13/06/2026
Podcast Borak Pilihan Raya bersiaran kembali dan bagaimana Memilih Dalam Dunia Politik Yang Tidak Sempurna?
Menjelang pilihan raya, pelbagai persoalan timbul:
❓ Adakah kita perlu memilih calon yang sempurna?
❓ Bagaimana Islam mengajar kita membuat pilihan apabila semua pilihan mempunyai kekuatan dan kelemahan?
❓ Antara sentimen, persepsi dan maslahah rakyat, yang manakah perlu diutamakan?
❓ Apakah panduan syariah dalam menentukan keutamaan ketika mengundi?
❓ Bagaimana Fiqh Awlawiyat membantu umat Islam membuat keputusan yang bijaksana dan bertanggungjawab?
Ikuti kupasan istimewa bersama:
🎤 Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharom
Tokoh agamawan dan negarawan
Membincangkan tema:
“Fiqh Awlawiyat: Panduan Memilih Dalam Pilihan Raya”
Satu perbincangan ilmiah yang mengupas hubungan antara agama, maslahah, maqasid syariah dan tanggungjawab rakyat dalam menentukan masa depan negara.