Persatuan Bolasepak Melayu Selangor

Call Directions Website Contact the business

Persatuan Bolasepak Melayu Selangor Persatuan Bolasepak Melayu Selangor Ditubuhkan untuk mengembangkan bakat-bakat pemain muda di Selangor.

PBM SELANGOR 🤝 MPAJ 🔴🟡TYDP MPAJ , Tuan Ts. Haji Hasrolnizam bin Shaari , bersama pengurus pasukan PBM Selangor ,  Tuan I...
13/09/2026

PBM SELANGOR 🤝 MPAJ 🔴🟡

TYDP MPAJ , Tuan Ts. Haji Hasrolnizam bin Shaari , bersama pengurus pasukan PBM Selangor , Tuan Ir. Ts. Zafrul Fazry bin Mohd Fauzi bergambar kenangan bersama PIALA AGONG dan Piala Khas bagi 3 Tahun berturut-turut Juara Piala Agong 2023 , 2024 & 2025

Piala Khas ini akan di pamerkan di kabinet Piala Galeria MPAJ

Di sebalik kejayaan PBM Selangor menjuarai Piala Agong 2025, berdiri barisan pengurusan yang sentiasa komited memberikan sokongan dan memastikan pasukan berada di landasan terbaik.

Tahniah dan terima kasih atas segala usaha, pengorbanan serta kepercayaan kepada pasukan.

Satu perjuangan. Satu kejuaraan. 🏆🔥

PBM SELANGOR — CHAMPION PIALA AGONG 2025! 💛❤️

Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi




🏆 JUARA PIALA AGONG 2025🏆Satu pasukan, satu perjuangan, satu impian! 💛❤️Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBMS) membu...
13/09/2026

🏆 JUARA PIALA AGONG 2025🏆

Satu pasukan, satu perjuangan, satu impian! 💛❤️

Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBMS) membuktikan semangat juang yang tinggi untuk bergelar CHAMPION Piala Agong 2025.

Tahniah buat seluruh pemain, barisan kejurulatihan, pengurusan dan semua yang menjadi tulang belakang kejayaan ini. 👏🔥

MELAYU SELANGOR SELAMANYA! 💛❤️

Persatuan Bolasepak Melayu Selangor
Football Association of Malaysia
Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi

Pasukan Selangor telah berangkat ke Sg Besar bagi menghadapi Final Piala Agong yang akan berlangsung pada Ahad ini…Doaka...
11/09/2026

Pasukan Selangor telah berangkat ke Sg Besar bagi menghadapi Final Piala Agong yang akan berlangsung pada Ahad ini…
Doakan perjalanan kami dipermudahkan urusan dan pulang membawa Piala Agong bagi edisi ke 104.



Masa yang ditunggu telah tiba...Final Piala Agong 2026Pertemuan gergasi lembah klang diantara Selangor menentang Juara P...
09/09/2026

Masa yang ditunggu telah tiba...

Final Piala Agong 2026
Pertemuan gergasi lembah klang diantara Selangor menentang Juara Piala Emas Raja Raja edisi 103 Kuala Lumpur bertempat di Stadium Keramat kita Stadium Sungai Besar..

Ayuh semua penyokong Selangor sekitar Sungai Besar kita penuhkan stadium pada ahad ini.



Selangor berada di Kumpulan C bersama-sama Persatuan Bolasepak Melayu Perlis, Persatuan Bola Sepak Melayu Terengganu dan...
08/09/2026

Selangor berada di Kumpulan C bersama-sama Persatuan Bolasepak Melayu Perlis, Persatuan Bola Sepak Melayu Terengganu dan Flex H1 Football Team.
Venue dan masa perlawanan akan menyusul…nantikan.


Piala Emas Raja-Raja (PERR)
Edisi Ke-104 Tahun 2026

Senarai rasmi kumpulan 16 pasukan yang akan membawa cabaran dalam kejohanan kali ini




Football Association of Malaysia
Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia
KBSMalaysia

Perasmian Piala Emas Raja-Raja edisi ke 104 telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rusta...
16/08/2026

Perasmian Piala Emas Raja-Raja edisi ke 104 telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka yang juga penaung bagi Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia pada 15 Ogos 2026 bertempat di Dewan Galeri, Menara MPAJ.
Piala Agong akan diadakan di Stadium Sg Besar pada 13 Sept 2026 diantara Persatuan Bolasepak Melayu Selangor menentang Persatuan Bolasepak Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tahniah Persatuan Bolasepak Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjuarai Piala Emas Raja-Raja edisi ke-103. Tahniah...
16/11/2025

Tahniah Persatuan Bolasepak Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjuarai Piala Emas Raja-Raja edisi ke-103.
Tahniah juga kepada Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia atas kejayaan penganjuran kejohanan yang ulung di liga bolasepak malaysia. Moga ditahun-tahun hadapan kejohanan ini menjadi satu-satunya kejohanan yang ditunggu-tunggu oleh peminat bolasepak tempatan.


🏆 PERR 2025 | FINAL 🏆

PBM WPKL 1 vs 0 PB ATM

⚽ 41" SUHAIMI ABU

🏟️ Stadium UKM Bangi
🔹 15 Nov 2025 | Sabtu
📍08.30 malam

📹 FB Live PBMM
📍https://www.facebook.com/share/v/1PKXv9bBvh/

Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia
Football Association of Malaysia
Persatuan Bolasepak Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia

PBMSelangor menamatkan musim ini dengan kekalahan menerusi sepakan penalti 4 - 5. Terima kasih kepada semua penyokong ya...
08/11/2025

PBMSelangor menamatkan musim ini dengan kekalahan menerusi sepakan penalti 4 - 5. Terima kasih kepada semua penyokong yang hadir ke Stadium MPAJ pada petang hari ini. Insha Allah musim depan kita berjumpa lagi.

Tahniah Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia



Match Day⚽️⚽️⚽️PBMSelangor akan bertemu Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia bagi separuh akhir kedua yang mene...
07/11/2025

Match Day⚽️⚽️⚽️
PBMSelangor akan bertemu Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia bagi separuh akhir kedua yang menentukan pasukan manakah yang akan ke layak perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja edisi ke 103. Ayuh beramai-ramai kita ke Stadium MPAJ bagi memberi sokongan padu kepada pasukan kebanggaan kita.
Jumpa disana.



Sempena perlawanan separuh akhir kedua diantara Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia dan Persatuan Bolasepak Me...
01/11/2025

Sempena perlawanan separuh akhir kedua diantara Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia dan Persatuan Bolasepak Melayu Selangor pada 8 Nov 2025, Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia akan menganjurkan pertandingan sepakan penalti sebelum sepak mula pada hari tersebut. Mari beramai-ramai ke perkarangan Stadium MPAJ.



🎯 PERTANDINGAN SEPAKAN PENALTI SHARP SHOOTER 2025⚽️

Rasa tendangan penalti anda paling berbisa? Jom buktikan di Stadium MPAJ. 🫡

📅 8 November 2025 (Sabtu)
⏰ 2.00 petang – 5.00 petang
📍 Stadium MPAJ, Pandan Perdana

💥 Hadiah Tunai Menarik!
🥇 Tempat Pertama – RM1,000.00
🥈 Tempat Kedua – RM300.00
🥉 Tempat Ketiga – RM150.00

💸 Yuran penyertaan cuma RM38.00 sahaja (sebelum 4 Nov 2025).

🟢 Format ringkas
• Seorang pemain pun boleh join (maksimum 3 orang satu pasukan)
• Ada peluang kedua (repechage)
• Pasukan dengan jaringan terbanyak akan ke saringan seterusnya

📞 Daftar sekarang dengan En. Sulaiman (LPR):
📱 018-9181950 / 010-6608500

Jangan lupa lepas tu terus saksikan Perlawanan Separuh Akhir Piala Emas Raja Raja 2025 antara Selangor lawan ATM jam 4.00 petang di Stadium MPAJ🔥

Address

Jalan Bunga Tanjung 9C, Taman Putra
Ampang
68000

Telephone

0342852347

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Bolasepak Melayu Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Bolasepak Melayu Selangor:

Shortcuts

Share