SEKOLAH AGAMA FELDA ULU TEBRAU

SEKOLAH AGAMA FELDA ULU TEBRAU Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SEKOLAH AGAMA FELDA ULU TEBRAU, Jalan bakawali felda ulu tebrau, Ulu Tiram.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan Nasyid Wildan atas kejayaan cemerlang JOHAN ...
28/04/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan Nasyid Wildan atas kejayaan cemerlang
JOHAN Nasyid Putera Zon Tebrau Peringkat Daerah .

Kejayaan ini membuktikan kesungguhan, kerjasama dan semangat yang tinggi dalam memartabatkan seni nasyid. Semoga terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada peringkat seterusnya.

Tahniah juga diucapkan kepada Muhammad Zafran Ahza bin Saifulanwar atas pencapaian Tempat Ketiga dalam Pertandingan Tulisan Jawi Tahap 2 (Putera). Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk terus maju dan meningkatkan kecemerlangan pada masa hadapan.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menyertai Majlis Perujian Tilawah Al-Quran.Semoga usaha d...
28/04/2026

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menyertai Majlis Perujian Tilawah Al-Quran.

Semoga usaha dan keberanian kalian dalam perujian tilawah menjadi asbab keberkatan.Tak kira keputusan, penyertaan ini merupakan satu langkah yang sangat baik dalam membentuk keyakinan.Teruskan berlatih dan semoga lebih ramai yang akan tampil pada masa akan datang.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta! 🌸

14/03/2026
Alhamdulillah, telah selesai Majlis Iftar Jamaie dan Sumbangan Aidilfitri bersama anak-anak yatim, guru-guru, kakitangan...
14/03/2026

Alhamdulillah, telah selesai Majlis Iftar Jamaie dan Sumbangan Aidilfitri bersama anak-anak yatim, guru-guru, kakitangan serta AJK Badan Kebajikan Sekolah (BKS) Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau.

Majlis yang penuh keberkatan ini menjadi medan untuk kita berkongsi rezeki, mengeratkan ukhuwah serta menyantuni anak-anak yatim sempena bulan Ramadan yang mulia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang serta menjayakan majlis ini secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala kebaikan dan keikhlasan diberikan ganjaran yang berlipat ganda.

Semoga program seperti ini terus menyemai kasih sayang, kebersamaan dan semangat kebajikan dalam kalangan warga Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau. 🤍🌙✨

Alhamdulillah, telah selesai Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau yang berlangsung dengan penuh keberka...
14/03/2026

Alhamdulillah, telah selesai Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau yang berlangsung dengan penuh keberkatan dan suasana yang menyentuh hati. 📖✨

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya menamatkan bacaan Al-Quran. Semoga kejayaan ini menjadi permulaan untuk terus mencintai dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada para guru, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan majlis ini.

Semoga segala usaha dan pengorbanan kita semua diberkati serta mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. 🤲


SUMBANGAN DARI YB PUAN AMIRA AISYA ADUN PUTERI WANGSA.Alhamdulillah, pihak Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau merakamkan set...
06/03/2026

SUMBANGAN DARI YB PUAN AMIRA AISYA ADUN PUTERI WANGSA.

Alhamdulillah, pihak Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Puan Amira Aisya atas sumbangan yang diberikan kepada anak-anak yatim sekolah ini.

Keprihatinan dan sumbangan yang dihulurkan amat bermakna dalam menceriakan serta memberi semangat kepada para murid. Semoga segala kebaikan ini menjadi amal jariah dan diberkati serta dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT. Amira Aisya Abd Aziz

Alhamdulillah, Minggu Ukhuwah Sekolah (MUS) bagi murid Darjah 1 dan Tadika Agama Johor (TAJ) Sekolah Agama Felda Ulu Teb...
27/02/2026

Alhamdulillah, Minggu Ukhuwah Sekolah (MUS) bagi murid Darjah 1 dan Tadika Agama Johor (TAJ) Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.

Program ini bertujuan membantu murid menyesuaikan diri dengan suasana persekolahan, mengenali guru serta rakan-rakan baharu. Terima kasih diucapkan kepada para guru dan ibu bapa atas kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang minggu ini.

Semoga anak-anak Darjah 1 terus bersemangat menuntut ilmu dan membina ukhuwah yang berkekalan.

Alhamdulillah, Kursus Kepimpinan Murid Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.Setinggi...
27/02/2026

Alhamdulillah, Kursus Kepimpinan Murid Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, khususnya para guru, serta murid-murid yang memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang kursus berlangsung.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin sekolah.

27/02/2026

Tahniah atas keputusan yang cemerlang.

Alhamdulillah… satu pencapaian yang membanggakan buat warga Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau apabila murid-murid berjaya m...
27/02/2026

Alhamdulillah… satu pencapaian yang membanggakan buat warga Sekolah Agama Felda Ulu Tebrau apabila murid-murid berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2025.

Di sebalik kejayaan ini, ada usaha, doa dan pengorbanan yang tidak ternilai daripada guru-guru serta ibu bapa. Tahniah anak-anak hebat! Semoga ilmu yang diperoleh menjadi bekalan dunia dan akhirat.

Address

Jalan Bakawali Felda Ulu Tebrau
Ulu Tiram
81810

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SEKOLAH AGAMA FELDA ULU TEBRAU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share