Malabari Muslim Jamaat

Malabari Muslim Jamaat Malabari Muslim Jamaat Selangor dan Wilayah Persekutuan

17/09/2024

Assamualaikum,

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua peserta dan sukarelawan di atas komitmen dan sokongan seluruh warga MMJ yang telah memberi kerjasama yang baik terhadap program Maulidur Rasul sepanjang 3 hari. Adalah diharapkan agar kerjasama dan komitmen seumpama ini dapat dikekalkan dan diteruskan masa akan datang kepada siapa sahaja yang bakal menganjurkan nya selepas ini.

Program ini telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada semua pihak tidak hanya tertumpu kepada warga surau malabar hidayatul islam, bahkan penglibatan daripada komuniti lain juga turut menjadi tumpuan pada kali ini.

Akhir kata terimalah pohonan maaf daripada saya dan seluruh anggota pelaksana seandainya terdapat tingkah bicara dan perlakuan kasar yang melukakan perasaan anda. Kami cuba laksanakan yang terbaik buat anda semua bagi meraikan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW tanpa ada niat untuk berlebihan dan pujian. Saya hanya berharap agar kita semua mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW. Mohon maaf juga diatas kelemahan dan kesilapan daripada pihak kami.


Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga berseri-seri
Budi tuan-tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Sekian, terima kasih

Abdul Jaafar Bin Sulaiman
Presiden MMJ

15/09/2024

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad

PROGRAM MAULIDUR RASUL 1446H/2024M

Isnin bersamaan 16 Septembet 2024 (12 Rabi’ulawal 1446H)

12.00 pagi • Kehadiran AJK Maulud 2024/1446H dan Sukarelawan masak nasi dan Pembungkusan
daging serta Nasi Maulud
5.00 pagi • Bacaan Maulid Kariah Surau Malabar Hidayatul Islam
6.00 pagi • Solat Subuh Berjemaah & Sarapan Pagi
7.30 pagi • Kehadiran Masyarakat Sukarelawan
8.30 pagi • Perarakan Maulidur Rasul
9.00 pagi • Selawat Dan Qasidah
9.30 pagi • Tausiah Ustaz Darwish Muhyiddin Bin Abdul Kader
9.45 pagi • Selawat Dan Qasidah
10.15 pagi • Ceramah Ustaz Dr Bashir Mohamed Al-Azhari & Bacaan Manqus Maulid
12.00 t/hari • Ucapan & Penyampaian Cenderahati
1.10 t/hari • Solat Zohor Berjemaah & Jamuan Makan
2.00 petang • Pengagihan Bungkusan Nasi Maulud
3.00 petang • Majlis Dijangka Tamat

Aktiviti Gerai Jualan & Virtual Reality (VR) akan berlangsung sepanjang masa, boleh dapatkan kupon VR di meja pendaftaran
Jemput semua untuk turut serta dalam majlis bungkusan Nasi Maulud, InshaAllah 13,000 bungkusan Nasi akan diedarkan.

Semoga Allah memberkati kita semua

Saksikan secara langsung program anak-anak bersama Pu Rahmat.
15/09/2024

Saksikan secara langsung program anak-anak bersama Pu Rahmat.

Sambutan Maulidur Rasul bersambung dengan Qasidah oleh Kumpulan Prai. Boleh layari link dibawah untuk siaran langsung :-
14/09/2024

Sambutan Maulidur Rasul bersambung dengan Qasidah oleh Kumpulan Prai. Boleh layari link dibawah untuk siaran langsung :-

Suasana ketika ini di perkarangan Surau Malabar Hidayatul Islam. Pelbagai jualan dan virtual video telah menjadi persing...
14/09/2024

Suasana ketika ini di perkarangan Surau Malabar Hidayatul Islam.
Pelbagai jualan dan virtual video telah menjadi persinggahan anak-anak disana.

Jemput hadir semua bagi bersama memeriahkan majlis Sambutan Maulidur Rasul

Alhamdulillah,Sekitar persiapan menjelang Program Maulidur Rasul 1446H/2024M yang bakal dianjurkan bermula 14-16 Sept 20...
09/09/2024

Alhamdulillah,
Sekitar persiapan menjelang Program Maulidur Rasul 1446H/2024M yang bakal dianjurkan bermula 14-16 Sept 2024.

Jemput datang semua festival Maulidur Rasul akan berlangsung di Surau Malabar Hidayatul Islam, Selayang, Selangor.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1446H/2024M“Nilai Madani Teras Kekuatan Ummah” Sabda Nabi SAW:مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَا...
05/09/2024

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1446H/2024M
“Nilai Madani Teras Kekuatan Ummah”

Sabda Nabi SAW:

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ، وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”
(Riwayat al-Nasa’i, no. 1297)

Jangan lupa untuk turut serta dalam Program Maulidur Rasul pada 14-16 September 2024.

Makluman semua bagi program bersama Ustazah Zawiyah dan Ustaz Muhamad Shafiq Amini akan diadakan pada 14 September 2024....
31/08/2024

Makluman semua bagi program bersama Ustazah Zawiyah dan Ustaz Muhamad Shafiq Amini akan diadakan pada 14 September 2024.

Semua kaum hawa dijemput hadir bagi mengisi santapan rohani bersama Ustazah Zawiyah.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 67.

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكاتُهُPersatuan Malabari Muslim Jamaat (MMJS&WP) Dan Surau Malabar Hidaya...
29/08/2024

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكاتُهُ

Persatuan Malabari Muslim Jamaat (MMJS&WP) Dan Surau Malabar Hidayatul Islam (SMHI) dengan kerjasama Persatuan Perintis Malabari Malaysia(MM) dan Pertubuhan Bidadari Firdausi Malaysia (PBFM) akan menganjurkan Program Sambutan Maulidur Rasul pada 14-16hb September 2024 bersamaan 10-12 RabiulAwwal 1446H.

Antara aktiviti yang disediakan:-
🏇 Menunggang Kuda
🏹 Memanah
🎧 Virtual Reality (VR)
🎁 Cabutan Barakah
🎨 Pertandingan Mewarna
🎤🪇 Qasidah & Nasyid
👨🏻‍🎓 Pertandingan Pidato

KITA JUGA MENGHADIRKAN PENCERAMAH-PENCERAMAH JEMPUTAN KHAS SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG

Semua dijemput hadir memeriahkan majlis ini.

Terima kasih

Assalamualaikum Wbt dan Salam JumaatBersempena hari jumaat hari ini kami ingin mengajak semua sahabat² utk menyumbang ba...
08/09/2023

Assalamualaikum Wbt dan Salam Jumaat
Bersempena hari jumaat hari ini kami ingin mengajak semua sahabat² utk menyumbang bagi menjayakan program Maulidur Rasul pada tahun ini.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, dalam bulan Rabiul Awwal Persatuan Malabari Muslim Jamaat (MMJSWP) Dan Surau Malabar Hidayatul Islam (SMHI) akan menganjurkan bersama Program Sambutan Maulidur Rasul pada hari Khamis 28hb September 2023 Bersamaan 12 Rabiul Awwal 1445H.

Anda boleh membuat sumbangan menerusi nombor akaun persatuan
Nama Bank :Bank Islam
No Akaun:14014010115901
Nama Akaun: MALABARI MUSLIM JAMAAT

Anda juga boleh membuat bayaran melalui atas talian melalui link berkenaan:
https://toyyibpay.com/MaulidurRasul-2023-1445H-MMJ

Pohon kepilkan sesalinan slip bukti perpindahan bagi tujuan resit dan rekod.

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Dr Mohd Jalil bin Hj Abdullah, Pengarah Program MMJ +60 19-277 6716
Mohmad Yaakob bin Hj Kassim 012-6786203
Mohammad Zahiruddin bin Hj Mohammed 012-9786077
En Mohd Nasiruddin bin Hj Abdullah, Bendahari MMJ +60 18-376 6052

Semoga Allah swt memberkati program tradisi ini dan menjadikan ia sebagai satu kebajikan yang bernilai.

Abdul Jaafar bin Sulaiman
Presiden,
MMJSWP

Kutipan sumbangan bagi sambutan maulidur Rasul (S.A.W) dan aktiviti membungkus nasi maulud sebanyak 10,000 bungkus untuk disumbangkan kepada asnaf² dan masyarakat malabari khususnya. RM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Selamat Hari Merdeka yg ke 66,“MALAYSIA MADANI, TEKAD PERPADUAN, PE...
31/08/2023

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat Hari Merdeka yg ke 66,
“MALAYSIA MADANI, TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN”

moga kita semua memahami erti merdeka yang sebenar.

Moga kita dapat menerapkan sikap saling hormat menghormati, meraikan kepelbagaian dan menuju kearah masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.

Dengan era digitalisasi sekarang, kita perlu merdekakan pemikiran dengan anasir-anasir jahat yg boleh mempengaruhi pemikiran dan kehidupan seharian kita.

Salam merdeka buat semua!!!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Address

Kuala Lumpur
68100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malabari Muslim Jamaat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share