Menabung Emas Bersama KJ

Call Website Contact the business

Menabung Emas Bersama KJ Berkongsi ilmu menabung emas dengan cara yang sangat mudah. Beli emas dapat emas. Boleh hubungi saya di 019-3460819

Minggu pertama setiap bulan adalah rutin penting bagi dealer Public Gold di bawah rangkaian G100.Bulan ini adalah PLT (P...
04/07/2026

Minggu pertama setiap bulan adalah rutin penting bagi dealer Public Gold di bawah rangkaian G100.

Bulan ini adalah PLT (Public Gold Leadership Training) – System Edition diadakan secara online.

Modul ini memberi penekanan tentang sistem dan SOP yang telah terbukti berkesan untuk membina bisnes Public Gold. Jadi, kami tidak perlu mencuba pelbagai cara sendiri atau belajar melalui trial and error.

Semuanya telah disusun dengan teratur oleh G100, daripada cara membina asas bisnes, memberi servis kepada pelanggan sehinggalah mengembangkan rangkaian.

Dealer G100 ibarat “lahir dalam dulang emas”. Bukan kerana semuanya mudah, tetapi kerana kami dibekalkan dengan ilmu, bimbingan dan sistem yang jelas sejak hari pertama.

https://publicgoldofficial.com/jushamid



✨ Akaun Gold Accumulation Programme (GAP) Sesuai Untuk Siapa?🔥 Nak Simpan Emas Tapi Selalu Rasa Tak Cukup Duit?Ramai ora...
15/06/2026

✨ Akaun Gold Accumulation Programme (GAP) Sesuai Untuk Siapa?
🔥 Nak Simpan Emas Tapi Selalu Rasa Tak Cukup Duit?

Ramai orang beranggapan bahawa untuk mula menyimpan emas, mereka perlu mempunyai modal yang besar. Hakikatnya, melalui Gold Accumulation Programme (GAP), anda boleh mula mengumpul emas secara konsisten mengikut kemampuan kewangan anda.

Akaun GAP sangat sesuai untuk:
✅ Mereka yang baru ingin bermula menyimpan emas
✅ Individu yang mempunyai bajet bulanan yang terhad
✅ Ibu bapa yang ingin menyediakan simpanan masa depan untuk anak-anak
✅ Pekerja makan gaji yang mahu membina tabungan jangka panjang
✅ Usahawan yang ingin mempelbagaikan simpanan dan melindungi nilai wang mereka daripada inflasi

Dengan GAP, anda tidak perlu menunggu sehingga mempunyai wang yang banyak untuk membeli emas fizikal. Anda boleh mengumpul gram demi gram secara berperingkat dan menukarkannya kepada emas fizikal apabila jumlah simpanan anda mencukupi.

Yang paling penting, GAP membantu anda membina disiplin menyimpan secara konsisten. Sedikit demi sedikit, lama-kelamaan ia akan menjadi simpanan yang bernilai untuk masa hadapan.

📲 Nak Tahu Sama Ada GAP Sesuai Dengan Situasi Kewangan Anda?

Hubungi saya atau tinggalkan komen "GAP". Saya akan bantu terangkan cara membuka akaun dan strategi simpanan yang sesuai dengan bajet anda. 💛

Jangan tunggu kaya untuk mula menyimpan emas. Mulakan dahulu, dan biarkan masa membantu mengembangkan simpanan anda. ✨🥇


10/06/2026

Capai Matlamat Kewangan Dengan Simpanan Emas

Nak kumpul duit haji, rumah, persaraan atau pendidikan anak/cucu? Jangan fokus pada nilai RM semata-mata, fokus pada jumlah gram emas yang perlu dikumpul!

Hubungi saya sekarang untuk saya bantu anda mulakan simpanan emas mengikut matlamat kewangan anda. Lagi cepat bermula, lagi cepat matlamat anda jadi kenyataan!

https://publicgoldofficial.com/jushamid



Dari Trauma Ditipu RM3,000 ke Pemilik Lebih 50 Gram Emas!Pernah ditipu hampir RM3,000 oleh syarikat yang kononnya menawa...
06/06/2026

Dari Trauma Ditipu RM3,000 ke Pemilik Lebih 50 Gram Emas!

Pernah ditipu hampir RM3,000 oleh syarikat yang kononnya menawarkan pelaburan emas, Puan Rasyidah pada mulanya sangat takut untuk bermula semula. Namun selepas melihat kredibiliti dan kewujudan banyak cawangan Public Gold, beliau mengambil keputusan untuk mencuba dengan simpanan serendah RM100 sahaja.

Siapa sangka, dalam tempoh kurang daripada 2 tahun, Puan Rasyidah berjaya mengumpul lebih daripada 50 gram emas 999.9! Malah, gaya hidup beliau juga berubah. Kini, setiap kali tiba hari istimewa insan tersayang, beliau memilih untuk menghadiahkan gold bar sebagai hadiah yang bernilai dan berkekalan.

Terima kasih Puan Rasyidah kerana mempercayai bimbingan saya dan membuktikan bahawa simpanan kecil yang konsisten mampu menghasilkan sesuatu yang besar.

💛 Nak mula simpan emas tetapi masih ragu-ragu atau takut ditipu? Jangan risau, saya sedia bantu dan berkongsi pengalaman sebenar para penyimpan emas. PM saya sekarang untuk mengetahui cara bermula dengan bajet serendah RM100!

❤️ SEBELUM ESHAL SAFIYA PANDAI MENYEBUT “TOK WAN”, TOK WAN DAH MULA MEMIKIRKAN MASA DEPANNYA“Kalau suatu hari nanti cucu...
04/06/2026

❤️ SEBELUM ESHAL SAFIYA PANDAI MENYEBUT “TOK WAN”, TOK WAN DAH MULA MEMIKIRKAN MASA DEPANNYA

“Kalau suatu hari nanti cucu saya nak sambung belajar, saya tak mahu dia berhutang.” Itulah yang difikirkan oleh tokabah dan tokmie. Tahniah saya ucapkan pada En A dan Puan K.

Itulah antara sebab pasangan datuk dan nenek membuat keputusan yang cukup luar biasa untuk cucu sulung mereka, Eshal Safiya.

Ketika ramai masih sibuk membeli hadiah untuk bayi yang baru lahir, datuk dan nenek Eshal Safiya memilih untuk menghadiahkan sesuatu yang nilainya jauh lebih besar…

Masa depan.

Sejak Eshal Safiya belum pun berusia sebulan, mereka telah membuat Auto Debit Public Gold sebanyak RM200.00 setiap bulan.

Bukan kerana mereka terlalu berada.

Tetapi kerana mereka faham satu perkara…

Masa tidak menunggu sesiapa.

Setiap bulan, sedikit demi sedikit emas dikumpulkan.

Dengan harapan apabila Eshal Safiya dewasa nanti, dia mempunyai simpanan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi tanpa perlu dibebani hutang.

Malah, mereka juga menyimpan impian agar suatu hari nanti, cucu kesayangan mereka dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci menunaikan haji dengan simpanan yang telah disediakan sejak kecil.

Inilah kasih sayang yang sebenar.

Kasih sayang bukan sekadar memanjakan.

Kasih sayang adalah merancang.

Kasih sayang adalah berkorban hari ini untuk kebahagiaan orang yang kita sayang pada masa hadapan.

Datuk dan nenek yang berwawasan tidak hanya meninggalkan kenangan.

Mereka meninggalkan persediaan.

Mereka meninggalkan perlindungan.

Mereka meninggalkan legasi.

Semoga setiap gram emas yang disimpan menjadi bukti kasih sayang yang tidak pernah putus daripada seorang datuk dan nenek buat cucu yang amat dicintai.

Jika anda mempunyai anak atau cucu yang sangat anda sayangi, mulakan sesuatu untuk masa depan mereka hari ini.

Tidak perlu tunggu ribuan ringgit.

Tidak perlu tunggu kaya.

Mulakan dengan apa yang mampu.

Kerana simpanan yang paling bernilai bukanlah yang dimulakan dengan jumlah yang besar, tetapi yang dimulakan dengan kasih sayang dan istiqamah

https://publicgoldofficial.com/jushamid



*Emas—Ubat Paling Senyap untuk Penyakit Boros*Kalau dompet selalu “bocor” tanpa sebab… masalahnya mungkin bukan gaji kec...
15/04/2026

*Emas—Ubat Paling Senyap untuk Penyakit Boros*

Kalau dompet selalu “bocor” tanpa sebab… masalahnya mungkin bukan gaji kecil, tapi tabiat yang tak terkawal.

Ramai orang tak sedar mereka sebenarnya “sakit boros”. Setiap bulan gaji masuk, tapi tak sampai hujung bulan, baki tinggal angka yang menyedihkan. Di sinilah emas berperanan sebagai “ubat” yang sangat berkesan.

Bila kita tukar wang kepada emas, kita sebenarnya mengunci keinginan untuk berbelanja. Bila tengok gram emas yang semakin bertambah, kita akan berfikir dua kali untuk jual. Tanpa sedar, tabiat boros mula berkurang, diganti dengan rasa sayang untuk melepaskan simpanan.

Lebih menarik, emas bukan sekadar menyimpan nilai, tetapi melatih minda untuk berfikir ke hadapan. Setiap gram yang dikumpul adalah simbol kawalan diri, kesabaran, dan perancangan masa depan.

Jadi, kalau selama ini kita gagal simpan duit, mungkin sudah tiba masanya tukar strategi. Jangan hanya lawan boros dengan tekad, gunakan sistem. Dan emas, adalah salah satu “ubat” paling efektif untuk sembuhkan tabiat yang selama ini memakan kewangan kita secara senyap.

Kalau dah penat hidup “cukup-cukup makan” setiap bulan, inilah masanya untuk ubah cara simpan.

Berhenti tunggu “duit lebih” baru nak simpan, sebab duit lebih tu takkan pernah muncul kalau kita tak paksa diri mula dari sekarang.
Mulakan hari ini, walaupun serendah RM100.00, yang penting konsisten.

Tukar boros jadi aset.
Tukar belanja jadi simpanan.
Tukar gaya hidup… jadi masa depan.

Nak mula simpan emas tapi tak tahu cara?
Drop “NAK” di komen atau mesej saya sekarang. Saya guide step-by-step sampai jadi.

https://publicgoldofficial.com/jushamid


Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Menabung dengan PG adalah kaedah yang paling mudah, simpan sikit-si...
13/04/2026

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Menabung dengan PG adalah kaedah yang paling mudah, simpan sikit-sikit minimum RM100.00. Simpan dan lupa.

https://publicgoldofficial.com/jushamid



Address

No. 45, Jalan Intan 3
Puchong
47100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Menabung Emas Bersama KJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Menabung Emas Bersama KJ:

Shortcuts

Share