Malam-malam tanya soalan macam ini, memang aku tak jawablah. Aku nak tidur kot! Hahaha. Baik, hari ini baru berkesempatan untuk jawab.
Ya, rumah yang ditinggalkan (selama berapa hari tak ingat) memang ada kemungkinan menjadi tempat didiami makhluk halus/jin. Banyaklah tandanya aku malas nak senaraikan satu-satu. Kalau jenis yang tak mengganggu tu tak apa lah.
Tapi ini jenis yang keras degil tak faham bahasa. Antara tanda rumah didiami jin adalh,
1. Dengar bunyi bukan-bukan. Menangis lah, ketawa lah tengah malam, bunyi cakar lah, orang mandi ke orang masak ke. Jangan ibu kau masak tengah malam, kau kata jin. Mati lah kena ketuk dengan sudip.
2. Penghuni rumah asyik nak marah je. Pantang ada masalah kecil, habis kecoh bergaduh.
3. Ada bau-bau busuk.
4. Penguninya terasa berat dan malas untuk beribadah.
5. Ada mimpi bukan-bukan.
Jadi, nak buat apa? Lebih-lebih lagi tempoh PKP ini orang ramai terpaksa meninggalkan tempat tinggal selama hampir 3 bulan, terutama pelajar asrama dan mahasiswa/wi universiti.
Ikuti 10 langkah di bawah.
1. Sebelum masuk rumah, baca ayat kursiy, 3 qul dan doa bismillahillazi la yadurru ma'asmihi....sampai habis.
2. Masuk dengan kaki kanan.
3. Bagi salam. Kuat-kuat pun tak apa. Bagi salam penuh dan panjang lagi bagus.
4. Bacakan ayat-ayat suci al-Quran di dalam rumah terutama surah al-Baqarah.
5. Jangan tinggalkan solat 5 waktu sehari semalam.
6. 'Pagar' rumah. Macam mana? Mudah saja.
i. Ambil baldi dan isikan ¼ air. Sikit je tak payah banyak.
ii. Campurkan garam/limau purut/limau nipis sikit. Kalau ada daun bidara jauh lebih baik.
iii. Bacakan doa-doa dan surah-surah yang ada dalam al-Ma'thurat tu.
iv. Kalau panjang sangat, baca al-Fatihah, ayat kursiy, 3 qul dan doa yang aku cakap tadi.
v. Sambil baca, celup jari dan kacaukan air campuran tersebut mengikut arah lawan jam.
vi. Kalau dah siap, percikkan/renjiskan air campuran tersebut ke sekeliling rumah. Bermula dari bahagian paling kanan dan pusing lah. Setiap tingkap, setiap penjuru, setiap pintu, renjiskan.
Kecuali satu tempat, iaitu tandas. Cukup renjis di depan pintu saja. Sambil renjis, bacakan 'Bismillahi masya-Allah!'
vii. Renjis semangat sikit, jangan lembik-lembik. Dalam hati niatkan minta bantuan daripada Allah. Ingat, bukan air campuran yang beri perlindungan, tetapi Allah.
7. Tutup segala makanan kalau tak dimakan terutamanya waktu Maghrib.
8. Baca ayat kursiy setiap kali nak keluar rumah, nak tidur dan selepas solat.
9. Bacakan al-Ma'thurat selalu.
10. Kalau masih ada dan tak tahu nak buat apa, panggillah orang yang arif dan berkemahiran.
Ini sahaja perkongsian aku buat setakat ini. Aku tak lah pandai sangat tapi pernah lah beberapa kali ikut orang dan bantu buat kerja 'memagar' rumah.
Semoga kita sentiasa bersandar kepada Allah dan terhindar daripada segala perkara buruk.
Selamat beramal! Wallahu Ta'ala A'lam.
kredit: Arep Jawa (A J)
Nak jadi rider delivery? Mohon disini: https://blogmy.lolol.com/2021/01/permohonan-lolol-rider.html
Wasap https://lololrider.wasap.my/