05/06/2026
ZIARAH RUMAH PENSYARAH DR AMAL
Alhamdulillah peserta sesi April berkesempatan menziarahi Dr Amal di rumah beliau di Mafraq. Hari-hari yang berbaki sebelum balik Malaysia pada 2 Julai nanti, peluang menziarahi dan bertandang ke rumah Arab adalah satu peluang keemasan. Ia bukan sekadar para peserta dapat menziarahi guru mereka, kenal rumah, bertanya khabar dan mengeratkan silaturrahim sebaliknya mereka juga dapat melihat dan mempelajari budaya Arab dalam menyambut tetamu, ucapan-ucapan dalam Bahasa Arab semasa menerima tetamu dan makanan Arab yang dihidangkan untuk tetamu.
Terima kasih diucapkan kepada Dr Amal atas kesudian menerima dan memjemput peserta Ana Arabiy ke rumah beliau di Mafraq. Jazakumullahulkhair warakallahu fikum.