11/03/2021
Masa muda ni lah kita rancang dan uruskan kewangan sebaik-baiknya.
Dapat gaji @ komisyen,
1ยป Bayar TAKAFUL, in case anda sakit tak boleh bekerja, ada takaful untuk gantikan gaji anda. Paling sedikit carum 10% daripada gaji. Bila ada pendapatan lebih, baru tambah polisi.
2ยป Simpanan KECEMASAN, konsisten simpan 10% daripada gaji. Jika ada pendapatan lebih, naikkan p**a 20% daripada gaji. Sekurang-kurangnya, ada simpanan berjumlah 6 bulan gaji. Guna duit ini jika betul-betul terdesak.
3ยป Bagi MAK BAPA. Ini penting untuk keberkatan pendapatan. Nilainya tidak boleh ditulis kerana pergorbanan mak bapa lahir dan besarkan kita tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.
4ยป Simpan di TABUNG HAJI. Sebagai umat Islam, kita wajib tunaikan Rukun Islam Ke5. Pasang niat dahulu. Tapi niat mesti disertakan dengan kesungguhan, caranya daftar haji dan konsisten menyimpan duit. Sampai giliran, duit dah ada. Jika duit dah cukup tapi belum sampai giliran, boleh buat rayuan. Oh ya, jika tiada duit dalam Tabung Haji, mesti ada RM3,500 sebelum meninggal agar waris boleh buatkan Badal Haji. Jika ambil takaful, tak perlu fikir simpan.
5ยป Bayar HUTANG kereta, rumah, personal loan,bil lampu, air, telefon. Hutang dengan kawan, dengan mak bapak, adik beradik dan ccm barang. Kikiki.. Mesti bayar kalau tidak hidup tidak tenteram. Jika mati, roh pun terapung-apung sehingga hutang langsai. Kalau boleh, langsaikan hutang-hutang kecil segera.
6ยป Beli barang dapur, KEPERLUAN diri dan keluarga. Reward diri sekali sekala bukan setiap bulan baru ada umphh..
7ยป ZAKAT sedekah dan amal jariah jangan dilupa. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.
Ada banyak cabang lagi...
Tambah ASB, ASBf, unit trust, emas jika yang asas 7 di atas sudah kukuh dan konsisten.
Anda ada cara lain? Kongsikan.. Sama-sama kita urus kewangan untuk masa depan yang cerah. Masa tua untuk menikmati usaha masa muda.
๐