Team NAZ Johor-Wasiat, Hibah, Faraidh & Urus Pusaka

Team NAZ Johor-Wasiat, Hibah, Faraidh & Urus Pusaka Team NAZ Johor adalah Perunding Perancangan Harta & Pengurusan Pusaka dari Hans Legasi Resources Sdn. Bhd.

Kami menyahut tuntutan Fardhu Kifayah ini agar ianya dapat memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya.

Jom datang beramai-ramai ke Balai Islam,Masjid Bukit Gambir. Pagi ini..Boleh daftar secara 'Walk In'...
07/11/2024

Jom datang beramai-ramai ke Balai Islam,Masjid Bukit Gambir.

Pagi ini..

Boleh daftar secara 'Walk In'...

KISAH BENARBILA TAMAK,  WARIS BERTINDAK IKUT HASUTAN IBLIS...MEREKA DIUJI.. 😰Boleh kah kita jangka yang waris² kita tak ...
05/11/2024

KISAH BENAR
BILA TAMAK, WARIS BERTINDAK IKUT HASUTAN IBLIS...MEREKA DIUJI.. 😰

Boleh kah kita jangka yang waris² kita tak diuji...atau di uji dengan Harta Pusaka?...

Tiada siapa yg tahu semua RAHSIA ALLAH!

Alkisah dari Negeri Serambi Mekah...

Si ibu mempunyai 3 anak...

1 lelaki dan 2 pompuan.
Si ibu dah pun berwasiat....
wasiat lisan aje....
tiada hitam putih.

Berwasiat kepada anak lelaki tunggal....bila mak mati semua barang kemas tu engkau agih lah samarata jgn gaduh²...barang kemas yang kecik² berilah kepada cucu² mak....itulah wasiat lisan si ibu...

Semasa anak lelaki outstation atas urusan kerja si ibu pun meninggal dunia....sebaik sampai rumah... Barang kemas arwah sudahpun dibawa lari oleh 2 anak pompuan...

Bila anak lelaki minta pelbagai alasan yg mereka beri...hinggakan bermasam muka....

Tanggungjawab anak lelaki nak urus pusaka ibu....nak urus bukannya percuma....ada kos²nya...

Si ibu banyak tinggal tanah... Jadinya si anak lelaki minta barang kemas untuk dicairkan untuk tampung kos² pusaka... Langsung buat diam...

Bila panggil berunding tak mahu datang mungkin rasa bersalah....jadinya urusan pusaka tergantung....bukan ramai pun waris...suami, anak Lelaki & anak Perempuan....

Bayangkan jika emas tu tidak diagihkan...seluruh keturunan 2 anak pompuan arwah rosak dek kerana hidup memakan harta secara batil....

Bayangkan jika waris bertelagah...

Pentadbir gagal dilantik...

Pusaka terbeku... 🧊

Semua tanah arwah akan masuk dlm list SEJUTA GERAN MASIH ATAS NAMA SI MATI!!! 😯

Bayangkan jika tanah² tu ada hasil kebun...bagaimana hasil²nya diagih....?🤔

Bayangkan jika terbeku lama...

Tanah pusaka bertukar Tanah berpuaka....😥

Buatlah wasiat... Sbb salah satu fungsi utama wasiat adalah perlantikan wasi...

Tak perlu lagi persetujuan waris utk lantik pentadbir....

Wasiat dpt lancar pusaka si mati...wasiat boleh elak waris si mati makan harta secara batil....

Fahamilah fungsi wasiat!!!!

KLIK UNTUK INFO LANJUT:

https://teamnaz2.wasap.my/

LANGIT TIDAK SELALUNYA CERAHBerbalik pada kehidupan kita hari ini. Persoalannya, apa yang kita tinggalkan pada anak anak...
31/10/2024

LANGIT TIDAK SELALUNYA CERAH

Berbalik pada kehidupan kita hari ini.

Persoalannya, apa yang kita tinggalkan pada anak anak yang masih kecil?

✅ RUMAH YG MASIH ADA HUTANG?
✅ KERETA BESAR YANG MASIH ADA HUTANG?
✅ HUTANG² KREDIT KAD?
✅ RUMAH YANG PERLU DIBAYAR SEWA?
✅ HUTANG² YANG LAIN

Pihak bank tidak akan pernah keluarkan ayat ni:

“Puan, memandangkan arwah suami sudah tidak ada lagi..semua hutang² arwah kami hapuskan. Puan boleh dpt rumah & kereta ni secara percuma.”

Maaf tuan/puan. Takkan pernah ada ayat tu utk kita.

Kita yg ditinggalkan perlu bayar hutang² tersebut. Jika takde duit utk bayar hutang tu, bayangkan jika isteri & anak² kita yg tersayang diusir keluar dari rumah, kereta terpaksa ditarik oleh pihak bank.

Sedih kan?
Sanggup kah kita melihat mereka dalam keadaan macam tu?

Ya, memang benar wang tidak boleh menggantikan seorang bapa/ibu tetapi yang telah tiada.

Tetapi, jangan biarkan mereka yang kita tinggalkan hidup dengan segala hutang yang ditinggalkan dan hidup dalam keadaan meminta minta.

Kita bukan sahaja perlu merancang harta yg akan ditinggalkan, tetapi juga hutang yang akan ditinggalkan.

Kasihanilah isteri dan anak² kita...😰

Hutang akan menghalang kita dari memasuki syurga..😰

KLIK UNTUK MERANCANG HARTA DAN HUTANG ANDA:

https://teamnaz2.wasap.my/




KETAHUI BAGAIMANA ANDA DAPAT MENJAGA KEBAJIKAN KELUARGA SETELAH KETIADAAN ANDAHarta pusaka perlu diuruskan mengikut peru...
29/10/2024

KETAHUI BAGAIMANA ANDA DAPAT MENJAGA KEBAJIKAN KELUARGA SETELAH KETIADAAN ANDA

Harta pusaka perlu diuruskan mengikut peruntukan Undang-undang Sivil dan Syariah.

Tahukah anda bahawa:

✅ Apabila anda meninggal dunia, harta pusaka akan terbeku.

✅ Proses untuk mencairkan, mentadbir serta mengagihkan harta pusaka akan mengambil masa yang lama.

✅ Harta pusaka akan diagihkan mengikut undang-undang Syariah.

✅ Menangguh pentadbiran pusaka akan menyebabkan nilai bahagian penerima akan berkurangan.

Mengapa biarkan orang lain membuat keputusan untuk mengagihkan aset anda selepas pemergian anda?

HANS LEGASI RESOURCES menyediakan solusi rancang wasiat dan hibah yang komprehensif untuk mengelakkan permasalahan di atas dengan Pakej Hibah yg Lengkap.

Melalui Pakej Hibah yg Lengkap, harta pusaka anda dapat diwarisi kepada yang tersayang mengikut hasrat dan keinginan anda.

Perancangan awal dapat mengelakkan waris atau ahli keluarga bergaduh dan bermasam muka setelah anda tiada.

Pakej Hibah Hans Legasi adalah perancangan harta pusaka yang lengkap yang memberikan impak yang positif kepada hubungan kekeluargaan dan juga waris anda.

HANS LEGASI RESOURCES berdedikasi menyediakan perkhidmatan pengurusan harta pusaka berlandaskan Syariah kepada umat Islam

KLIK UNTUK MERANCANG HARTA:

https://teamnaz2.wasap.my/




https://youtu.be/3rzMdWdgVNIKENAPA PASANGAN YANG TIADA ANAK LELAKI PERLU BUAT HIBAH ???Bahagian faraid seorang anak pere...
24/10/2024

https://youtu.be/3rzMdWdgVNI

KENAPA PASANGAN YANG TIADA ANAK LELAKI PERLU BUAT HIBAH ???

Bahagian faraid seorang anak perempuan adalah 1/2 dan jika ada lebih dari seorang anak perempuan, 2/3 akan dikongsi sama rata.

1/8 adalah milik isteri, ibu memiliki 1/6 dan ayah p**a menerima 1/6 dan baki.

Jika ibu dan ayah tiada bahagian mereka diwarisi oleh adik beradik si suami.

Keadaan akan menjadi sukar kerana ada kemungkinan berlaku pertembungan di antara hak dan keperluan keluarga.

SEDIAKAN DOKUMEN HIBAH DENGAN HANS LEGASI RESOURCES..👍

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN..

KLIK UNTUK INFO LANJUT:

https://teamnaz2.wasap.my/




Ramai orang berkata, kalau anda mempunyai anak perempuan sahaja dan tiada anak lelaki, maka anda termasuk dalam golongan yang mempunyai struktur faraid yang ...

WASIAT ADALAH KUNCI PENTADBIRAN PUSAKAAda yang mempersoalkan saya kenapa perlu promote wasiat sedangkan hak-hak waris su...
23/10/2024

WASIAT ADALAH KUNCI PENTADBIRAN PUSAKA

Ada yang mempersoalkan saya kenapa perlu promote wasiat sedangkan hak-hak waris sudah ditetapkan dalam faraid.

Wasiat hanya untuk yang bukan waris seperti anak angkat, cucu, family non muslim, kawan-kawan dll..

Tak perlulah nak suruh masukkan anak², pasangan & mak ayah dalam wasiat..

Saya tak nafikan argument tu.. Mmg dalam Islam cukup cantik dah.. Sebab sudah ada kaedah faraid utk pembahagian harta pusaka..

Tapi, satu perkara kita kena tahu, wasiat bukan sekadar pesanan..

Di Malaysia, wasiat juga adalah Kaedah Pentadbiran Pusaka.

Tujuan kita mewujudkan dokumen wasiat ialah untuk melantik seorang pentadbir pusaka (wasi institusi) untuk menguruskan kerja2 mencairkan harta simati yang dibekukan untuk diagihkan kepada ahli waris.

Untuk nak mendapatkan harta simati kita berdepan dengan pelbagai akta dan enakmen tanah dan harta.

Lain negeri, lain p**ak enakmen dan undang²nya.

Tanpa dokumen wasiat, wasi peribadi akan berdepan dengan pelbagai birokrasi yang memakan masa agak lama untuk diselesaikan.

Dokumen wasiat akan memudahkan proses untuk menguruskan harta simati agar lebih mudah dan cepat.

Sebab itu, wasiat bukan sekadar pesanan, wasiat ialah Kunci Pentadbiran Pusaka.

Berwasiatlah kerana ia membawa banyak kebaikan untuk kita dan keluarga kita yang ditinggalkan.

Adakah anda ingin berwasiat? 🤔

KLIK UTK INFO LANJUT:

https://teamnaz2.wasap.my/




KISAH BENAR: KELUARKAN DUIT DARI AKAUN BANK ARWAH SUAMIPagi tadi saya ke Public Bank yang office ada akaun dan tengah tu...
22/10/2024

KISAH BENAR: KELUARKAN DUIT DARI AKAUN BANK ARWAH SUAMI

Pagi tadi saya ke Public Bank yang office ada akaun dan tengah tunggu giliran untuk berjumpa dengan pegawai yang selalu buat urusan syarikat.

Masa itu terdengar perbualan antara seorang wanita lingkungan 30an dengan Pegawai bank.

"Saya nak keluarkan duit simpanan arwah suami saya dan bagi sijil mati suami kepada pegawai di situ".

Pegawai di kaunter serba salah lalu bagitahu "eh Puan kena ada Surat Kuasa Mentadbir. Tak boleh guna sijil mati untuk keluar duit si mati"

"Kenapa perlu surat kuasa? Saya isteri sah. Sijil mati yang asal ini tak cukup bukti ke untuk saya keluarkan duit arwah? Saya dah tak ada duit nak bayar sewa rumah, makan minum semua "dan mula nangis di kaunter itu.

Pegawai pun serba salah dan bagitau "minta maaf puan, ini syarat bank. Bukan bank ini saja, mana-mana institusi kewangan pun sama juga syarat dia, cuba tanya lawyer itu" sambil tunjuk ke arah saya.

Saya pun ceritakan cara-cara nak buat surat kuasa, macamana nak dapatkan wang/ bantuan khairat kematian dan sebagainya.

Ramai antara kita tidak tahu apa ituSurat Kuasa Mentadbir dan cara-cara nak dapatkan surat kuasa ini.

Senang tak prosesnya? jawapannya mudah tapi tak mudah :)

Di Malaysia, kita boleh pohon surat kuasa mentadbir ini di 3 institusi (mengikut syarat nilai harta pusaka dan pilihan waris-waris). Iaitu:

1. Bahagian harta pusaka kecil Pejabat Tanah
2. Amanah Raya
3. Mahkamah Tinggi.

Ketiga-tiga ini mempunyai syarat dari segi nilai harta pusaka tersebut.

Contohnya, nilai harta pusaka di bawah 2 juta boleh difailkan dan didengar di pejabat tanah.

Namun yang selalu membezakan antara ketiga-tiga institusi adalah tempoh masa, kos dan proses yang perlu dilalui.

KLIK UNTUK INFO LANJUT:

https://teamnaz2.wasap.my/

HANSCARE: PAKEJ WASIAT, HIBAH DAN TAKAFUL YG PERTAMA DI MALAYSIA✅ DOKUMEN PEWARISAN LENGKAP HLR▪️Dokumen Wasiat▪️Dokumen...
21/10/2024

HANSCARE: PAKEJ WASIAT, HIBAH DAN TAKAFUL YG PERTAMA DI MALAYSIA

✅ DOKUMEN PEWARISAN LENGKAP HLR

▪️Dokumen Wasiat
▪️Dokumen Hibah
▪️Surat Ikatan Amanah

✅ PERLINDUNGAN TAKAFUL

▪️10 bilangan Harta < 5J
▪️Kematian 75K
▪️Hilang Upaya Kekal 75K
▪️Kemalangan 75K
▪️Penyakit Kritikal 60K
▪️Elaun Wad RM90 harian
▪️Khairat Kematian 2K

✅ KAD GAYA HIDUP

▪️Kad diskaun yg boleh digunakan di lebih 60 outlet seluruh Malaysia

✅ AUTO ASSIST (BREAKDOWN)

▪️Khidmat Towing Percuma sehingga 100km

✅ BAYARAN BULANAN

Potongan bulanan hanya RM100 melalui ANGKASA ATAU DIRECT DEBIT..

KLIK UTK INFO LANJUT:

https://teamnaz2.wasap.my/




SEMINAR PEWARISAN HARTA PUSAKA ISLAMAssalamualaikum wbt                          Adalah dengan ini tuan/puan dijemput me...
20/10/2024

SEMINAR PEWARISAN HARTA PUSAKA ISLAM

Assalamualaikum wbt

Adalah dengan ini tuan/puan dijemput menghadiri Seminar Pewarisan Harta Pusaka Islam seperti butiran berikut :

🗓 8 NOVEMBER 2024 (Jumaat)
⏰ 9.00 PG - 12.00 T/HARI 📍 Balai Islam,Masjid Jamek Bukit Gambir, Tangkak,Johor
💶 RM10/SEORANG
Penyampai : Kapt (B) Mohd Salleh bin Mahat Pengurus Agensi, Hans Legasi Resources Sdn Bhd

https://shorturl.at/r9jO0
KLIK 👆🏻 UNTUK PENDAFTARAN KAEDAH PEMBAYARAN
1. MAYBANK (ONLINE)
151089272284
2. TUNAI (KAUNTER PENDAFTARAN SEMINAR)

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN 07 NOVEMBER 2024( Khamis)

Sebarang Pertanyaan hubungi kami:

013-3784865_Nasir
013-3030148_Hj Man

Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan dilimpahi keberkatan dari Allah SWT. Inilah peluang untuk menambah NILAI kepada diri sendiri supaya menjadi lebih UNIK dengan ilmu yang boleh membantu umat Islam merancang dan mengurus Harta Pusaka dengan sebaiknya.

Sekian, terima kasih.




Address

Taman Cempaka
Bukit Gambir
84800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+60133784865

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Team NAZ Johor-Wasiat, Hibah, Faraidh & Urus Pusaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Team NAZ Johor-Wasiat, Hibah, Faraidh & Urus Pusaka:

Share