Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Karangan

Directions Website

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Karangan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Karangan bertindak merapatkan jurang digital di kalangan komuniti tempatan melalui pendedahan teknologi 'ICT'.

Untuk maklumat lanjut berkaitan program kelas/bengkel ICT khususnya untuk belia, dewasa & warga emas, agensi kerajaan/swasta, sila berkunjung ke lokasi pejabat atau hubungi Pengurus/Penolong Pengurus NADI Karangan

Makluman.
24/08/2026

Makluman.

19/08/2026

📢KAUNTER PERKHIDMATAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR), SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) DAN BUDI MADANI 2026

Program ini memberi peluang kepada pemohon untuk
mendapatkan penerangan yang jelas selain memudahkan pengemukaan borang permohonan baru, kemaskini dan rayuan STR 2026

Tarikh : 21 Ogos 2026 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi hingga 3.30 petang
Tempat : NADI Karangan, Kemunting Kedah

Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan maklumat dan bantuan secara terus di kaunter perkhidmatan yang disediakan.

19/08/2026

RM986.15 JUTA.
BUKAN SEKADAR ANGKA.

Di sebalik angka ini, ada wang simpanan, hasil titik peluh dan masa depan yang terjejas akibat scam.

3,837 kes pada 2024.
Kes meningkat lebih 80% pada 2025.

Scam boleh mengubah hidup. Lindungi diri, lindungi simpanan.

18/08/2026

Apa yang kita kongsi di media sosial boleh menjadi tontonan ramai dan kekal lebih lama daripada yang kita sangka.

Sebelum tekan “Share”, berhenti seketika dan tanya diri:
🔎 Perlu ke saya kongsi?
🔒 Ada maklumat peribadi?
🤔 Boleh beri kesan kepada saya atau orang lain?

Berhenti “oversharing”. Kongsi dengan bijak.

Jaga privasi. Jaga diri. Jaga keselamatan di Internet. 🛡️

15/08/2026

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sentiasa komited memperkasa masa depan komuniti melalui inisiatif yang menyokong pendidikan anak-anak, di samping membantu meringankan beban keluarga.

📚 Program Tuisyen Rakyat
NADI menyediakan bimbingan pembelajaran secara PERCUMA kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di seluruh negara, bagi membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam pelajaran. Dijalankan dengan bimbingan guru berpengalaman dan kemudahan internet pantas bagi sesi atas talian yang lancar.

👕 Program Pakaian Sekolah NADI
✅ Harga istimewa untuk Ahli NADI
✅ Pre-order dan mula bayaran secara ansuran
✅ Penghantaran PERCUMA ke NADI yang ditanggung
✅ Tiada caj tambahan

Uniform ini dihasilkan oleh alumni NADI Mahir Jahit yang telah mengikuti latihan kemahiran menerusi Perkhidmatan Pintar NADI dan kini melangkah sebagai usahawan bagi membantu komuniti sekitar mendapatkan keperluan persekolahan dengan lebih mudah.

Dari sokongan pembelajaran, NADI MADANI terus menyediakan peluang yang memberi manfaat kepada pelajar, keluarga dan komuniti.

📍 Dapatkan maklumat lanjut di NADI berhampiran anda
🌐 www.nadi.my
📱 Ikuti NADI Malaysia di Facebook, Instagram & TikTok
✋🏻 Malaysia Madani




12/08/2026
10/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.

Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.

Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:

•⁠ ⁠Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
•⁠ ⁠Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
•⁠ ⁠Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.

Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.




09/08/2026

Sehelai baju sekolah. Tetapi di belakangnya, ada rezeki untuk dua keluarga.

Yang menjahit dapat menambah pendapatan. Yang membeli dapat berjimat.

Saya bertemu sekump**an wanita yang bermula dengan belajar menjahit di program NADI Mahir. Ada yang suri rumah, ada yang ibu tunggal. Daripada satu kemahiran, kini terbuka p**a peluang untuk mereka menambah pendapatan keluarga.

Lebih 2,000 peserta telah mengikuti program NADI Mahir Jahit dan program ini kini memasuki pengambilan keempat.

Daripada program inilah lahirnya inisiatif Baju Sekolah NADI. Alumni yang sudah mempunyai kemahiran diberi peluang menghasilkan pakaian sekolah untuk dijual pada harga yang lebih mampu milik kepada komuniti.

Inilah sebenarnya inisiatif yang saya sokong.

Bagi keluarga yang memerlukan, NADI turut menyediakan pilihan untuk membuat bayaran secara berperingkat. Bukan pinjaman, bukan skim “Pay Later” dan tiada faedah atau caj tambahan.

Sekadar satu pilihan untuk membantu ibu bapa mengurus perbelanjaan, terutama apabila perlu menyediakan kelengkapan persekolahan untuk beberapa orang anak serentak.

Tetapi bagi saya, nilai terbesar program ini bukan pada cara kita membeli sehelai baju sekolah.

Ia tentang apa yang boleh berlaku apabila kita memberi seseorang kemahiran dan peluang.

Seorang wanita belajar menjahit. Kemahirannya menjadi sumber pendapatan. Hasil tangannya p**a membantu keluarga lain berjimat.

Saya percaya program yang baik bukan sekadar memberi bantuan untuk hari ini. Ia memberi kemahiran supaya seseorang mempunyai lebih banyak pilihan untuk hari esok.

Satu kemahiran. Dua keluarga mendapat manfaat.

Address

Pusat Sebaran Maklumat Nasional Karangan (NADI Karangan)/Karangan, Dewan Kg. Kemunting
Karangan
09700

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Karangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share