GD Al-Quran Online

GD Al-Quran Online Asas Muqaddam Al-Quran
Asas Tajwid Al-Quran
Al-Quran Bertajwid

18/03/2025

Assalamualaikum.
Salam Ramadan

INFAK MAKANAN MASIH DIPERLUKAN

Jom rebut peluang dibulan yang mulia ini untuk gandakan pahala !!!

RM 15 / pack.
Ayam panggang (half chicken)

Yang berminat boleh terus hubungi saya.
www.wasap.my/601111276606/infakramadan

Maybank
1530 8312 3340
MOHAMMAD ALGHOFFUR BIN MOHD DAUD
(Ref: Infak Ramadan)

Sebar-sebarkan
Terima kasih

Assalamualaikum.Salam Ramadan Infak makanan dibuka Jom rebut peluang dibulan yang mulia ini untuk gandakan pahala !!!RM ...
02/03/2025

Assalamualaikum.
Salam Ramadan

Infak makanan dibuka

Jom rebut peluang dibulan yang mulia ini untuk gandakan pahala !!!

RM 15 / pack.
Ayam panggang (half chicken)

Yang berminat boleh terus hubungi saya.
www.wasap.my/601111276606/infakramadan

Maybank
1530 8312 3340
MOHAMMAD ALGHOFFUR BIN MOHD DAUD
(Ref: Infak Ramadan)

Sebar-sebarkan
Terima kasih

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

Assalamualaikum.Infak makanan masih dibuka sehingga hari khamis ini.Jom rebut peluang !!!Daripada Abdullah bin Amr bin a...
10/02/2025

Assalamualaikum.
Infak makanan masih dibuka sehingga hari khamis ini.

Jom rebut peluang !!!

Daripada Abdullah bin Amr bin al-As RA berkata: “Seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW: Islam manakah yang paling baik? Nabi SAW bersabda: “Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.”

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Nabi SAW dalam sabdanya, “Sesungguhnya di syurga terdapat sejumlah bilik yang bahagian luarnya terlihat dari bahagian dalamnya dan bahagian dalamnya terlihat dari bahagian luarnya. Lalu seorang Arab Badwi berdiri lalu bertanya, “Ya Rasulullah untuk siapa bilik itu?” Nabi SAW menjawab, “Untuk orang yang memberi makan.”

Riwayat at-Tirmizi

RM 6 / pack.

Yang berminat boleh terus hubungi saya.

Maybank
*1530 8312 3340*
MOHAMMAD ALGHOFFUR

Terima kasih

30/11/2024

Pengasas Dnars, Faziani Rohnan Ahmad mninggal dunia dln kepenatan beliau brulang alik mberi sedekah di Thailand.

Aishah Bahar, gadis Indonesia mninggal thn lalu sebaik selesai mbaca Al-Quran seusai solat Subuh.

Ahmad Ammar, mninggal dunia ketika sedang dlm pjalanan mhadiri kuliahnya, bbp thn dulu.

Seorg doktor MA yg dikenali meninggal dunia selepas solat dhuha yg menjadi amalannya.

B*k lagi kisah yg indah pengakhirannya.

Mereka semua ni sihat.
Langsung takda apa-apa penyakit.

Sungguh sihat walafiat.

Lebih hebat lagi adalah.....

Meninggal ketika sedang buat amalan yang mereka s**a buat.

Ustaz Don dalam satu ceramahnya berkata....

Kita ni manusia biasa. Bukan solehin. Bukan tabiin. Bukan alim ulama. Bukan ustaz ustazah. Bukan siapa-siapa pun.
Tahap ibadah tak setaraf dengan golongan di atas.

Tapi, kita mesti cari satu ibadah yang kita s**a dan senang nak buat.
Ikut kederat kita, mampu kita, masa kita. Mesti!

Bila dah jumpa, amalkan dengan istiqomah.... sampai sebati. Istiqomah ni maksudnya, bila kita tak buat, kita jadi susah hati. Macam ada benda yang tak selesai untuk hari itu.

Kalau senang mengaji, mengaji.
Kalau senang sedekah, sedekah.
Kalau senang solat sunat, solat.
Kalau senang puasa, puasa.
Kalau senang tolong orang, tolong.
Kalau senang zikir, zikir.
Kalau senang berjemaah, pergi.

Buat dan buat dan buat. Jangan tinggal. Biar dia jadi kawan paling rapat kita kat mana pun. Yang bila kita tak tinggal dia, dia tak sampai hati nak tinggal kita.

Berdoalah, semoga kita mati dalam amalan yang kita selalu buat ni. Dengan sahabat baik yang kita tak pernah tinggal ni.

Begitu saya rasa nasihat Ustaz Don ni kena tepat dengan kisah kematian yang manis-manis macam di atas.

Meninggal masa sedang buat amalan yang mereka selalu dan s**a buat. Amalan yang dah jadi sahabat.

Husnul khotimah.

Bila dah ada matlamat, dah tanam niat, usahakan dengan sepenuh keringat.

InsyaAllah!
Buat sampai jadi tabiat.

Kongsian : Ain Aisyah Rahman

30/11/2024

*PRAY FOR KELANTAN.*

Assalamualaikum

*JOM INFAK MAKANAN UNTUK MANGSA BANJIR!!!*

Saya telah merasai sendiri kes**aran untuk mendapat makanan dalam keadaan terperangkap dalam banjir dan ketiadaan elektrik selama beberapa hari.

Baginda SAW bersabda:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلاَمَ ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ ، وَصِلُوا الأَرْحَامَ ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلاَمٍ

Maksudnya: “Hai orang ramai. Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur. Nescaya kamu dapat masuk Syurga dengan sejahtera dan selamat.”

Riwayat al-Tirmizi (2485), Ibnu Majah (3251) dan Ahmad (5/451)

*INFAK MAKANAN UNTUK MANGSA BANJIR DI KELANTAN DIBUKA.*

*RM 7/pack*
*(Nasi + Lauk + Air + Buah)*

Bagi yang berminat, boleh terus hubungi saya.

MAYBANK
1530 8312 3340
MOHAMMAD ALGHOFFUR BIN MOHD DAUD

Semoga kalian semua tergolong dalam kalangan orang yang mendapat syurga Allah SWT.

Sebarkan kepada insan-insan budiman😍

Assalamualaikum.Bagi sesiapa yang ingin berinfak dibulan haram zulhijjah,Boleh hubungi saya.Nasi BerlaukRM 50 = 10 pack
11/06/2024

Assalamualaikum.
Bagi sesiapa yang ingin berinfak dibulan haram zulhijjah,
Boleh hubungi saya.

Nasi Berlauk
RM 50 = 10 pack

18/05/2024
13/05/2024

TIPS BACAAN AL-QURAN

Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysni.
‎هذه كتبها د. محمد المحيسني حفظه الله ..

‎١- لا تعطي القرآن فضلة وقتك .
1. Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pada lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca),

‎بل خصص له وقت محدد لا ينازعك عليه أحد
Malah khususkan untuknya waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu.

‎٢- قبل القراءة جدد وضؤك ، واستقبل القبلة ، .
2. Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu'mu, hadaplah ke arah kiblat,

‎وابدأ بالاستعاذة ثم البسملة ، واستحضر فضل قراءة القرآن
dan mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan ingatilah ganjaran kelebihan membaca al-Quran.

‎٣- ليكن صوتك وسطاً لا مرتفعاً فتتعب وتزعج ولا منخفظاً فتمل وتنعس
3. Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau kepenatan dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk.

‎ولتكن سرعتك وسطاً لا سريعة فتهذ ولا بطيئةً فتسئم .
Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau rasa jemu.

‎٤- للقرآن هيبة ووقار
4. Al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan.

‎ومن عظم القرآن في قلبه عظم الله مكانته بين الناس
Sesiapa yang mengagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia.

‎فلا تقطع قراءتك بالكلام مع فلان وفلان
Maka jangan engkau putuskan bacaanmu dengan perbualan bersama orang lain.

‎٥- كان السلف إذا شرع أحدهم في قراءة سورةٍ لا يقطعها حتى يتم السورة.
5. Generasi salaf dahulu apabila mereka menetapkan untuk membaca satu surah, mereka tidak akan memutuskannya sehingga sempurna bacaan satu surah tersebut.

‎وهذا من الأدب مع كلام الله ، والبعض يقطع الآيات !
Ini adalah di antara adab dengan kalam Allah. Dan sebahagian orang memutuskan ayat (untuk bercakap dengan orang).

‎٦- إذا بدأت قراءتك فلا تلتفت لأحد
6. Apabila engkau telah memulakan bacaanmu, maka janganlah engkau menoleh kepada sesiapapun.

‎وإذا أراد أحدهم الحديث معك فأشر بيدك له معتذراً ،
Jika seseorang ingin berbicara denganmu, berikan isyarat dengan tanganmu meminta maaf.

‎وهذا من تعظيمك لكتاب الله
Ini merupakan sikap memuliakan kitab Allah.

‎٧- إن كنت ولا بد قاطعاً تلاوتك لحديثك لأحدهم ، فلا تجبه فور حديثه.
7. Jika engkau perlu untuk menghentikan bacaanmu untuk berbicara dengan seseorang (yang mengajakmu berbicara), jangan terus (berhenti untuk) menjawabnya.

‎بل لينتظرك حتى تقف على رأس الآية في موقف مناسب .
Malah hendaklah dia menunggu sehingga engkau berhenti di hujung ayat, pada tempat berhenti yang sesuai.

‎٨- يجب عليك تحريك لسانك أثناء القراءة
8. Hendaklah engkau menggerakkan lidahmu ketika membaca al-Quran,

‎أما قراءة العين فهي لا تجزئ ولا تعبر قارئاً
adapun bacaan dengan mata sahaja, tidak memadai dan tidak dianggap sebagai membaca.

‎٩- من عدم احترامك لكلام ربك أن تقرأ آيات يسيرة ثم تتابع تويتروتليجرام و..و..و ثم تعود ، ثم تتصفح وهكذا !
9. Di antara tanda hilangnya rasa hormat kepada kalam Tuhanmu, ialah apabila engkau baru membaca sedikit ayat-ayat al-Quran, kemudian engkau sambung p**a dengan melihat Twitter, Telegram, fb dan ini, dan itu, kemudian sambung, kemudian semak lagi, dan seterusnya.

‎١٠- أنصحك أن تذهب لمسجد بعيد لا معارف لك به
10. Aku menasihatkanmu agar engkau pergi ke sebuah masjid yang jauh, yang engkau tidak ada orang mengenalimu.

‎وأن تذهب الأخت لغرفة منعزلة
Dan bagi wanita, agar pergi ke tempat, bilik atau ruangan yang terasing.

‎لتخلوا بكتاب ربك فتذوق حلاوته وتتدبر آياته
Supaya kamu dapat bersendirian bersama kitab Tuhanmu, lalu engkau menikmati kemanisannya dan mentadabburi ayat-ayatNya.

‎١١-مهمة:
‎شر جليس لك في قراءتك هاتفك !
11. (PENTING!!)
Seburuk-buruk pendampingmu ketika membaca al-Quran, ialah 'handphone'mu.

‎فأنصحك أن تتركه في المنزل أو السيارة
Maka, aku menasihatkanmu, agar engkau meninggalkan ia di rumah atau di dalam kenderaan (dalam keadaan yang selamat)

‎وتذهب للقراءة وحدك حتى لا يدخل منه الشيطان
Dan engkau pergi membaca al-Quran bersendirian, supaya Syaitan tidak mengganggumu melaluinya (yakni: telefon itu)

‎١٢- أثناء قراءتك ستمر عليك آيات رحمة ووعيد
12. Semasa engkau membaca, engkau akan melalui ayat-ayat tentang rahmat dan ancaman.

‎قف .. عند بعضها
Berhentilah.. pada sebahagian dari ayat-ayat tersebut.

‎وارفع يديك واسأل الله من فضله
Angkatlah kedua tanganmu dan mintalah kepada Allah dari kelebihanNya.

‎فلها أثر على القلب كبير .
Baginya, terdapat kesan kepada hati yang sangat besar.

‎١٣- إن كنت بطيئ القراءة أو لا تحسنها
13. Jika engkau (menghadapi masalah) perlahan membaca al-Quran atau engkau tak mampu membaca dengan baik,

‎فأعلم أن أجرك مضاعف فلك الأجر مرتين .
Ketahuilah bahawa ganjaran pahala engkau digandakan.
Maka, bagi engkau, ganjaran pahala sebanyak dua kali (1 kerana membaca, 1 kerana usaha dalam susah)

‎وأوصيك بتحميل القرآن صوتياً بهاتفك وتابعه .
Dan aku pesan kepada engkau supaya muat turun rakaman bacaan al-Quran di dalam handphone dan (belajar membaca dengan) ikuti (rakaman bacaan) itu.

‎١٤- ختم قراءتك على أواخر السور أكمل وأفضل من ختمها على أواخر الأجزاء .
14. Habiskan bacaan engkau pada penghujung surah adalah lebih sempurna dan lebih baik dari menghabiskan di penghujung juz-juz.

‎-ابن عمر إذا شرع في سورة لا يقف حتى يختمها .
Ibn 'Umar dahulu, jika membaca pada satu-satu surah, dia tak akan berhenti sehinggalah dia menghabiskannya.

‎١٥-لا يشغلنك قطع الأجزاء عن التدبر ومما يساعدك عليه تكرار الآية مرتين وثلاث وعشر حتى يلين لها قلبك ،
15. Jangan engkau sibukkan (fokus) untuk menghabiskan juz-juz, daripada (yang sepatutnya, iaitu fokus) kepada tadabbur dan apa-apa yang sebenarnya membantu engkau untuk mengulang-ulang sesuatu ayat sama ada 2 kali dan 3 kali dan 10 kali, sehinggalah hatimu menjadi lembut kerana ayat itu.

‎تقبل الله منا ومنك .
Semoga Allah menerima (usaha ini) dari kami dan dari engkau.

Terjemahan oleh: BroSyarief.

C&P

Jzkk Rosidah Ahmad



Infak iftor 28 Ramadan.Semoga semua penginfak dilapangkan rezeki Seluas-seluasnya oleh Allah dan dilipatgandakan pahala ...
08/04/2024

Infak iftor 28 Ramadan.

Semoga semua penginfak dilapangkan rezeki Seluas-seluasnya oleh Allah dan dilipatgandakan pahala di bulan Ramadan yang penuh Barakah ini.🤲🏻

Lihat video ghofurdaud.

Infak iftor 23 Ramadan. Pasir TumbuhSemoga semua penginfak dilapangkan rezeki Seluas-seluasnya oleh Allah dan dilipatgan...
05/04/2024

Infak iftor 23 Ramadan.
Pasir Tumbuh

Semoga semua penginfak dilapangkan rezeki Seluas-seluasnya oleh Allah dan dilipatgandakan pahala di bulan Ramadan yang penuh Barakah ini.🤲🏻

Lihat video ghofurdaud.

Address

Kampong Baharu Balakong

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GD Al-Quran Online posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to GD Al-Quran Online:

Share