13/11/2025
SUBJEK KEEDS MANDARIN
Syukur alhamdulillah, satu lagi modul signature dari Keedsflix HQ, iaitu keeds mandarin, akan diperkenalkan di kesemua keedsflix preschool seluruh Malaysia mulai tahun 2026.
Modul keeds mandarin ini akan diajar kepada anak2 Keedsflix Playschool & Preschool Mutiara kesemua cawangan di bawah pengurusan Mutiara Education Sdn Bhd yg mengambil pakej full day sahaja kerana subjek ini akan diajar di sebelah petang.
Sebagai persediaan awal, kesemua guru2 dari cawangan Mutiara Rini, Nusa Idaman, Impian Emas & Simpang Renggam telah mengikuti training subjek mandarin sejak bulan Julai lepas. Mereka wajib menghadiri kelas secara online untuk melengkapkan 12 lesson, perlu menghantar assignment & akhir sekali kemuncaknya adalah menghadiri training fizikal selama 2 hari serta menduduki peperiksaan bahasa mandarin (listening, writing, speaking) untuk melayakkan mereka mendapat sijil layak mengajar subjek keeds mandarin.
Syukur alhamdulillah kesemua 17 orang guru2 yang dihantar, telah menduduki peperiksaan bahasa mandarin, telah lulus Level 1 dengan jayanya & sekarang mereka sedang mengikuti kelas online Level 2 selama tiga bulan sebelum menduduki peperiksaan Level 2 pada hujung bulan Januari tahun hadapan.
Syabas & tahniah buat semua guru2 yang amat komited & kekal positif untuk melaksanakan tanggung jawab serta cabaran baharu yang pastinya amat2 mencabar disebabkan kesemua guru tidak mempunyai asas atau latar belakang mandarin, tetapi tiada yg mustahil jika mereka meletakkan mind set yg betul.
Terbukti apabila mereka semua telah lulus peperiksaan Level 1 & diberikan sijil yang diiktiraf oleh salah satu institusi yang menawarkan training mandarin, iaitu institut "I Love Mandarin". Guru2 ini bakal meneruskan ke Level 2 & Level 3 p**a. In sha Allah
Kepada ibu bapa di luar sana, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pastikan anak2 anda berpeluang mempelajari bahasa tambahan, mandarin kerana anak2 umur 6 tahun ke bawah, otak mereka berkembang dengan sangat pesat. Mereka sedia menerima apa saja ilmu baharu asalkan sentiasa diberikan sokongan & dorongan.
Pasti mereka boleh menjadi anak2 yg hebat. Boleh mengaji, menghafaz, membaca, menulis & terkini, boleh faham bahasa mandarin. In sha Allah
Hebat kan anak2 keedsflix? 💪🤩
Jom daftar anak2 anda di keedsflix preschool Mutiara Rini, Nusa Idaman, Impian Emas, Simpang Renggam & Indera Mahkota. utk sesi 2026!
Jom follow tiktok rasmi kami untuk melihat aktiviti anak2 keedsflix playschool & preschool:
https://www.tiktok.com/