25/07/2020
NAK ANAK BIJAK
Kadang-kadang saya garu kepala bila,
Anak lelaki, semua mainan kereta. πππ
Anak perempuan, semua mainan anak patung. π»π»π»
Dalam merangsang perkembangan anak, pemilihan mainan sangat penting.
Tak perlu 1 rak mainan kereta untuk anak lelaki tetapi tidak ada 1 pun mainan masak-masak.
Yang ada anak perempuan, tidak perlu pun penuh katil dengan teddy bear tetapi tiada mainan kereta.
Semua mainan penting.
Ramai yang bertanya saya, mainan apa yang paling bagus untuk anak perempuan. Jawapan saya, apa apa mainan pun bagus selagi tak bahaya π
Asalkan dapat merangsang perkembangan anak, macam mana nak merangsang perkembangan? Dengan merangsang semua deria. Ada 7 jenis deria yang perlu dirangsang sejak lahir kalau nak anak pandai dan bijak:
1. Sentuhan.
2. Keseimbangan dan pergerakan.
3. Sendi.
4. Visual.
5. Auditori.
6. Rasa.
7. Bau.
Maka, pemilihan mainan yang pelbagai sangat penting untuk merangsang semua deria. Otak anak kita ni macam span, menyerap segala benda dan jangan terkejut jika kita merangsang semua deria dengan optimum dan cukup. Kesannya sangat memberangsangkan, malah anak cepat "tangkap" apa-apa input yang diberi kepadanya. π
So meh kita tengok apa mainan sesuai untuk anak gegirl pulakkk πππ