JPKK Kampung Baru M Ayer Kuning, Tapah

Directions Contact the business

JPKK Kampung Baru M Ayer Kuning, Tapah Merancang dan melaksana program di kampung serta menyalurkan permasalahan kepada pihak berkenaan

🌙✨ KARNIVAL MAULIDURRASUL PERINGKAT MASJID JAMEK AIR KUNING TAHUN 2026 ✨🌙بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِAssalamual...
23/09/2026

🌙✨ KARNIVAL MAULIDURRASUL PERINGKAT MASJID JAMEK AIR KUNING TAHUN 2026 ✨🌙

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam Maulidur Rasul 🌹

Dengan penuh sukacita, Masjid Jamek Air Kuning menjemput seluruh masyarakat setempat untuk bersama-sama memeriahkan Karnival Maulidurrasul Peringkat Masjid Jamek Air Kuning Tahun 2026.

📅 TARIKH:
26 September 2026 (Sabtu)

⏰ MASA:
Bermula 8:30 pagi

📍 TEMPAT:
Masjid Jamek Air Kuning

🎯 TEMA:
“Menyemai Cinta Rasul, Memperkasa Ummah”

🌟 PELBAGAI AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA! 🌟

🕌 PERTANDINGAN AZAN & IQAMAH

📖 PERTANDINGAN MEMBACA KHUTBAH

🎤 PERTANDINGAN DAIE CILIK

🎙️ PERTANDINGAN DAIE REMAJA

🎭 PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK KEMERDEKAAN
🇲🇾 Terbuka kepada semua – tiada had umur!

🎨 PERTANDINGAN MEWARNA
👧 Kategori 1: 4 – 6 tahun
🧒 Kategori 2: 7 – 9 tahun

🎪 GERAI JUALAN
💰 Sewaan tapak hanya RM100 satu gerai
📌 Terhad kepada 12 tapak sahaja!

🎶 QASIDAH & SELAWAT

📚 TAUSIYAH / TAZKIRAH

🌙✨ KEMUNCAK KARNIVAL ✨🌙
Selepas Solat Isyak, sekitar 9:00 malam:

💚 MALAM AIR KUNING BERSELAWAT
🎶 Qasidah & Selawat
📖 Tausiyah / Tazkirah
🌙 Bersama-sama menghidupkan malam dengan selawat dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

📲 JOM DAFTAR DAN SERTAI PERTANDINGAN!
Imbas QR Code pada poster atau hubungi urus setia untuk mendapatkan maklumat lanjut.

☎️ Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut:

👤 Pengerusi Masjid:
En. Omar Shah
📞 012-496 7904

👤 Timbalan Pengerusi:
Tn. Hj. Nizamuddin
📞 017-447 4632

👤 Setiausaha:
En. Mohammad Kamil Pauzi
📞 019-565 7450

🌙💚 JOM MERIAHKAN KARNIVAL MAULIDURRASUL! 💚🌙

Bawa keluarga, anak-anak, saudara-mara dan sahabat handai untuk bersama-sama memeriahkan program yang penuh dengan ibadah, ilmu, seni, kreativiti dan ukhuwah.

“Menyemai Cinta Rasul, Memperkasa Ummah”

✨ Imarah Masjid • Lestari Ummah • Berkat Untuk Semua ✨

Jangan lupa save tarikh:
📅 26 SEPTEMBER 2026 | SABTU
⏰ 9:30 PAGI
📍 MASJID JAMEK AIR KUNING

JOM HADIR BERAMAI-RAMAI! 🌙🕌❤️

**ADUAN DIAMBIL TINDAKAN**Aduan berhubung kabel dan tiang Telekom yang berada dalam keadaan membahayakan keselamatan di ...
23/09/2026

**ADUAN DIAMBIL TINDAKAN**

Aduan berhubung kabel dan tiang Telekom yang berada dalam keadaan membahayakan keselamatan di kawasan SK Air Kuning telah diambil perhatian oleh YB Dr. Ustaz Yusri Bakir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning.

Terima kasih kepada YB atas keprihatinan dan tindakan segera dalam menyelaras aduan ini demi memastikan keselamatan murid-murid, warga sekolah serta penduduk setempat sentiasa terpelihara.

Semoga tindakan pembaikan dapat disegerakan oleh pihak berkaitan.

23/09/2026
Ziarah Kasih Menyantuni Mantan Ketua KampungAlhamdulillah, YB Dr. Ustaz Yusri Bakir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) A...
23/09/2026

Ziarah Kasih Menyantuni Mantan Ketua Kampung

Alhamdulillah, YB Dr. Ustaz Yusri Bakir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, telah berkesempatan mengadakan ziarah kasih ke kediaman mantan Ketua Kampung Baru (M) Air Kuning, En. Roslan bin Daud.

Kunjungan ini merupakan tanda penghargaan atas segala jasa dan sumbangan beliau dalam memimpin serta berbakti kepada masyarakat Kampung Baru (M) Air Kuning. Semoga silaturahim yang terjalin ini terus diperkukuhkan dan menjadi lambang keprihatinan terhadap pemimpin serta tokoh masyarakat setempat.

JPKK Kampung Baru (M) Air Kuning merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB atas kesudian hadir menyantuni En. Roslan bin Daud. Semoga beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus berada dalam rahmat Allah SWT.

08/09/2026
Alhamdulillah, Sambutan Maulidur Rasul 1448H di Surau Al-Khairiah RPA 2 Air Kuning telah berlangsung dengan penuh keberk...
29/08/2026

Alhamdulillah, Sambutan Maulidur Rasul 1448H di Surau Al-Khairiah RPA 2 Air Kuning telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Dr. Ustaz Yusri Bakir, ADUN Ayer Kuning, yang sudi hadir bersama-sama masyarakat RPA 2 Air Kuning bagi memeriahkan majlis yang penuh bermakna ini. Turut bersama ialah Zam Atak Pengerusi JPKK Kampung Baru (M) Air Kuning sebagai tanda sokongan terhadap program keagamaan dan perpaduan masyarakat.

Program ini merupakan hasil kerjasama erat antara JPKK Kampung Baru (M) Air Kuning dan Pengerusi Surau Al-Khairiah RPA 2 Air Kuning bersama barisan AJK Surau dalam menjayakan sambutan Maulidur Rasul demi menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan penduduk.

Jutaan terima kasih juga kepada Al Fadhil Ustaz NorZamani bin Mohd Nordin atas penyampaian ceramah yang penuh ilmu dan penghayatan, serta kepada semua AJK Surau, JPKK, para sukarelawan, penyumbang dan seluruh Muslimin dan Muslimat yang hadir menjayakan majlis ini.

Semoga segala usaha dan amal kebajikan yang dicurahkan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.

🇲🇾 SELESAI SUDAH PROGRAM SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 🇲🇾Alhamdulillah, Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 anjura...
29/08/2026

🇲🇾 SELESAI SUDAH PROGRAM SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 🇲🇾

Alhamdulillah, Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 anjuran NADI MADANI dengan kerjasama JPKK Kampung Baru (M) Air Kuning telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Ogos 2026 (Sabtu) di Dewan Orang Ramai Perumahan Awam Ayer Kuning.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Mohamad Yusri Bakir, ADUN Ayer Kuning. Kehadiran beliau menyerikan lagi sambutan program yang menghimpunkan masyarakat setempat dalam semangat kemerdekaan dan amalan gaya hidup sihat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dr. Ustaz Yusri Bakir, pihak NADI MADANI, Zam Atak Pengerusi JPKK Kampung Baru (M) Air Kuning, semua jawatankuasa, sukarelawan serta seluruh peserta yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga kerjasama antara Nadi Ayer Kuning dan JPKK Kampung Baru (M) Air Kuning terus diperkukuhkan dalam menganjurkan lebih banyak program yang memberi manfaat kepada komuniti.

Bersama Melangkah, Bersama Merdeka, Bersama MADANI

10/08/2026
Meninjau lokasi dan meneliti cadangan pembinaan jalan pertanian serta jalan akses bagi kemudahan murid-murid tahfiz bers...
22/07/2026

Meninjau lokasi dan meneliti cadangan pembinaan jalan pertanian serta jalan akses bagi kemudahan murid-murid tahfiz bersama pihak Pejabat Daerah & Tanah Batang Padang, MPOB, Penghulu serta Ketua Kampun di Air Kuning.

Keperluan ini amat penting bukan sahaja bagi meningkatkan akses dan memudahkan aktiviti pertanian penduduk, malah turut memastikan perjalanan harian murid-murid tahfiz lebih selesa dan selamat.

Terima kasih kepada semua agensi yang hadir memberikan pandangan serta komitmen dalam usaha mencari penyelesaian terbaik. Insya-Allah, setiap cadangan yang dibincangkan akan terus diperhalusi agar dapat direalisasikan demi manfaat masyarakat setempat.

18/07/2026

Address

Jalan Besar Changkat Jong/Kampar
Chenderiang
31920

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Kampung Baru M Ayer Kuning, Tapah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to JPKK Kampung Baru M Ayer Kuning, Tapah:

Shortcuts

Share