Sekolah Kebangsaan Kampung Pendamar

Call Directions Website

Sekolah Kebangsaan Kampung Pendamar ALAMAT SEKOLAH: SK KG PENDAMAR, 41200, KLANG, SELANGOR, MALAYSIA
TEL/FAX: 03 31688517
KOD SEKOLAH: B

📚 MAKLUMAN PENTAKSIRAN MPT4📚Untuk makluman ibu bapa/penjaga murid Tahun 4.Matriks Pembelajaran Tahun 4 akan berlangsung ...
02/10/2026

📚 MAKLUMAN PENTAKSIRAN MPT4📚

Untuk makluman ibu bapa/penjaga murid Tahun 4.

Matriks Pembelajaran Tahun 4 akan berlangsung mengikut Jadual Waktu MPT4 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

MPT4 hanya melibatkan murid Tahun 4.

Sehubungan itu, kerjasama ibu bapa / penjaga amat dihargai bagi memastikan anak-anak:
📌 hadir ke sekolah sepanjang tempoh pentaksiran
📌 menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan
📌 hadir dalam keadaan bersedia serta mendapat rehat yang mencukupi.

⏰ Waktu pulang murid adalah seperti biasa, iaitu pada jam 12.40 tengah hari

Semoga anak-anak dipermudahkan dalam setiap urusan, diberikan ketenangan, kesihatan dan kelancaran sepanjang menjalani Pentaksiran MPT4.

Selamat menduduki pentaksiran. Berusaha sebaiknya, selebihnya serahkan kepada Allah.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan berterusan daripada ibu bapa / penjaga.

Selamat Datang & Selamat Bertugas,Dengan penuh sukacita, warga SK Kampung Pendamar, mengalu-alukan kehadiran Cikgu Aiman...
01/10/2026

Selamat Datang & Selamat Bertugas,

Dengan penuh sukacita, warga SK Kampung Pendamar, mengalu-alukan kehadiran Cikgu Aiman Haziq, guru baharu yang akan bersama-sama mencurahkan bakti dalam dunia pendidikan.

Semoga kehadiran Cikgu membawa semangat baharu, idea segar dan inspirasi dalam membimbing anak-anak SK Kampung Pendamar menuju kecemerlangan dan kejayaan🌱📖✨

“Selamat datang dan selamat bertugas”

🏖️✨ CUTI PENGGAL 2 – SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2026 ✨🏖️Assalamualaikum dan salam sejahtera.📢 Makluman kepada semua murid d...
28/08/2026

🏖️✨ CUTI PENGGAL 2 – SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2026 ✨🏖️

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

📢 Makluman kepada semua murid dan ibu bapa/penjaga:

Cuti Penggal 2 akan bermula pada 29 Ogos hingga 6 September 2026. 🗓️

🏫 Murid-murid akan kembali ke sekolah pada 7 September 2026 (Isnin).

Selamat bercuti buat semua warga SKKP 🥰🌴
Manfaatkan masa cuti dengan sebaiknya, luangkan masa bersama keluarga dan yang paling penting…

💙 Jaga keselamatan diri di mana jua berada.

Jumpa kembali di sekolah dengan semangat dan tenaga baharu! 📚✨

Program School Anti-Bullying Framework for Empowerment (SAFE)Hari : IsninTarikh : 27 Julai 2026Masa : 7:20 pagi dan 1:15...
28/07/2026

Program School Anti-Bullying Framework for Empowerment (SAFE)
Hari : Isnin
Tarikh : 27 Julai 2026
Masa : 7:20 pagi dan 1:15 petang

Semoga memberi kesedaran kepada murid kepentingan anti buli di sekolah menerusi Program Amalan Sekolah Penyayang, Pembimbing Rakan Sebaya dan Kaunseling Berfokus.
Bersama Hentikan Buli.

Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK Kampung Pendamar, Klang.



🌟🌟Program AURA Kehadiran Gemilang SK Kampung Pendamar🌟🌟Hari     : Isnin Tarikh : 27 Julai 2026Masa   : 7:20 pagi dan 1:1...
28/07/2026

🌟🌟Program AURA Kehadiran Gemilang SK Kampung Pendamar🌟🌟
Hari : Isnin
Tarikh : 27 Julai 2026
Masa : 7:20 pagi dan 1:15 petang

✨Penyampaian sijil dan button badge kepada murid yang berjaya mencapai kehadiran penuh sepanjang sesi persekolahan penggal 1, 2026
✨Cabutan bertuah
✨Bacaan Ikrar Aura Kehadiran Gemilang

Tahniah dan syabas kepada murid-murid yang berjaya, semoga aura program menggapai lebih ramai lagi murid mendapat kehadiran penuh untuk sesi persekolahan penggal 2, 2026.

Unit DISIPLIN & HEM SK Kampung Pendamar


PROGRAM JAGA LIDAH BINA SAHSIAH3 JULAI 2026 (JUMAAT)ANJURAN  PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DENGAN KERJASAMA UNIT DISIPLIN SK ...
10/07/2026

PROGRAM JAGA LIDAH BINA SAHSIAH
3 JULAI 2026 (JUMAAT)
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
DENGAN KERJASAMA UNIT DISIPLIN SK KG PENDAMAR

LIDAH
HATI
SAHSIAH

🏃‍♂️🏃‍♀️ SELAMAT BERJUANG PASUKAN OLAHRAGA SK KG PENDAMAR! 🏅🔥Seluruh warga SK Kg Pendamar mengucapkan selamat maju jaya ...
07/07/2026

🏃‍♂️🏃‍♀️ SELAMAT BERJUANG PASUKAN OLAHRAGA SK KG PENDAMAR! 🏅🔥

Seluruh warga SK Kg Pendamar mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan olahraga yang akan mewakili sekolah ke Kejohanan MSSD Olahraga Daerah Klang 2026.

📍 Kejohanan: MSSD Olahraga Daerah Klang
📅 Tarikh: 6 hingga 10 Julai 2026
📍 Acara yang disertai oleh atlet SK Kg Pendamar:
🏃‍♂️ Larian 1200m Tahun 6 Lelaki
🏃‍♀️ Larian 4×100m Tahun 6 Perempuan
🏃‍♂️ Larian 80m Berpagar Tahun 6 Lelaki
🥎 Lontar Peluru Tahun 6 Lelaki
🤸‍♂️ Lompat Tinggi Tahun 6 Lelaki
🤸‍♂️ Lompat Tinggi Tahun 5 Lelaki

"Berusaha, Berdisiplin, Berjaya!" 💪🔥

❤️💛 Ayuh warga SK Kg Pendamar, sama-sama kita mendoakan dan memberikan sokongan padu kepada semua atlet kita!

Selamat berjuang buat semua atlet, jurulatih dan guru pengiring. Semoga pulang membawa kejayaan dan mengharumkan nama SK Kg Pendamar. 💚💛❤️

"Berusaha, Berdisiplin, Berjaya!" 💪

Address

SK Kg Pendamar
Klang
41200

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:30
Tuesday 07:00 - 17:30
Wednesday 07:00 - 17:30
Thursday 07:00 - 17:30
Friday 07:00 - 17:30

Telephone

+60331688517

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Kampung Pendamar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share