Jom Beli Simpan Jual Emas

Jom Beli Simpan Jual Emas Mari membudayakan simpanan emas & perak untuk masa hadapan kerana fungsinya penyimpan nilai kalis inflasi....

10/09/2026

Jangan Normalisasikan Hubungan Songsang
=====
1. Beberapa hari yang lalu, kita dikejutkan lagi dengan berita kewujudan lakonan yang memaparkan aksi keji. Adegan dalam drama ini dikatakan membawa unsur LG*JeeBi yang diselitkan untuk tontonan ramai.

2. Lebih menyedihkan, lakonan siri menyelitkan elemen songsang ini melibatkan warga Muslim sendiri sedangkan Allah secara jelas mengutuk perlakuan ini. Al-Quran menyifatkan kump**an yang melakukan perbuatan songsang sebegini sebagai golongan yang melampau. Firman Allah:

إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاء بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ

"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas". (Surah al-A’raf: 81)

3. Andai sekiranya Allah menyifatkan perbuatan songsang ini sebagai perbuatan yang terkutuk yang dibenci oleh Allah, maka mengapa perlu kita melakonkan perbuatan tersebut yang secara tidak langsung menjadi medium promosi dan normalisasi perlakuan mungkar.

4. Bukan sekadar dikeji oleh Allah, Rasulullah turut melaknat kump**an manusia yang melakukan perlakuan songsang ini. Sabda Rasulullah:

لَعَنَ اللهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ

“Allah melaknat mereka yang mengamalkan amalan kaum Lut.” (HR Ahmad - dinilai Sahih li Ghairihi oleh al-Arna’ut)

4. Kita sedia maklum bahawa perlakuan songsang sebegini bukan sahaja menyalahi agama, malah ia memberikan impak yang negatif terhadap kesihatan manusia. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, kebanyakan pengidap HIV kini berpunca dari hubungan songsang.

5. Perubahan lanskap data pengidap HIV ini menunjukkan betapa seriusnya masalah yang dihadapi oleh negara dalam menangani gejala hubungan seks sejenis. Barangkali inilah kebimbangan yang pernah dinyatakan oleh Baginda Nabi. Sabda Rasulullah:

إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَى أُمَّتِي عَمَلُ قَوْمِ لُوطٍ

“Antara perkara yang paling aku takuti (bimbangi) dikalangan umat aku adalah perlakuan kaum Nabi Lut.”

6. Oleh yang demikian, andai jelas perlakuan terkutuk ini dibenci oleh Allah, malah memberikan impak negatif kepada kesihatan manusia, maka apa perlunya lagi kita mempromosikan unsur-unsur yang berupaya membawa kepada kemungkaran?

7. Tidak kira samada kita adalah penerbit filem atau pelakon yang memainkan watak bertemakan gay, adalah menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk tidak terlibat dalam perlakuan berunsur mempromosikan kemungkaran.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

3 Petanda Kaya Dengan Emas1️⃣ Selesaikan Masalah Tabungan Dulu tak ada tabungan kecemasan. Lepas menabung emas dengan il...
26/08/2026

3 Petanda Kaya Dengan Emas

1️⃣ Selesaikan Masalah Tabungan

Dulu tak ada tabungan kecemasan. Lepas menabung emas dengan ilmu, akhirnya ada tabungan kukuh 12 bulan gaji. Target 1 keluarga1kilo emas jadi "bot penyelamat" keluarga. Harga emas naik atau turun tetap senyum.

2️⃣ Selesaikan Masalah Hutang

Dulu lemas dengan hutang sampai ada yang bankrupt/AKPK. Bila mula menabung emas, berjaya bebas dari belenggu "hutang miskin".

3️⃣ Kembangkan Harta

Tabungan emas digunakan untuk beli rumah pelaburan, tanah yang beri hasil, dan modal pusingan bisnes. Akhirnya capai Financial Freedom. Emas bertambah, hutang lupus, harta makin berkembang.

Intinya: Kaya dengan emas = tabungan kukuh + bebas hutang + harta berkembang.

Baca perkongsian penuh Tuan Zul dalam artikel ni https://www.mohdzulkifli.com/2026/06/3-petanda-penting-makin-lama-makin-kaya-dengan-emas.html

10/08/2026

Kita Tidak Kekurangan Rezeki, Kita Kekurangan Perancangan

Ramai orang merasakan kewangan mereka sempit kerana rezeki tidak cukup.

Gaji rasa kecil.
Pendapatan rasa terhad.
Komitmen p**a semakin bertambah.

Namun selepas melihat ramai perjalanan kewangan orang lain, saya dapati satu perkara.

Masalah sebenar selalunya bukan pada jumlah rezeki.

Tetapi pada cara rezeki itu diurus.

Ada orang yang pendapatannya sederhana, tetapi hidupnya tenang.

Ada juga yang pendapatannya besar, tetapi sentiasa rasa tidak cukup.

Bezanya bukan pada angka.

Tetapi pada perancangan.

Adakah setiap ringgit itu diberi arah?

Adakah setiap bulan ada bahagian untuk simpanan?

Adakah kita sedar ke mana duit kita pergi?

Sebab itu saya percaya, kewangan yang baik bermula dengan kejelasan.

Jelas ke mana rezeki digunakan.
Jelas apa yang mahu dibina.
Jelas matlamat jangka panjang.

Saya melihat emas sebagai salah satu alat dalam perancangan ini.

Bukan satu-satunya.

Tetapi salah satu cara untuk memastikan ada sebahagian daripada rezeki yang tidak hilang begitu sahaja.

Sebaliknya, ia kekal sebagai pegangan.

Kita mungkin tidak mampu mengawal sepenuhnya berapa banyak rezeki yang akan datang.

Tetapi kita boleh mengawal bagaimana kita merancang dan menguruskannya.

Dan di situlah bermulanya perubahan yang sebenar.

Soalan hari ini:

Jika kita rasa kewangan kita masih belum stabil...

Adakah kita benar-benar kekurangan rezeki, atau kita sebenarnya kekurangan perancangan?

Kredit Penulisan Tuan Hafiz Shafie

1 dinar (4.25 gram emas) mampu beli seekor kambing, sejak 1400 tahun dulu sampai sekarang. Ini menunjukkan nilai kekayaa...
11/06/2026

1 dinar (4.25 gram emas) mampu beli seekor kambing, sejak 1400 tahun dulu sampai sekarang. Ini menunjukkan nilai kekayaan kita terjamin bila disimpan dalam bentuk emas.

Berbeza dengan duit.

RM10k hari ni tak sama nilainya berbanding apa yang mampu dibeli dengan RM10k pada 20 tahun lalu. Makin lama nilai duit makin kecil, disebabkan inflasi dan kemerosotan nilai matawang jangka panjang.

Nak simpan duit untuk jangka panjang (sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas), simpanlah dalam bentuk emas fizikal.



Credit: Mohd Zulkifli Shafie

11/06/2026

🚨 EMAS JATUH LAGI! Kali ketiga minggu ini! 😱

Harga emas hari ini turun RM534.18 per gram, menjunam RM20.50 berbanding semalam RM554.68 per gram.

📉 Minggu lepas turun sekitar RM15. 📉 Minggu ini turun lagi sekitar RM12. 📉 Hari ini jatuh lebih besar, RM20.50!

Ramai pemegang emas mula berdebar melihat harga susut hampir RM48 dalam tempoh yang singkat.

Apa yang sedang berlaku?

🔹 Dolar AS semakin kuat menyebabkan emas menjadi lebih mahal kepada pembeli luar negara, sekali gus menekan permintaan emas.

🔹 Jangkaan kadar faedah AS kekal tinggi atau mungkin dinaikkan semula menyebabkan pelabur beralih kepada bon dan aset yang memberi p**angan faedah. Emas p**a tidak memberi dividen atau faedah.

🔹 Harga emas dunia kini berada dalam fasa pembetulan besar selepas mencatat rekod tertinggi awal tahun ini. Malah beberapa laporan menyatakan emas telah memasuki "bear market" selepas jatuh lebih 20% daripada paras puncaknya.

Walaupun harga sedang jatuh, sejarah menunjukkan setiap kali berlaku penurunan mendadak seperti ini, pembeli fizikal biasanya mula masuk pasaran untuk memburu harga yang lebih murah.

Harga emas hari ini turun RM534.18 per gram.

Indeks emas semasa 20188 pada 11-6-2026 jam 08:30

10/06/2026

𝗧𝗜𝗣 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗨𝗜𝗧 𝗚𝗔𝗝𝗜 𝗗𝗔𝗥𝗜𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗕𝗢𝗖𝗢𝗥

Ini tip yang dikongsikan oleh mentor saya bila setiap kali dapat gaji.

Sebelum anda pegang duit gaji, alihkan siap-siap untuk tujuan simpanan jangka panjang.

Untuk permulaan asingkan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji atau pendapatan.

Jika gaji anda RM3000 maka simpan RM300 terlebih dahulu. Selebihnya baru lah gunakan untuk belanja dan bayar komitmen lain.

Sekiranya anda tergolong dalam golongan 50% rakyat Malaysia yang tiada simpanan walau RM1000 maka anda wajib simpan emas.

Sebab emas juga boleh dijadikan sebagai simpanan yang lebih baik berbanding simpan duit di bank.

Malah dalam masa yang sama emas yang anda simpan berpotensi sebagai pelaburan jangka panjang yang nilainya makin meningkat pada masa depan.

Address

Putrajaya
62250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jom Beli Simpan Jual Emas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share