30/05/2017
Soalan yang sering diaju oleh pelanggan berkaitan
1. Apa rasa sebenar Perkasam Daging Berempah ini?
Rasanya lemak, masin, masam, dan terasa rempahnya (tidak terlalu kuat rasa rempah, sebab kami ingin memastikan rasanya seimbang)
2. Boleh tak beritahu saya bahan-bahan buatannya?
Bahan utamanya adalah Daging batang pinang, asam keping, limau kasturi/ lemon/ garam bukit tulin, beras basmathi dan lebih 10 jenis rempah yang berkualiti dan terpilih (rahsia kesedapan yang hanya boleh di dapati dari produk Mama Ell Home Kitchen©) sahaja digunakan untuk menyempurnakan pembuatan Perkasam Daging Berempah ini.
3. Kenapa saya makan tak rangup seperti yang diwar-warkan?
Cara memasak Perkasam Daging Berempah ini juga ada step dan skill yang perlu digunakan bagi mendapatkan rasa KRUP KRAP KRUP KRAP. Pastikan Uolls menggoreng Perkasam Daging Berempah ini dengan s**atan minyak yang bersesuaian dan pastikan digoreng sehingga garing (beras berempah itu bertukar warna coklat kehitaman- bukan hangus tau😅😂). Kemudian, tapiskan dan buang baki minyak dan goreng bawang dan cili menggunakan kuali yang sama tanpa minyak dan perahkan limau kasturi/lemon/limau nipis apabila bawang dan cili sudah mula layu. Atau boleh gaulkan semula Perkasam Daging Berempah ke dalam kuali yang berisi bawang/cili yang sudah diperahkan limau tadi. Kacau sebati dan sedia dihidang😊
4. Kenapa rasanya agak masam ya?
Jika korang nak tau, yang namanya PERKASAM, memang rasanya masam-masam sebab ia sejenis produk makanan yang diperam dalam tempoh tertentu bagi menghasilkan rasa masam.
5. Perlu ke saya tambahkan lagi garam sewaktu menggoreng Perkasam Daging Berempah ini nanti?
TAK PERLU. Bahan yang korang perlu sediakan adalah BAWANG BESAR, CILI PADI/CILI BESAR/ LIMAU KASTURI/ LEMON/ LIMAU NIPIS sahaja. Tapi kalau korang memang kuat masin, tiada masalah nak tambahkan garam. Kami sudah ciptakan khas produk yang MANTAP dan MUDAH buat korang yang sibuk dan tiada masa😊
6. Berapa lama ketahanan Perkasam Daging Berempah ini jika saya biarkan diluar peti sejuk? Dan berapa lama ketahanan jika saya simpan di peti sejuk?
Ketahanan Perkasam Daging Berempah kami di luar peti sejuk dalam suhu rumah, jika Perkasam Daging Belum dibuka plastiknya, tahan lebih 2 minggu. Jika korang memang kaki travel, bag packers, nak ke oversea dan sebagainya, Perkasam Daging Berempah memang sesuai di bawa. Tiada bau yang kurang enak dan bila digoreng juga tidak menimbulkan bau yang sangat busuk seperti sesetengah jenis perkasam. Jika sudah dibuka plastiknya, korang boleh simpan di dalam peti beku. Ketahanan sehingga setahun atau lebih bergantung berapa banyak kali anda masak😅😂. Biasanya tak sampai setahun, customer akan repeat oder semula pada minggu yang sama atau bulan yang sama.
7. Saya tak s**a makan perkasam sebab perkasam nie selalunya BAU dia kuat dan busuk.
Jangan risau, kami ciptakan khas dan tiada masalah bau yang keterlaluan dalam produk Perkasam Daging Berempah kami. Sewaktu digoreng, Perkasam akan mengeluarkan bau-bauan rempah (tidak terlalu kuat baunya) juga dan yang pastinya, korang akan rasa tak sabar nak makan punya😊
8. Jika saya tempah dan buat bayaran hari ini, bila saya akan dapat Perkasam Daging Berempah saya yer? Rasa tak sabar p**ak😅
Kami anggarkan tempoh tempahan selepas bayaran dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja kerana kami mengambil waktu yang lama untuk memeram perkasam dan kebiasaannya kesemua pelanggan tidak akan menunggu sehingga 7 hari. Biasanya kurang 7 hari pelanggan sudah dapat stok.
9. Kenapa tak buat READY STOK ya?
Kami memang tidak akan membuat ready stok disebabkan ingin menjamin kesegaran rasa perkasam dan kami ingin pastikan setiap pelanggan akan dapat stok perkasam yang baru. Dan pembayaran perlu dibuat sewaktu order dibuat bagi memastikan korang adalah PEMBELI YANG SERIUS dan BUKAN BACKOUT BUYER😊
Jadi, apa tunggu lagi? Nak dapat perkasam awal? Order sekarang😘
Pm📲013-3252801