16/10/2026
IPU tidak sihat adalah merujuk kepada partikel zarah jerebu yang berada pada tahap yang membahayakan kesihatan.
Zarah jerebu di Malaysia dikategorikan kepada dua saiz kehalusan partikel terampai (particulate matter) yang utama, iaitu PM2.5 dan PM10. Berdasarkan data kajian tempatan, dianggarkan sebanyak 94% daripada keseluruhan zarah jerebu adalah terdiri daripada partikel PM2.5.
APA ITU PM2.5?
PM2.5 adalah 'Zarah Sangat Halus'.
Mempunyai diameter berukuran 2.5 mikrometer ke bawah. Saiz ini adalah sangat halus, iaitu sekitar 30 kali lebih kecil daripada diameter sehelai rambut manusia. Partikel inilah yang paling dominan dan berbahaya ketika musim jerebu kerana sifatnya yang mudah menembusi sistem pertahanan pernafasan untuk masuk jauh ke dalam paru-paru serta menyerap terus ke dalam aliran darah
Untuk pekerja yang bekerja di luar (outdoor), pendedahan yang lama pada boleh membahayakan kesihatan, oleh itu diwajibkan memakai pelitup 'partikulat respirator N95' yang boleh menyekat zarah halus PM2.5.
Ingin dapatkan pelitup respirator N95, boleh dapatkan di Farmasi Remedi. Ready stock sudah ada. 😊