Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga

Call Directions Website Contact the business

Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Laman Rasmi
Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga
Polis Diraja Malaysia

Jalan Padang Lalang
25050 Kuantan

16/10/2026
PROGRAM SOLAT SUNAT DHUHA / SOLAT SUNAT HAJAT/ DOA SELAMAT  PERINGKAT PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH 3 KUANTAN KUANTAN 16 O...
16/10/2026

PROGRAM SOLAT SUNAT DHUHA / SOLAT SUNAT HAJAT/ DOA SELAMAT PERINGKAT PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH 3 KUANTAN

KUANTAN 16 Oktober 2026 (Jumaat)- Program Solat Sunat Dhuha / Solat Sunat Hajat / Tahlil & Doa Selamat peringkat Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 Kuantan Pahang telah berlangsung di Surau Ar-Rahman, Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Kuantan Pahang.

Turut Hadir Barisan Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam

Foto: Unit Media Marin Kuantan

BENGKEL KONSEP OPERASI BAHARU PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH TIGA TAHUN 2026KUALA TERENGGANU, 15 OKTOBER 2026 (KHAMIS) – Be...
15/10/2026

BENGKEL KONSEP OPERASI BAHARU PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH TIGA TAHUN 2026

KUALA TERENGGANU, 15 OKTOBER 2026 (KHAMIS) – Bengkel Konsep Operasi Baharu Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Tahun 2026 telah berlangsung selama tiga hari, dari 13 hingga 15 Oktober 2026, bertempat di Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu.

Bengkel ini bertujuan untuk memperkemas dan memantapkan konsep operasi pasukan agar lebih berkesan, strategik serta selaras dengan keperluan semasa dalam menghadapi cabaran keselamatan perairan negara.

Majlis penutupan bengkel telah disempurnakan oleh YDH ACP Mohd Khairuddin bin Jamal, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga. Dalam majlis tersebut, beliau turut menzahirkan harapan agar segala hasil perbincangan dan cadangan yang dikemukakan sepanjang bengkel dapat dijadikan panduan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta keberkesanan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab Pasukan Polis Marin.

Turut hadir, YDH DSP Mohd Shahril Azlin bin Mohtar, Ketua Bahagian Operasi Risik PPM W3, YDH DSP Muhammad Kenny Anyie bin Abdullah, Ketua Bahagian Kepolisan Am PPM W3, ASP Nik Mazuddin bin Nik Mod, Pegawai Pemerintah Markas Taktikal PPM W3 Kuala Terengganu, Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga dalam memperkukuh keupayaan operasi, meningkatkan profesionalisme warga pasukan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

📸: Unit Media Marin W3

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Pasukan Polis Marin

PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BACAAN IKRAR RUKUN NEGARAKuantan, 12 Oktober 2026 (Isnin) | Bertempat di D...
12/10/2026

PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA

Kuantan, 12 Oktober 2026 (Isnin) | Bertempat di Dataran Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Kuantan, telah dilaksanakan Amalan Nyanyian Lagu Negaraku dan Bacaan Ikrar Rukun Negara secara mingguan.

Pelaksanaan ini bertujuan menyemai semangat patriotisme, taat setia dan penghayatan nilai serta tatakelola dalam kalangan warga PDRM, selaras dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam.

Program diketuai oleh YDH Supt. Ahmad Shafiki bin Hussin, Timbalan Komander PPM W3, dan turut dihadiri pegawai kanan, pegawai rendah polis serta pegawai awam.

📸 Media Marin Kuantan

Pasukan Polis Marin
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM

10/10/2026
09/10/2026

BELANJAWAN 2027 PERKUKUH KEUPAYAAN PDRM DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Kerajaan Malaysia atas keprihatinan dan komitmen menerusi Belanjawan 2027.








#09102026

Moh Semua Warga PPM W3 ❤️
09/10/2026

Moh Semua Warga PPM W3 ❤️

🇲🇾🔥 JOM MERIAHKAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT PDRM KONTINJEN PAHANG 2026!🔥

Warga IPK Pahang, IPD Kuantan dan PPM Wilayah 3 Kuantan dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan sambutan dengan pelbagai aktiviti menarik serta hadiah cabutan bertuah, termasuk motosikal elektrik! 🛵🎁

💪 Ayuh, kita meriahkan bersama! Jangan lepaskan peluang!

📌 Maklumat lanjut, rujuk e-poster yang disertakan.


Pahang

07/10/2026

BANTUAN JURULATIH PPM WILAYAH TIGA BAGI KURSUS ASAS PENYELAM PDRM SIRI 3/2026

PERAK, 4 Oktober 2026 – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga telah memberikan bantuan jurulatih bagi Kursus Asas Penyelam PDRM Siri 3/2026 yang berlangsung dari 14 September hingga 4 Oktober 2026 bertempat di Markas Operasi Kampung Acheh, Perak.

Kursus berkenaan melibatkan seramai 20 orang peserta dan dikendalikan oleh 15 orang jurulatih pelaksana, terdiri daripada seorang Pegawai Kanan Polis dan 14 Pegawai Rendah Polis. PPM Wilayah Tiga turut menugaskan empat orang jurulatih bantuan yang berpengalaman dalam bidang operasi selam bagi membantu kelancaran pelaksanaan latihan.

Sepanjang kursus, para peserta telah menjalani latihan teori dan praktikal meliputi penggunaan peralatan selam skuba, prosedur keselamatan, teknik penyelaman, pengurusan situasi kecemasan serta latihan fizikal bagi memastikan tahap kompetensi yang ditetapkan dapat dicapai.

Kursus ini bertujuan melahirkan anggota PDRM yang kompeten dan berkemahiran dalam bidang operasi selam, di samping meningkatkan tahap profesionalisme serta kesiapsiagaan pasukan dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR), operasi khas dan penguatkuasaan di perairan negara.

Penglibatan jurulatih PPM Wilayah Tiga dalam kursus ini mencerminkan komitmen dan kesediaan pasukan untuk berkongsi kepakaran serta pengalaman, khususnya dalam bidang operasi selam, demi memperkukuhkan keupayaan dan kesiapsiagaan Penyelam PDRM dalam menghadapi pelbagai cabaran operasi.

Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh YDH ACP Jafri bin Bidin, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu.

“Integriti & Efisien Ke Arah Kecemerlangan.”

Sumber : Unit Selam PPM W3







07/10/2026



JANGAN DIAM! IKUT LANGKAH BERSAMA PDRM

Buli bukan perkara biasa dan tidak wajar dipandang ringan. Jadilah rakan yang prihatin, saling menghormati serta berani mengambil tindakan yang betul apabila melihat sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Berani bersuara, prihatin terhadap rakan dan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah yang tepat demi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat serta bebas daripada buli.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#07102026

SEMANGAT PATRIOTISME TERUS DISUBURKANKUANTAN, 5 OKTOBER 2026 (ISNIN) – Warga Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga (PPM W3) t...
05/10/2026

SEMANGAT PATRIOTISME TERUS DISUBURKAN

KUANTAN, 5 OKTOBER 2026 (ISNIN) – Warga Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga (PPM W3) terus memperkukuh semangat patriotisme menerusi pelaksanaan Amalan Nyanyian Lagu Negaraku dan Bacaan Ikrar Rukun Negara yang diadakan secara mingguan di Dataran Markas PPM W3, Kuantan.

Amalan ini menjadi platform untuk menyemai rasa cinta akan negara, memperkukuh semangat taat setia serta menghayati prinsip Rukun Negara dalam melaksanakan tugas dan amanah sebagai warga PDRM.

Program diketuai oleh YDH DSP Muhamad Kenny Anyie bin Abdullah, Ketua Bahagian Kepolisan Am PPM W3, dan disertai pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta pegawai awam.

Malaysia Madani

📸 : Media Marin Kuantan

Pasukan Polis Marin
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM

Address

Jalan Padang Lalang
Kuantan
25050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga:

Shortcuts

Share