Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Call Directions Website

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Kota Kinabalu, Bandaraya Peranginan Semulajadi.

TAHNIAH! DBKK RAIH HONOUR AWARD DI SABAH LANDSCAPE ARCHITECTURE AWARDS 2026 (SLAA 2026) 🏆20 OKTOBER 2026: Dewan Bandaray...
20/10/2026

TAHNIAH! DBKK RAIH HONOUR AWARD DI SABAH LANDSCAPE ARCHITECTURE AWARDS 2026 (SLAA 2026) 🏆

20 OKTOBER 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah berjaya meraih Honour Award bagi kategori Government (Public Sector) – Local Authority City Hall menerusi projek Revitalising City Park sempena Sabah Landscape Architecture Awards 2026 (SLAA 2026) di Sabah International Convention Centre, pada 16 Oktober 2026.

Program berprestij ini dianjurkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian dalam bidang seni bina landskap, di samping menyokong agenda penghijauan dan pembangunan landskap mampan di Sabah.

Majlis penganugerahan ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.

Anugerah telah disampaikan oleh YB Datuk Dr. Maijol Mahap, Pembantu Menteri II, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) kepada YBrs. Tuan Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), DBKK. Hadir sama ialah Puan Hajah Salmah Aplasin, Pengarah Jabatan Landskap, DBKK serta pegawai Jabatan Landskap, DBKK.

Pengiktirafan ini merupakan penghargaan terhadap komitmen dan usaha berterusan DBKK dalam mempertingkatkan kualiti landskap bandar, memperindah semula ruang awam serta mewujudkan persekitaran yang lebih lestari menarik dan mesar komuniti.

Kejayaan ini turut mencerminkan dedikasi, kreativiti dan kerjasama seluruh warga Jabatan Landskap, DBKK dalam merealisasikan pembangunan landskap yang berkualiti demi kesejahteraan masyarakat, sekali gus menyokong aspirasi Kota Kinabalu sebagai Bandaraya Peranginan Semula Jadi.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi dan kecemerlangan dalam pembangunan landskap bandar pada masa hadapan.

Tahniah!

Sumber Info dan Foto: Jabatan Landskap, DBKK




Dikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK

KAJI SELIDIK KEPUASAN PELANCONG 2026: BANTU KAMI MENAMBAH BAIK PENGALAMAN ANDA DI KOTA KINABALU!Sila imbas kod QR yang t...
20/10/2026

KAJI SELIDIK KEPUASAN PELANCONG 2026: BANTU KAMI MENAMBAH BAIK PENGALAMAN ANDA DI KOTA KINABALU!

Sila imbas kod QR yang tertera atau layari pautan https://ee.kobotoolbox.org/x/1PRZxtmq untuk mengisi borang Soal Selidik Kajian Tahap Kepuasan Hati Pelancong DBKK 2026.

Sumber Info dan Foto: Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, DBKK




Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) KAWASAN PENTADBIRAN DEWAN BAN...
20/10/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) KAWASAN PENTADBIRAN DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU

20 OKTOBER 2026: Dalam usaha meningkatkan kerjasama di antara Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan agensi kerajaan dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan JKKK Kawasan Pentadbiran DBKK telah diadakan di Wisma Wanita, pada 29 September 2026.

Majlis penyampaian telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Dalam ucapannya, Dato’ Sri Mayor berkata, sebagai JKKK, mereka merupakan mata, telinga dan jambatan penghubung utama di antara pihak DBKK, agensi kerajaan dan juga penduduk kampung.

Tambah beliau, keberkesanan tadbir urus di peringkat akar umbi amat bergantung kepada keaktifan serta komitmen JKKK dalam menyalurkan maklumat, menyuarakan isu-isu prasarana serta menjaga kebajikan dan keselamatan komuniti masing-masing.

Hadir sama dalam majlis ini ialah YBhg. Datuk TPj. Mohd. Fuad Bee bin Basrah, Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Negeri Sabah; YBrs. Tuan Karim bin Haji Rahim, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Luar Bandar dan Penguatkuasaan), DBKK dan YBrs. Puan Norhayati binti Aliju, Setiausaha Rendah mewakili Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.

Turut hadir ialah YBrs. ASP Johri bin Rubinsin, Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Daerah Kota Kinabalu mewakili Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu; YBrs. Puan Faradillah binti Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), DBKK serta YBrs. Lieutenant (PA) Mohammad Badal bin Maddail mewakili Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah.

Seramai 100 pengerusi JKKK melibatkan lima kawasan pentadbiran DBKK telah menerima watikah pelantikan dalam majlis ini. Kawasan-kawasan tersebut termasuklah Karambunai, Darau, Inanam, Luyang dan Tanjung Aru.

Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez




Dikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK

NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA JALAN DAN TEMPAT LETAK KERETA BAGI KARNIVAL HEBATKAN PERNIAGAAN MALAYSIA (HPM) EDIS...
19/10/2026

NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA JALAN DAN TEMPAT LETAK KERETA BAGI KARNIVAL HEBATKAN PERNIAGAAN MALAYSIA (HPM) EDISI SABAH 2026

BORANG SOAL SELIDIK KEPUASAN HATI PELANGGAN DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU 2026Sila imbas kod QR yang tertera atau layari...
19/10/2026

BORANG SOAL SELIDIK KEPUASAN HATI PELANGGAN DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU 2026

Sila imbas kod QR yang tertera atau layari pautan https://ee.kobotoolbox.org/x/he1rE9Ug untuk mengisi borang Soal Selidik Kepuasan Hati Pelanggan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) 2026 secara dalam talian.

Kerjasama anda amat dihargai bagi membantu DBKK meningkatkan kualiti dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan masyarakat Kota Kinabalu.

Sumber Info dan Foto: Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, DBKK




Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK

NOTIS PEMAKLUMAN PROJEK PEMBANGUNAN TANDAS BMW, TANJUNG ARU, DBKK
16/10/2026

NOTIS PEMAKLUMAN PROJEK PEMBANGUNAN TANDAS BMW, TANJUNG ARU, DBKK

MAJLIS PELANCARAN NATIONAL BIM E-SUBMISSION (NBeS) DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU16 OKTOBER 2026: Dewan Bandaraya Kota Ki...
16/10/2026

MAJLIS PELANCARAN NATIONAL BIM E-SUBMISSION (NBeS) DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU

16 OKTOBER 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama erat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia telah melancarkan National BIM e-Submission (NBeS) DBKK dalam satu majlis yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), pada 28 September 2026.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap Menteri Yang Bertanggungjawab Kepada DBKK. Dalam ucapannya, beliau berkata, pendigitalan kelulusan pelan merupakan asas yang penting kerana maklumat pembangunan yang teratur dapat membantu pohak berkuasa memahami perubahan bandar raya dengan lebih baik.

Tambah beliau, pada masa hadapan, penyelarasan maklumat dan proses digital boleh menyokong perancangan yang lebih berkesan, pengurusan infrastruktur yang lebih baik dan perkhidmatan yang lebih responsif kepada keperluan warga Kota Kinabalu.

Hadir sama dalam majlis ini ialah YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu; YBrs. Sr. Ahmad Farrin Mokhtar, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia; YBrs. Puan Rashinah binti Abdul Hamid, Setiausaha Bahagian Dasar & Antarabangsa, Kementerian Kerja Raya dan YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK.

Pelaksanaan NBeS bertujuan untuk membantu semakan pelan bangunan menggunakan teknologi Building Information Modelling (BIM), iaitu model bangunan tiga dimensi yang mengandungi maklumat reka bentuk. Melalui NBeS, model tersebut boleh disemak secara automatik berdasarkan set peraturan yang ditetapkan, dan laporan semakan dijana untuk membantu perunding serta pihak berkuasa tempatan meneliti pematuhan pelan.

Dalam pada itu, Dato’ Sri Mayor dalam ucapannya berkata, pelaksanaan NBeS merupakan langkah awal dalam reformasi proses kelulusan pelan DBKK. Tambahnya, DBKK juga sedang membangunkan sistem permohonan pelan dalam talian, atau e-Submission yang dirancang bermula pada tahun 2027.

Sebagai tanda komitmen terhadap penggunaan NBeS, majlis turut menyaksikan penyerahan Aku Janji Badan Profesional kepada Mayor Bandaraya Kota Kinabalu dan Ketua Eksekutif CIDB Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada pengisian majlis, turut diadakan sesi pembentangan yang merangkumi tiga topik utama iaitu “Perkhidmatan & Fasiliti Pendigitalan di Sabah di bawah CIDB”, “Kelulusan Bangunan melalui Penggunaan Sistem NBeS” dan “Perspektif Principal Submitting Person (PSP) Pelaksanaan NBeS di bawah DBKK”, sebelum diteruskan dengan sesi forum bertajuk “Transformasi Pendigitalan Industri Pembinaan: NBeS & BIM”.

Pelaksanaan NBeS diharap akan menyokong usaha DBKK ke arah proses kelulusan pelan yang lebih teratur dan cekap.

Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez




Dikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK

15/10/2026

KOTA KINABALU INTERNATIONAL MAYOR'S DIALOGUE (KKIMD) 2026

DAY 5 | 14 OCTOBER 2026

As KKIMD 2026 comes to a meaningful close, the Mayor’s Green Legacy Programme brings Mayors and city leaders together for the Friendship Tree Planting Ceremony — a lasting symbol of friendship, unity and our shared commitment to a greener, more sustainable future. 🌱🤝

From meaningful conversations to lasting connections, KKIMD 2026 has brought cities together with one shared vision — to lead today, inspire tomorrow and create a better future for generations to come.

🌳 May the friendship we planted today continue to grow beyond borders and beyond KKIMD 2026.

Until we meet again. 🌏✨

NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA JALAN DAN TEMPAT LETAK KERETA BAGI KEMPEN KESELAMATAN ELEKTRIK ORANG AWAM
15/10/2026

NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA JALAN DAN TEMPAT LETAK KERETA BAGI KEMPEN KESELAMATAN ELEKTRIK ORANG AWAM

TAHNIAH! DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU TERIMA ANUGERAH ASEAN CLEAN TOURIST CITY STANDARD (ACTCS) 2026-202815 OKTOBER 202...
15/10/2026

TAHNIAH! DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU TERIMA ANUGERAH ASEAN CLEAN TOURIST CITY STANDARD (ACTCS) 2026-2028

15 OKTOBER 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah berjaya memenuhi ketetapan Piawaian Pelancongan ASEAN dan mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan bagi Anugerah Asean Tourism Standard kategori Asian Clean Tourist City Standard (ACTCS) untuk tempoh dua (2) tahun, iaitu 2026 hingga 2028.

Anugerah ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mewakili YB Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dalam Majlis Anugerah ASEAN Tourism Standards Peringkat Kebangsaan Tahun 2026, di Dewan Sanggar Pujangga, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Putrajaya pada 15 Oktober 2026.

DBKK diwakili oleh YBrs. Tuan Karim bin Hj. Rahim, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Luar Bandar dan Penguatkuasaan), DBKK dan diiringi oleh Puan Darna Badawi, Pengarah Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK.

DBKK melalui Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat telah mencatatkan pencapaian dalam pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard (ACTCS) sebanyak empat (4) kali, iaitu bagi:

🏆 Tahun 2017-2020
🏆 Tahun 2020–2022
🏆 Tahun 2024–2026
🏆 Tahun 2026–2028

Pencapaian berterusan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha DBKK dalam memperkukuh kebersihan, pengurusan persekitaran dan imej Kota Kinabalu sebagai destinasi pelancongan yang bersih, teratur, selamat dan menarik.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin DBKK untuk terus mempertingkatkan mutu perkhidmatan bandar raya serta memperkukuh kerjasama dengan pihak berkepentingan bagi memastikan Kota Kinabalu kekal sebagai destinasi pelancongan yang berdaya saing dan mampan.

Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK




Dikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK

Address

No 1, Jalan Bandaran
Kota Kinabalu
88675

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088521800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Bandaraya Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share