Hibah & Wasiat by Sabariah Sabri

  • Home
  • Hibah & Wasiat by Sabariah Sabri
Call Website

Hibah & Wasiat by Sabariah Sabri Anda tenang, keluarga senang.

Pengurusan harta bersama saya akan buat anda rasa tenang, rasa di pandu, rasa tanggungjawab atas harta telah di selesaikan, rasa waris akan tenang tanpa kekeliruan dan pertelingkahan.

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! 🇲🇾Sempena Hari Malaysia, marilah kita bukan sahaja menghargai negara dan keluar...
16/09/2026

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! 🇲🇾

Sempena Hari Malaysia, marilah kita bukan sahaja menghargai negara dan keluarga yang kita sayangi, tetapi juga merancang masa depan harta dengan lebih teratur dan jelas. ❤️

🏡 Rumah & hartanah
🏢 Perniagaan & syarikat
💰 Simpanan & pelaburan
📑 Pelbagai jenis aset dan harta

Di Kausar Group, kami membantu anda merancang pewarisan harta termasuk hibah dan dokumentasi berkaitan, supaya hasrat anda terhadap harta dapat dirancang dengan lebih tersusun untuk insan tersayang.

Plan today. Protect tomorrow.
Rancang harta, tenang untuk keluarga. 🤍

📍 Kuala Lumpur, Malaysia
📞 019-299 8502
Sabariah Sabri | Perunding Pewarisan Harta, Kausar Group

Ada rumah? Jangan tinggalkan rumah bersama masalah pusaka.Penyediaan Dokumen Hibah serendah RM499019-299 8502
17/08/2026

Ada rumah? Jangan tinggalkan rumah bersama masalah pusaka.
Penyediaan Dokumen Hibah serendah RM499
019-299 8502

Takaful Hayat (yang ramai tersilap panggil hibah takaful) boleh membantu menyediakan wang pampasan (cash benefit) kepada...
31/07/2026

Takaful Hayat (yang ramai tersilap panggil hibah takaful) boleh membantu menyediakan wang pampasan (cash benefit) kepada waris. Wang ini boleh digunakan untuk melangsaikan baki pinjaman rumah dan meneruskan kelangsungan hidup keluarga.

Namun, melangsaikan pinjaman rumah tidak bermaksud pemilikan rumah terus menjadi milik pasangan sepenuhnya.

Tanpa Hibah Harta, rumah yang telah habis dibayar masih boleh menjadi harta pusaka dan perlu melalui proses pentadbiran pusaka sebelum diagihkan kepada waris mengikut hukum faraid (bagi orang Islam).

Hibah Harta p**a berfungsi memastikan pemilikan rumah diberikan kepada penerima yang dipilih oleh pemilik, mengikut syarat dan undang-undang yang berkenaan.

Ringkasnya:
💰 Takaful Hayat = menyediakan duit untuk melangsaikan komitmen dan kelangsungan hidup keluarga.

🏡 Hibah Harta = memastikan pemilikan rumah sampai kepada orang yang kita hasratkan.

Sabariah Sabri
Perunding Perancangan Harta Islam
Membantu keluarga merancang hibah, wasiat & pusaka secara patuh syariah.
⁨019-299 8502⁩

Takaful Hayat (yang ramai tersilap panggil hibah takaful) boleh membantu menyediakan wang pampasan (cash benefit) kepada...
31/07/2026

Takaful Hayat (yang ramai tersilap panggil hibah takaful) boleh membantu menyediakan wang pampasan (cash benefit) kepada waris. Wang ini boleh digunakan untuk melangsaikan baki pinjaman rumah dan meneruskan kelangsungan hidup keluarga.

Namun, melangsaikan pinjaman rumah tidak bermaksud pemilikan rumah terus menjadi milik pasangan sepenuhnya.

Tanpa Hibah Harta, rumah yang telah habis dibayar masih boleh menjadi harta pusaka dan perlu melalui proses pentadbiran pusaka sebelum diagihkan kepada waris mengikut hukum faraid (bagi orang Islam).

Hibah Harta p**a berfungsi memastikan pemilikan rumah diberikan kepada penerima yang dipilih oleh pemilik, mengikut syarat dan undang-undang yang berkenaan.

Ringkasnya:
💰 Takaful Hayat = menyediakan duit untuk melangsaikan komitmen dan kelangsungan hidup keluarga.

🏡 Hibah Harta = memastikan pemilikan rumah sampai kepada orang yang kita hasratkan.

Sabariah Sabri
Perunding Perancangan Harta Islam
Membantu keluarga merancang hibah, wasiat & pusaka secara patuh syariah.
019-299 8502

Rumah yang kita beli bertahun-tahun…kita selalu ingat automatik akan terus jadi milik pasangan atau anak-anak bila kita ...
15/05/2026

Rumah yang kita beli bertahun-tahun…
kita selalu ingat automatik akan terus jadi milik pasangan atau anak-anak bila kita meninggal nanti 😔

Hakikatnya, tanpa perancangan hibah:
▪️ Rumah boleh dibekukan sementara
▪️ Waris perlu urus pusaka dahulu
▪️ Boleh berlaku perebutan atau salah faham
▪️ Orang yang kita paling nak lindungi belum tentu dapat terus 🥺

Hibah bukan sebab nak lari faraid.
Tetapi kerana semasa hidup, Allah beri kita peluang untuk merancang harta dengan lebih tersusun dan jelas 😊

Kalau ada rasa:
“Kalau aku takde nanti… aku nak rumah ni tetap pergi pada orang tertentu…”

Mungkin dah tiba masa untuk mula ambil tahu tentang hibah rumah ❤️

📞 019-2998502
Konsultasi secara santai & patuh syariah.

14/05/2026

Alhamdulillah…
Syukur ke hadrat Allah swt kerana beri peluang dan jalan untuk saya sebarkan awareness tentang pengurusan & perancangan harta pusaka patuh syariah setiap hari 😊

Hari ni saya dapat berkongsi bersama beberapa individu di luar sana ttg topik pusaka… dan apa yang paling menyentuh hati, 2 orang daripada individu ini baru kehilangan ibu bapa tahun lepas.

Kedua-duanya masih dalam proses mendapatkan kuasa mentadbir melalui mahkamah.

Seorang sudah habiskan hampir RM30,000.
Seorang lagi sekitar RM11,000.

Itu belum campur:
▪️ Masa
▪️ Dokumen
▪️ Ulang alik pejabat
▪️ Stress waris
▪️ Konflik keluarga yang kadang mula muncul perlahan-lahan 😔

Bila mereka dengar sesi penerangan dan lihat sendiri bukti serta proses bagaimana perancangan harta boleh dibuat dengan lebih tersusun dan memudahkan waris… masing-masing terdiam.

Ramai sebenarnya TAK TAHU bahawa ada solusi yang boleh membantu mengurangkan kesukaran waris apabila berlaku kematian.

Di bawah syarikat amanah patuh syariah yang beroperasi di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 dan diiktiraf patuh syariah di peringkat antarabangsa 😊

Perkhidmatan hibah syarikat kami juga telah menerima pensijilan pematuhan syariah berdasarkan piawaian AAOIFI oleh ADL Advisory, sebuah badan penasihat syariah antarabangsa yang diiktiraf.

Hari ini saya sgt gembira bila dapat buka mata masyarakat bahawa:
👉 Pengurusan harta pusaka orang Islam boleh dirancang
👉 Hibah, amanah & dokumentasi yang betul sangat membantu waris
👉 Kita boleh kurangkan tekanan keluarga apabila kita tiada nanti krn dah urus harta kita semasa kita hidup ini.

Dan hari ini juga, Alhamdulillah saya secured 3 appointment di N. Sembilan secara face to face untuk hujung minggu depan…Mereka adalah ibu bapa yang mahu membuat hibah rumah kepada anak-anak mereka.

Semoga Allah permudahkan urusan semua keluarga yang sedang melalui ujian pengurusan pusaka dan semoga lebih ramai mula sedar pentingnya perancangan harta sebelum terlambat.

Sabariah Sabri
019-299 8502
Rakan Perancangan & Pengurusan Harta Pusaka Anda

13/05/2026

💰 Hibah atau Wasiat
Mana satu lebih membantu mudahkan urusan harta keluarga anda?

Ramai sangka semua harta boleh dibahagikan melalui wasiat. Sedangkan dalam Islam, wasiat mempunyai syarat dan had tertentu.

Secara asasnya:
📌 Wasiat biasanya melibatkan bukan waris faraid dan tertakluk sehingga 1/3 harta.
📌 Jika melibatkan waris faraid, ia memerlukan persetujuan waris lain selepas kematian.

Sebab itu penting untuk faham beza:
✔️ Hibah
✔️ Wasiat
✔️ Faraid
✔️ Amanah

Supaya perancangan harta dibuat dengan betul, jelas dan patuh syariah 😊

Ramai hanya tahu “nak buat wasiat”…
tetapi tidak pasti dokumen apa yang sebenarnya sesuai untuk situasi keluarga mereka.

📩 Nak tahu pilihan yang sesuai untuk anda?
WhatsApp saya di📱 019-299 8502
wassap.my/60192998502/urusharta

5 Ralat Wasiat Yang Boleh Rosakkan Hubungan KeluargaDalam pengalaman saya mengendalikan kes berkaitan pusaka dan peranca...
13/05/2026

5 Ralat Wasiat Yang Boleh Rosakkan Hubungan Keluarga

Dalam pengalaman saya mengendalikan kes berkaitan pusaka dan perancangan harta, antara perkara paling menyedihkan ialah bila keluarga mula bermasam muka hanya kerana dokumen wasiat yang tidak jelas atau tidak lengkap.

Antara kesilapan yang paling kerap berlaku:

🔸 Tidak jelas siapa dapat apa
Ayat seperti “rumah untuk anak-anak” nampak mudah… tapi anak yang mana? Rumah yang mana? Dari situ boleh bermula salah faham dan pertelingkahan.

🔸 Tidak update selepas perubahan hidup
Lepas berkahwin, bercerai, atau ada anak baru, ramai terlupa kemaskini dokumen. Akhirnya nama lama masih ada dan boleh menimbulkan komplikasi besar.

🔸 Dokumen tidak sah dari sudut undang-undang
Tiada saksi yang betul, tandatangan tidak lengkap atau format tidak mengikut syarat boleh menyebabkan wasiat dipertikaikan atau ditolak.

🔸 Tidak ambil kira hutang dan komitmen
Ramai sangka semua harta boleh terus diagihkan. Sedangkan hutang si mati perlu diselesaikan terlebih dahulu.

🔸 Pilih wasi hanya sebab “rapat”
Wasi bukan sekadar nama atas kertas. Mereka perlu amanah, faham tanggungjawab dan mampu urus proses pusaka dengan baik.

Perancangan harta sebab kita sayang keluarga dan tak mahu mereka bergaduh bila kita sudah tiada.

Kadang-kadang bukan harta yang memecahkan keluarga…
tetapi tiadanya perancangan yg benar.

13/05/2026

Assalamualaikum semua 😊

Lihat video ini…

Pernah tak kita fikir, apa perasaan seorang anak bila hidup terasa “tertinggal” di satu stesen… buat selamanya?

Bukan sebab ibu ayah/ atok nenek tak sayang.
Bukan sebab keluarga tak ada harta.

Tetapi sebab harta itu terbeku.
Tak dapat digunakan.
Tak dapat diurus.
Dan waris p**a tak tahu nak mula dari mana.

Ada anak yang terpaksa tangguh belajar.
Ada pasangan yang hilang tempat bergantung.
Ada keluarga yang akhirnya bergaduh kerana harta yang ditinggalkan.

Perancangan harta bukan untuk orang kaya sahaja.
Ia tentang memastikan orang yang kita sayang tidak “tersekat” selepas kita tiada.

Jangan biarkan kasih sayang kita terhenti di tengah jalan.

13/05/2026

Untuk orang Islam: Cara Mudah Lindungi Harta Anda Daripada Masalah Keluarga Di Masa Depan

Sebagai pemilik harta, anda pasti mahu memastikan keluarga tercinta dilindungi apabila anda tiada nanti. Namun, tanpa perancangan yang betul, harta yang anda usahakan bertahun-tahun boleh menjadi punca perpecahan keluarga.

Masalah biasa yang kami sering jumpa: adik-beradik bergaduh pasal pembahagian rumah, isteri dan anak tidak dapat akses akaun bank, atau harta tergantung di mahkamah bertahun-tahun. Semua ini boleh dielakkan dengan perancangan awal.

Langkah mudah yang boleh anda ambil sekarang:

Dapatkan khidmat syarikat amanah yang patuh syariah dan berpengalaman untuk membantu urusan hibah anda 😊

Hibah bukan sekadar sign dokumen, tetapi perlu dibuat dengan lengkap mengikut rukun hibah dan proses yang betul.

Sebab itu penting pilih syarikat yang:
✔️ patuh syariah
✔️ mempunyai trustee / pemegang amanah
✔️ memahami rukun hibah
✔️ dokumentasi jelas & tersusun
✔️ boleh membantu waris selepas berlaku kematian
✔️ berpengalaman dalam pengurusan hibah & pusaka

Rukun hibah yang lengkap sangat penting supaya hibah tidak dipertikaikan di kemudian hari.

Antara elemen penting dalam hibah:
• pemberi hibah
• penerima hibah
• harta hibah
• ijab & qabul (akad hibah)

Perancangan harta yang dibuat dengan betul dapat membantu memudahkan urusan waris dan mengurangkan risiko konflik keluarga.

Klik link untuk pertanyaan berkenaan:
wassap.my/60192998502/urusharta

Wassap.my

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hibah & Wasiat by Sabariah Sabri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed jewelry/watch store?

Share