29/10/2024
Tahukah anda bahawa selama ini dolar AS tiada sebarang nilai...& anda telah ditipu hidup2...? Dan, anda masih betah menyimpannya berkepok-kepok didlm bantal atau dlm tempayan...?
Pada 15 Ogos 1971, Presiden Nixon telah menyampaikan ucapan "Dasar Ekonomi Baru" yg disiar ke seluruh Amerika. Inti ucapan itu tidak lain ialah - Amerika akan mengalih perhatian kpd isu domestik "era pasca Perang Vietnam". Nixon menggariskan tiga matlamat utama iaitu: Menurunkan kadar pengangguran; Menghalang kenaikan inflasi; Melindungi dolar AS dari spekulator wang antarabangsa...Dasar ini terkenal sebagai "Nixon Shock"...
Khusus utk mempertahan dominasi dolar AS diperingkat global, Nixon memerintahkan penggantungan kebolehtukaran dolar kepada emas. Di samping itu, beliau menetapkan cukai tambahan 10% ke atas semua import yang dikenakan duti. Sama seperti strategi menggantung kebolehtukaran dolar, levi itu bertujuan utk menggalak rakan dagangan utama AS meningkatkan nilai mata wang masing2....
Paling ketara, dasar itu akhirnya membawa kepada keruntuhan sistem kadar tukaran tetap Bretton Woods yang berkuatkuasa selepas Perang Dunia II. Ia secara berkesan membawa kpd berakhirnya kebergantungan dolar AS kpd emas. Dlm bahasa mudah, dolar AS langsung tiada dokongan emas...& hanya helaian kertas yg langsung tiada punya nilai... Tidak lebih dari itu...!
Utk makluman, Sistem Bretton Woods telah dirangka oleh barat pada 1944 yg menetapkan nilai mata wang asing perlu disandarkan/ditetapkan kpd dolar AS dlm transaksi global & nilai ini (pada awalnya) bersandar pada emas pada harga yg ditentukan oleh Kongres AS. Dlm ertikata lain, dolar AS menjadi "raja berdaulat yg wajib disembah" dlm sebarang transaksi dagangan a/bangsa - yg nantinya telah mewujudkan hegemoni, neoimperialisme & demonaization AS keatas geoekonomi & geopolitik global....
Pada 1958, kelonggaran diberi dimana mata wang asing boleh ditukar kepada emas...Nixon Shock adalah pemangkin kpd stagflasi global pada tahun 1970-an apabila nilai dolar AS jatuh merundum....