12/05/2026
PESAN BUAT DIRI UNTUK SAMA DIKONGSI
Kuasa, pangkat, nama, harta dan orang tersayang... akan meninggalkan atau ditinggalkan. Hari tua adalah 'golden time' untuk menggapai Husnul Khatimah.
Sisa usia ini jangan dihabiskan untuk terus berdosa dan lalai oleh perkara sia-sia. Lepaskan hari 'yang telah lalu', usah bimbangkan esok 'yang belum tentu'. Hanya hari ini kesempatan kita.
Singgah ini di hujung tamat untuk pindah. Bersedialah untuk hidup selepas mati dengan: Bertaubat kepada Allah, mohon dan memberi maaf sesama manusia, menambah amal dan mengurangkan dosa.
Pukul hati yang lalai dengan pertanyaan Allah ini:
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ
"Belum tibakah masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan Allah dan menerima kebenaran yang diturunkan (kepada mereka)..."
(Al Hadid : 16)