04/06/2026
Ramai orang kata AI tak membantu.
Sebenarnya, bukan AI yang tak membantu.
Cara kita bertanya yang terlalu umum.
Contoh paling biasa:
โRingkaskan dokumen ini.โ
Boleh. AI akan ringkaskan.
Tapi selalunya jawapan jadi hambar, terlalu panjang, terlalu umum dan tidak terus boleh digunakan untuk kerja sebenar.
Kalau mahu hasil yang lebih berguna, jangan tanya AI macam tanya Google.
Tanya ikut tujuan.
Kalau mahu faham cepat, tanya:
โSenaraikan 10 isi paling penting dalam dokumen ini mengikut keutamaan.โ
Kalau mahu terangkan kepada orang awam, tanya:
โTerangkan dokumen ini dalam bahasa mudah, sesuai untuk orang awam yang tiada latar belakang teknikal.โ
Kalau mahu buat slaid, tanya:
โTukar dokumen ini kepada rangka pembentangan 10 minit dengan tajuk setiap slaid dan isi utama.โ
Kalau mahu buat content, tanya:
โSenaraikan 10 idea post Facebook berdasarkan dokumen ini, lengkap dengan hook yang sesuai untuk orang awam.โ
Kalau mahu bersedia untuk soal jawab, tanya:
โBina 10 soalan yang orang mungkin tanya selepas membaca dokumen ini, berserta jawapan ringkas.โ
Nampak kecil, tapi inilah beza antara guna AI secara biasa dengan guna AI secara bijak.
AI bukan sekadar tempat minta jawapan. Ia boleh jadi pembantu membaca, menyusun idea, mencari isi penting dan menukar dokumen panjang kepada bahan kerja yang boleh terus digunakan.
Kalau anda selalu berdepan dengan PDF, laporan, guideline, artikel panjang, nota kuliah atau slaid yang tak habis-habis, skill ini memang berbaloi untuk dikuasai.
PHM akan adakan sesi praktikal:
NotebookLM Crash Course x PHM
Penceramah: Dr. Mohd Syis Zulkipli
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Tarikh: 6 Jun 2026, Sabtu
Masa: 9.00 pagi - 11.00 pagi
Platform: Google Meet
Yuran: RM60
Termasuk: Rakaman video
Daftar di sini:
https://forms.gle/bQFML7M5oAusuMWe6
Kadang-kadang masalahnya bukan AI tak pandai.
Kita cuma belum belajar cara bertanya dengan betul.