05/10/2024
Kali terakhir beli mesin basuh ialah pada 9 tahun lepas. Jenama yang sama dengan muatan yang kurang sedikit daripada yang ni.
Jenama ni memang tahan lama dan tahan lasak. Walaupun penutup mesin dah patah sebahagian, ia masih boleh digunakan.
Baru-baru ni panel board mesin basuh lama tu rosak. Kos baik pulih antara RM250 hingga RM400 tanpa waranti. Alat ganti pun alat ganti half cut (bukan baharu).
Pertengahan bulan… namun dengan anak yang ramai, saya sangat memerlukan mesin basuh. Saya dah cuba ke dobi layan diri. Sekali cuci dengan muatan 4 beranak, kena caj RM11 (mesin basuh yang besar). Saya luang masa 2 jam di dobi layan diri.
Esoknya saya ronda ke kedai elektrik sekitar pekan Parit Raja. Mesin basuh ni berharga *RM1298*. Saya jual 4 keping bar gold 1 gram (dapat jual RM350 segram, dapat RM1400).
Bila saya semak akaun GAP, purata harga emas saya *RM280.20* segram. Maksudnya modal beli 4 gram itu adalah *RM1,120.80* sahaja.
*Dengan modal RM1,120.80 saya dapat membeli sebuah mesin basuh baharu yang berharga RM1298.00.*
Alhamdulillah, saya tak menyesal menabung emas. Saya tak perlu berhutang dengan kedai, tak perlu berhutang dengan bank, tak perlu pinjam dengan kawan apatah lagi dengan adik beradik.
Satu pesan saya, simpan emas pastikan dapat emas. Sebaiknya peganglah emas tu di tangan. Bila terdesak macam kes saya ni, mudah sangat saya cairkan dan gunakan duit untuk sesuatu yang mendesak.
Dapat sesuatu?
_Dr Latifah Md Ariffin_
_Priority Dealer_
_PG00302940_