Penerbitan Penulisan2u ( P2U )

Call Directions Website

Penerbitan Penulisan2u ( P2U ) Laman Rasmi Syarikat Penerbitan Penulisan2u ( P2U ) www.p2u.my PENULISAN ENTERPRISE merupakan sebuah syarikat penerbitan novel yang ditubuhkan pada akhir 2010.
(874)

Bermula daripada sebuah laman sesawang penulisan2u pada tahun 2006, kini kami bergerak selangkah ke hadapan dengan mewujudkan sebuah syarikat penerbitan novel yang mengunakan logo Penulisan2u sebagai identiti syarikat Penulisan Enterprise. Sebelum kewujudan Penerbitan Penulisan2u, kami mempunyai sebuah syarikat penerbitan lain iaitu Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd. Kami juga turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa penerbit novel tempatan, terutamanya dalam menyediakan manuskrip kepada penerbit dan membantu dari segi promosi. Berbekalkan pengalaman dan ilmu yang diperolehi sejak tahun 2006 inilah yang kami gunakan untuk membangunkan sebuah lagi syarikat penerbitan iaitu Penulisan2u. Dengan kekuatan nama Blog Penulisan2u melalui laman sesawang www.penulisan2u.my, kami mengambil inisiatif dengan membina sebuah lagi syarikat penerbitan novel iaitu syarikat Penulisan Enterprise dengan beridentitikan logo Penulisan2u. Nama inilah yang dirasakan sewajarnya dan sesuai bagi sebuah penerbitan yang menghasilkan karya-karya dari penulis novel alam maya. PENULISAN2U ditubuhkan bagi memeriahkan lagi industri penulisan novel tanah air. Disamping dapat melahirkan penulis-penulis berbakat dan juga melahirkan karya yang mampu memberi impak positif kepada pembaca. SALAM PERKENALAN dari warga PENULISAN2U, selamat membaca dan semoga terhibur. PENULISAN ENTERPRISE ( MP0000053-W )
41-1, Jalan Temenggung 9/9,
Bandar Mahkota Cheras,
43200 Selangor. Malaysia

Tel: (+6) 03 9010 4779
Fax: (+6) 03 9010 4511

DUA DUA BIOL - Abang dengan adik sama-sama masuk air. Novel SEINDAH BULAN CINTA (Teaser 2)“Apa belek saja tu? Makanlah?”...
26/10/2026

DUA DUA BIOL - Abang dengan adik sama-sama masuk air. Novel SEINDAH BULAN CINTA (Teaser 2)

“Apa belek saja tu? Makanlah?” suruh Benjamin bila Yuhanis kelihatan teragak-agak untuk makan.

Yuhanis menghela nafas panjang. Perutnya memang lapar tetapi s**ar dia untuk menyuap makanan ke mulut bila dia bagaikan berada di dalam kandang pesalah yang menjadi perhatian dalam mahkamah.

Diangkatnya seekor siput sedut dan dibelek-beleknya. ‘Siput ni kalau aku sedut nanti mesti cerut-cerut bunyinya. Hisy, macam mana nak makan?

“Akak ni... Belek siput tu lama-lama, karang hidup balik siput tu!” Adli ketawa berderai. Sikap Yuhanis mencuit hatinya.

“Okey juga kalau dia hidup balik. Tak payahlah akak sedut susah-susah. Suruh saja dia keluar sendiri.” Yuhanis ketawa kecil menambah perisa usikan Adli.

“Kalau dia hidup... Awak boleh makan ke?” soal Benjamin menunjukkan muka serius.

“Merepeklah, mana dia boleh hidup balik. Awak ni, saja tau nak buat saya geli...” Berkerut dahi Yuhanis. Tidak dapat dibayangkan jika dia terpaksa makan siput yang masih hidup. Eee, gelinya!

“Okey... Okey. Siput tu mana boleh hidup, dah dimasak. Makanlah, sedap tu.” Benjamin kelihatan mula serius. Kasihan p**a dia pada Yuhanis. Belum pun menjamah makanannya sudah macam-macam yang dia dan adiknya usik. Buatnya dia betul-betul membayangkan siput yang hidup dan tidak mahu makan, susah juga nanti.

“Keladi tu, kalau awak nak tahu ialah keladi lambuk yang kat rumah mak we hari tu. Mama ambil benih dari sana.”

“Ooo... Mesti sedap ni!” Yuhanis mula menggaul kuah lemak dan nasinya. Tidak sabar p**a hendak merasa masakan Puan Arfah. Mesti sedap seperti masakan mak we.

“Ni susu dah siap, mama nak naik dulu. Babah dah lama tunggu tu.”

Sebuah talam berisi empat biji muk diletakkan di atas meja oleh Puan Arfah. Sebiji muk yang lebih besar dari yang lain diambil untuk dibawa ke bilik.

“Hanis, susu ni kalau tak minum kat sini, bawa saja naik atas. Minum kat bilik, ya?”

‘Untuk aku pun ada sekali? Kan aku dah minum susu tadi.’ Yuhanis bergumam dalam hati sambil angguk kepala.

“Terima kasih, Mak Pah.”

“Awak nak saya suapkan ke?” soal Benjamin menyambung bicaranya bila Puan Arfah sudah berlalu.

“Kalau nak, boleh saja!”
Yuhanis jeling Benjamin. ‘Depan adik dia pun nak bergurau macam tu.’

“Kalau tak nak abang suap, Adli pun boleh...”
Bundar mata Yuhanis. Aduh! Adik dan abang sama saja.

“Tak payahlah. Terima kasih banyak-banyak, akak boleh suap sendiri. Tapi macam mana nak makan kalau Adli dan abang Adli ni asyik pandang akak macam burung hering nak tangkap mangsa. Boleh mati tercekik tahu tak?”

“Kita jadi burung hering, bang! Ganasnya!” Adli ketawa lepas. Begitu sekali rupanya tanggapan Yuhanis. Patutlah belum makan-makan lagi.

“Tak payah nak gelak sangat! Nanti kalau akak yang jadi burung hering, kau orang berdua p**a yang susah. Sebelum jadi apa-apa, baik kau orang berdua teman akak makan. Tak bestlah makan sorang-sorang...”

Separuh merayu Yuhanis di hujung kata-katanya. Segan dia untuk makan sorang-sorang sedangkan Benjamin dan Adli hanya jadi pemerhati.

“Okey. No problem!” Benjamin tersengih. Kepalanya didekatkan kepada Yuhanis dengan mulut ternganga.

“Kenapa p**a ternganga macam periuk kera ni?” soal Yuhanis dengan mata menyepit walaupun sudah ditebak yang Benjamin mahu disuapkan nasi olehnya.

“Kata nak ajak saya makan, nak makanlah ni.” Bersahaja jawapan Benjamin seolah-olah tiada apa-apa yang pelik dilakukannya.

“Nak makan ambillah pinggan, ambil nasi...”

“Awaklah suapkan.” Benjamin bersuara manja memotong bicara Yuhanis. Matanya dikelip-kelipkan. Sebiji macam mata singa Lion Dance pada Tahun Baru Cina.

“Tak ada makna saya nak suapkan. Awak bukan suami saya!” Menyampah dengan reaksi Benjamin, Yuhanis terus menyuap nasi ke mulut. Nak tengok sangat dia makan, tengoklah. Perutnya sudah tidak tahan berlapar lagi.

“Kalau dah kahwin, bolehlah ya, akak?” sela Adli, nakal.

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ RAMAI PEMBACA BERI 5 BINTANG!Ada novel yang kita baca untuk hiburan…dan ada novel yang buat kita diam, sebak ...
21/10/2026

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ RAMAI PEMBACA BERI 5 BINTANG!

Ada novel yang kita baca untuk hiburan…
dan ada novel yang buat kita diam, sebak dan akhirnya menitis air mata. 😭💔

SANGGUP BERSABAR, SAYANG
karya Rehan Makhtar ternyata berjaya menyentuh hati ramai pembaca.

Kami kongsikan antara review daripada pembaca yang sudah menghabiskan novel ini. Ramai yang memberikan ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ dan mengakui kisahnya benar-benar bermain dengan emosi.

🥺 Ada yang menangis.
💔 Ada yang sakit hati.
😭 Ada yang susah nak move on.
❤️ Tapi tetap sayang dengan ceritanya.

Kalau anda s**akan novel yang penuh emosi, kesabaran, pengorbanan dan mampu membuat air mata jatuh tanpa sedar, mungkin ini novel yang patut masuk dalam koleksi anda.

📖 SANGGUP BERSABAR, SAYANG — REHAN MAKHTAR

Berani baca sampai habis tanpa menangis? 😭

ReviewNovel Novel5Bintang KakiNovel BookstagramMalaysia RacunNovel

Antara review yang membuatkan ramai pembaca semakin tertarik untuk memiliki LEGASI. 👀Bila sebuah novel berjaya membuat p...
20/10/2026

Antara review yang membuatkan ramai pembaca semakin tertarik untuk memiliki LEGASI. 👀
Bila sebuah novel berjaya membuat pembaca rasa seperti sedang menonton drama, itu tandanya jalan ceritanya benar-benar hidup.

Ramai memuji plot yang penuh konflik, permainan politik yang mendebarkan dan kisah cinta yang tidak klise.

LEGASI bukan sekadar novel cinta. Ia menggabungkan konflik politik, korupsi, perjuangan dan percintaan dalam satu naskhah yang s**ar dilepaskan.

Tidak hairanlah karya terbaru daripada Lily Haslina Nasir, antara novelis terbaik yang pernah dinobatkan di Anugerah Buku Negara, terus mencuri perhatian pembaca.

📖 Kalau anda s**akan novel yang penuh debaran, strategi, emosi dan romance, LEGASI wajib ada dalam koleksi anda.



Antara review yang membuatkan ramai pembaca semakin tertarik untuk memiliki LEGASI. 👀

NOVEL PEMUSNAH HATI DARI PENULIS NOVEL TERBAIK BISIK PADA LANGIT - ANUGERAH BUKU NEGARA 2017.Diculik, dikurung dan disek...
18/10/2026

NOVEL PEMUSNAH HATI DARI PENULIS NOVEL TERBAIK BISIK PADA LANGIT - ANUGERAH BUKU NEGARA 2017.

Diculik, dikurung dan diseksa oleh Razak Hitam kerana ingin melihat TUAN ZABIR melutut di hadapannya. AISY RAISYA tergamam. Dia bingung. Penculikan itu telah membongkarkan identiti sebenar ayahnya yang selama ini disanjung tinggi. Aisy kehilangan kata. Dek perbuatan si ayah, Aisy yang menanggung akibatnya!
Akan tetapi, rancangan itu tidak menjadi seperti yang dirancangkan. QARTAL muncul sebagai penyelamat meskipun dia salah seorang daripada penculik yang bertanggungjawab meletakkan nyawa Aisy dalam bahaya.

Meskipun kepercayaan kepada Qartal bukanlah seratus-peratus tetapi demi menyelamatkan nyawanya, Aisy sanggup. Aisy diselamatkan beberapa kali oleh Qartal sewaktu dalam bahaya ketika melarikan diri. Namun, keadaan bertambah kusut apabila tanpa sengaja, hati Aisy tercuit dengan sisi lain yang ditunjukkan oleh Qartal.

“Ada ke dalam dunia ni orang yang kena culik, boleh jatuh s**a pada penculik? Mengarut, kan? Aku dah mula s**akan kau, Qartal.” -AISY RAISYA.

“Jangan pernah berharap yang aku ni baik. Kau tak kenal siapa aku yang sebenarnya. Nanti kau akan menyesal! Kita berdua tak boleh jadi kawan ataupun musuh. Lepas keluar dari hutan ni, kau ikut haluan kau dan aku, ikut haluan aku. Anggap saja kita tak pernah berjumpa!” – QARTAL.

Keadaan menjadi bertambah rumit dengan kemunculan UMAR FARUQ sebaik saja Aisy berjaya diselamatkan. Lelaki itu telah meletakkan Aisy dalam situasi yang s**ar. Situasi di mana emosi dan perasaannya diuji dengan begitu hebat. Hatinya musnah dek kebenaran yang telah tersingkap.

“Kalau awak perlukan teman untuk ketawa, saya ada. Kalau awak perlukan telinga untuk ceritakan masalah, saya ada. Kalau awak perlukan orang untuk hilangkan kesedihan awak, saya ada! Tak perlulah awak cari orang lain!” – UMAR FARUQ.

Siapa Qartal dan Umar Faruq yang sebenarnya? Dapatkah Aisy mencari Qartal yang ‘hilang’? Mampukah Aisy memberi kemaafan kepada Tuan Zabir setelah lelaki itu membuat hidupnya kucar-kacir? Antara dendam dan simpati, manakah yang akan menguasai hati?

NOVEL TERBAIK 13 JAM A380 - Evelyn Rose. SAPA BELUM BACA RUGI TAU...13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A3...
16/10/2026

NOVEL TERBAIK 13 JAM A380 - Evelyn Rose. SAPA BELUM BACA RUGI TAU...

13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan Hana Sofea dan Syed Haydar, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.

Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama… Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap di udara.

“Hana, thank you for last night… But I can’t have co***ne all the time.”

– syed haydar.

Melihatkan sendiri kemesraan Syed Haydar dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan Hana Sofea daripada mimpi indah.

Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan Hana Sofea kepada Fawwaz Hussaini, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea ialah ibunya.

“My daughter likes you. If you’re willing to let her call you mommy… I will pay you fifty buck per hour...” - Fawwaz Hussaini

“Dapat hadiah tak?” – Hana Sofea

“A pink Audi TT, is that okay?” - Fawwaz Hussaini

“Saya nak Audi TT yang latest version aje. Yang lain saya tak nak.” - Hana Sofea

Hadirnya Hana Sofea menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea p**a bagai menyedarkan Hana Sofea tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, Syed Haydar datang menuntut sebuah cinta...

“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – Syed Haydar

Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?

Info Pendek

13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan Hana Sofea dan Syed Haydar, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.

Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama… Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap di udara.

“Hana, thank you for last night… But I can’t have co***ne all the time.”

– syed haydar.

Melihatkan sendiri kemesraan Syed Haydar dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan Hana Sofea daripada mimpi indah.

Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan Hana Sofea kepada Fawwaz Hussaini, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea ialah ibunya. Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?

REVIEW NOVEL LEGASI – Lily Haslina Nasir🔥 Politik. Kuasa. Cinta. Pengkhianatan.Bersediakah anda menyelami dunia yang pen...
15/10/2026

REVIEW NOVEL LEGASI – Lily Haslina Nasir

🔥 Politik. Kuasa. Cinta. Pengkhianatan.
Bersediakah anda menyelami dunia yang penuh dengan perebutan kuasa dan permainan politik?

LEGASI membawa pembaca ke dalam kisah politik romantik yang sarat dengan konflik, rahsia dan percaturan yang mampu mengubah takdir.

Di sebalik senyuman dan janji, tersembunyi muslihat. Di sebalik perjuangan mempertahankan legasi, hadir cinta yang menguji kesetiaan dan prinsip.

Jika anda s**akan novel yang menggabungkan konflik politik, percintaan yang mendebarkan, serta plot yang penuh kejutan, LEGASI adalah naskhah yang wajib berada dalam koleksi anda.

Karya terbaru daripada Lily Haslina Nasir, antara novelis terbaik yang pernah dinobatkan di Anugerah Buku Negara.

📚 Dapatkan LEGASI sekarang dan buktikan sendiri mengapa ramai pembaca tidak mampu berhenti membacanya.

NOVEL TERBARU AIRISZ - CIK BUAH HATI ENCIK SENDU, KAMI DAH BUKA ORDER DI SHOPEE.DAPATKAN YANG TERAWAL DI SHOPEE:https://...
15/10/2026

NOVEL TERBARU AIRISZ - CIK BUAH HATI ENCIK SENDU, KAMI DAH BUKA ORDER DI SHOPEE.

DAPATKAN YANG TERAWAL DI SHOPEE:
https://shopee.com.my/Novel-Terbaru-ENCIK-BUAH-HATI-ENCIK-SENDU-Penulis-AIRISZ-Penerbit-Karyaseni-i.257079836.6562916899

CIK BUAH HATI ENCIK SENDU - AIRISZ

Nama aku Fauziah Hanim. Panggil Jee saja. Aku anak sulung. Bawah aku ada enam lagi adik.

Selepas tiga hari emak melahirkan Ammar Hakim, ayah meninggal dunia dengan tiba-tiba saja. Petang tu ayah rebah di ruang tamu. Tanpa pesan, tanpa kata-kata, ayah pergi begitu saja meninggalkan kami buat selamanya.

Emak tak mampu terima kenyataan yang ayah sudah tiada. Dua hari mak kemurungan dan selepas itu mak terus hilang daya ingatan. Orang kampung sebut mak gila meroyan. Sejenis penyakit yang dialami ketika ibu-ibu dalam pantang. Namun bagi aku, emak gagal mengawal rasa sedihnya dan pasti saja mak terlalu memikirkan tentang anak-anaknya selepas ini.

Tapi tak mengapa, mak. Aku ada. Aku akan ambil alih tugas ayah selepas ini. Aku janji akan jaga mak dan adik-adik. Aku akan pegang amanah arwah ayah sebaik mungkin. Kita akan sama-sama teruskan kehidupan walau tanpa ayah di sisi. Aku ingin terus hidup!

Lebih menyedihkan, keadaan hidup kami yang susah langsung tak dipeduli oleh adik-beradik belah ayah. Tapi bila sebut soal harta peninggalan arwah ayah, laju saja nak uruskan. Dapat tahu semua harta atas nama aku, mereka buat rancangan sendiri nak kahwinkan aku dengan entah siapa. Habis, adik-adik aku siapa nak jaga?
Bila tahu Ngah Zamri nak kahwinkan aku, tergesa-gesa Hajah Sanisah datang nak pastikan. Lega dia bila aku tak ingin pun kahwin.

"Tak payahlah nak kahwin dulu. Kalau betul kamu nak kahwin, Zahar ada Uzair pun ada. Ambil ajelah yang mana satu kamu s**a, Jee."

Siap dia buat tawaran lagi dua anak teruna dia. Tak cukup Hajah Sanisah, salah seorang anaknya sibuk betul bertanya.

"Aku dengar mak saudara kau nak kahwinkan kau dengan pilihan mereka. Betul ke?"

"Haah."

"Kau setuju?"

"Kau tengok muka aku memang gatal nak kahwin ke?"

"Ada juga sikit-sikit."

"Sengal!"

Tapi aku tak perlu ambil kesah sebab apa yang penting sekarang aku harus kerja keras membanting tulang demi pastikan adik-adik cukup makan dan pakai. Akulah harapan mereka semua.
Dalam mengharungi susah dan senang, ada si dia yang sentiasa ada untuk aku. Dia pasti ada. Tanpa pernah aku minta, dia tetap peruntukkan masa buat aku.

"Jee..."

"Ya."

"Kalau kau nak kahwin sangat, kahwinlah dengan aku."

"Nantilah, kalau dah tak ada siapa-siapa nak aku, aku cari kau. Tapi tunggu Ammar keluar universiti dulu."
"Baik, aku tunggu."

DAPATKAN YANG TERAWAL DI SHOPEE:
https://shopee.com.my/Novel-Terbaru-ENCIK-BUAH-HATI-ENCIK-SENDU-Penulis-AIRISZ-Penerbit-Karyaseni-i.257079836.6562916899

NOVEL TERBAIK DARI NOVELIS TERBAIK - 𝐃𝐈𝐀 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐔𝐑𝐍𝐀 - Anjell Homosapien"𝓜𝓮𝓷𝓬𝓲𝓷𝓽𝓪𝓲 𝓴𝓪𝓶𝓾 𝓪𝓭𝓪𝓵𝓪𝓱 𝓱𝓪𝓴 𝓪𝓴𝓾"I𝘝𝘦𝘳𝘴𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘢𝘮𝘢...
14/10/2026

NOVEL TERBAIK DARI NOVELIS TERBAIK - 𝐃𝐈𝐀 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐔𝐑𝐍𝐀 - Anjell Homosapien
"𝓜𝓮𝓷𝓬𝓲𝓷𝓽𝓪𝓲 𝓴𝓪𝓶𝓾 𝓪𝓭𝓪𝓵𝓪𝓱 𝓱𝓪𝓴 𝓪𝓴𝓾"I
𝘝𝘦𝘳𝘴𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘢𝘮𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘦𝘮𝘶𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢. 𝘉𝘢𝘨𝘪 𝘋𝘢𝘳𝘢 𝘕𝘢𝘪𝘭𝘶𝘧𝘢𝘳, 𝘵𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘢𝘱𝘢 𝘱𝘶𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘢𝘳𝘪𝘬 𝘵𝘦𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘌𝘴𝘬𝘢𝘯𝘥𝘢𝘳 𝘈𝘳𝘢𝘴𝘺𝘢𝘩. 𝘋𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘳𝘢𝘮𝘣𝘶𝘵 𝘱𝘢𝘯𝘫𝘢𝘯𝘨𝘯𝘺𝘢. 𝘋𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘨𝘢𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘭𝘦𝘬𝘦𝘩𝘯𝘺𝘢. 𝘓𝘦𝘭𝘢𝘬𝘪 𝘪𝘵𝘶 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘶𝘬𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘺𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘪𝘥𝘢𝘩 𝘵𝘢𝘫𝘢𝘮 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘪𝘬𝘦𝘫𝘢𝘳 𝘬𝘶𝘤𝘪𝘯𝘨. 𝘠𝘢, 𝘋𝘪𝘬𝘦𝘫𝘢𝘳 𝘬𝘶𝘤𝘪𝘯𝘨!
𝘝𝘦𝘳𝘴𝘪 𝘬𝘦𝘥𝘶𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘦𝘮𝘶𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢. 𝘞𝘢𝘩, 𝘵𝘶𝘬𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘢𝘺𝘶 𝘥𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘴𝘬𝘳𝘶𝘣 𝘥𝘢𝘯 𝘥𝘪-𝘤𝘭𝘰𝘳𝘰𝘹! 𝘠𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘶𝘯𝘤𝘶𝘭 𝘥𝘪 𝘥𝘦𝘱𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘪𝘯𝘪 𝘶𝘮𝘱𝘢𝘮𝘢 𝘱𝘶𝘵𝘦𝘳𝘢 𝘳𝘢𝘫𝘢 𝘵𝘶𝘳𝘶𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯. 𝘒𝘢𝘤𝘢𝘬 𝘮𝘢𝘶𝘵! 𝘋𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘴𝘰𝘯𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘶𝘬𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯𝘨.
𝘋𝘢𝘳𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘶𝘢𝘩 𝘱𝘦𝘳𝘢𝘯𝘤𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘢𝘬 𝘥𝘪𝘴𝘦𝘯𝘨𝘢𝘫𝘢𝘬𝘢𝘯, 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘬𝘪𝘯𝘪 𝘮𝘶𝘯𝘤𝘶𝘭 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘱𝘢𝘴𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘬𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘫𝘢𝘥𝘪𝘢𝘯.
“𝘈𝘧𝘵𝘦𝘳 𝘢𝘭𝘭, 𝘶𝘯𝘵𝘪𝘭 𝘵𝘩𝘦 𝘤𝘳𝘶𝘪𝘴𝘦 𝘦𝘯𝘥𝘴, 𝘐’𝘮 𝘢𝘭𝘭 𝘺𝘰𝘶𝘳𝘴, 𝘴𝘶𝘯𝘴𝘩𝘪𝘯𝘦.” – 𝘌𝘚𝘒𝘈𝘕𝘋𝘈𝘙 𝘈𝘙𝘈𝘚𝘠𝘈𝘏 𝘠𝘢… 𝘚𝘦𝘩𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢 𝘱𝘦𝘭𝘢𝘺𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶 𝘵𝘢𝘮𝘢𝘵! 𝘔𝘰𝘮𝘦𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘢𝘬𝘢𝘳 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘯𝘫𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘭𝘢𝘺𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘱𝘢𝘭 𝘱𝘦𝘳𝘴𝘪𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘸𝘢𝘩 𝘪𝘵𝘶 𝘴𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘣𝘦𝘳𝘮𝘢𝘬𝘯𝘢 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘋𝘢𝘳𝘢.

Address

15-A, Jalan Suarasa 8/3, Town Park 1, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerbitan Penulisan2u ( P2U ) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share