21/10/2026
Harga emas hari ini : 514/g
Harga emas 21/10/2025: 560/g
Harga emas 29/01/2026: 661/g (ATH)
Harga emas ni gitulah.
Ada time dia naik. Ada time dia turun. Congek cakdong.
Biasanya musim deepavali, harga emas biasanya naik. Ini adalah pedoman biasa.
Sebab kenaikan? Emas biasanya dibeli pada musim perayaan setiap agama di dunia. Dan kebiasaannya, orang buat majlis kahwin pun pada musim ini.
Dengan India sebagai sebuah negara dengan populasi teramai dunia (anggaran 1.477 bilion penduduk), market India adalah market yang boleh move pasaran emas jika berlaku kenaikan demand.
India adalah merupakan pasaran emas dunia terbesar dengan permintaan sebanyak 27.9% pada 2025.
Rata-rata pemain emas mengharapkan keajaiban Deepavali untuk menjana keuntungan pada tahun ini namun perkara sebaliknya berlaku.
Namun perang Iran mengubah struktur tersebut.
Pertama — Harga minyak naik, dan ini menekan emas.
Kedua — Pasaran menjangkakan Fed akan menaikkan kadar faedah pada Disember.
Ketiga — Hasil bon kerajaan AS meningkat dan USD menguat.
Keempat — Pelabur institusi mengurangkan posisi niaga hadapan (futures).
Adakah tempoh 2 minggu berbaki masih mampu menjelmakan keajaiban?