RARE Gold

RARE Gold Aneka Pilihan Produk

20/12/2025
*Minggu gaji.*Hari yang buat ramai yang makan gaji menarik nafas lega dan gembira.Duit yang kita belanjakan tu akan memb...
19/12/2025

*Minggu gaji.*

Hari yang buat ramai yang makan gaji menarik nafas lega dan gembira.

Duit yang kita belanjakan tu akan membuatkan orang lain lebih kaya.

Duit yang kita simpan itulah yang membuatkan kita kaya.

Jadi, sebelum bayar hutang-hutang.
Atau bagi tauke kedai runcit.
Atau pusat beli belah kaya raya.

Kayakan diri sendiri dulu dengan cara simpan sebahagian gaji setiap bulan.

Guru-guru kewangan cadangkan potong dulu at least 10% dari gaji untuk disimpan, selebihnya barulah dibelanjakan.

Untuk kukuhkan duit simpanan kita.
Dan tak bocor di awal bulan, tengah bulan, tak pun di hujung bulan.

Tukarkan pada bentuk emas.

Saya percaya, duit dalam bentuk emas tak akan mudah bocor bahkan ianya makin lama makin bernilai akan datang.

https://www.wasap.my/60139843107/NakBeliEmas

*EMAS FIZIKAL & PEGANG DI TANGAN*----Emas fizikal tu macam mana?Emas fizikal tu kalau bahasa org kampung, emas yg kita b...
15/12/2025

*EMAS FIZIKAL & PEGANG DI TANGAN*
----
Emas fizikal tu macam mana?

Emas fizikal tu kalau bahasa org kampung, emas yg kita boleh pegang di tangan, rasaยฒ, cium, gigitยฒ๐Ÿ˜….

Beli emas, biar dapat emas dan kita pegang sendiri. Nanti bila saat kita perlukan duit, mudah kita cairkan (tukar kepada duit). Samaada kita nak jual @ nak gadai.

Kalau digital? Kita nampak digit saja dlm sistem. Kedai emas, arrahnu, pembeliยฒ emas tak beli digit tu. Mereka beli emas fizikal. Nak kena test ketulenan dan timbang berat. Baru blh bayar duit kat kita.

Simpanlah EMAS FIZIKAL walau SEGRAM SEBULAN sahabat๐Ÿ’ช

https://www.wasap.my/60139843107/NakBeliEmas

08/12/2025

08.12.2025 | ISNIN

โ€œSAYA DUDUK SEBILIK DENGAN KAWAN NON-MUSLIM, CUMA KELIRU APA BATAS AURAT YANG PERLU DIJAGA..โ€

Seorang remaja perempuan datang dan tanyakan soalan tentang batas aurat dengan wanita non-muslim, โ€œUstazah, saya ditempatkan bersama dua orang kawan non-muslim dalam satu rumah di sebuah kolej kediaman, cuma saya keliru adakah batas aurat saya dengan mereka sama sahaja seperti kawan muslim yang lain?โ€

SubhanAllah, memang ada isu berkenaan percampuran bilik antara muslim dan non-muslim atas alasan dan tujuan bagi memupuk integrasi antara kaum. Nasihat saya, bahagian pengurusan juga perlu melihat kepada hukum-hakam syarak yang perlu dijaga, apalagi yang melibatkan aurat.

Boleh sahaja jika diasing dan disusun atur kedudukan yang sebaiknya agar syariat dan biah solehah terlaksana. Mengasingkan bilik kediaman tidak bermaksud kita menjauhi kawan non-muslim kerana boleh sahaja dipupuk di ruang belajar dan ruang-ruang sedia ada yang lain.

BATASAN AURAT WANITA

Secara asasnya, batasan aurat bagi wanita adalah seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah menegur Asmaโ€™ Binti Abu Bakar r.a:

ูŠูŽุง ุฃูŽุณู’ู…ูŽุงุกู ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุฑู’ุฃูŽุฉูŽ ุฅูุฐูŽุง ุจูŽู„ูŽุบูŽุชู ุงู„ู’ู…ูŽุญููŠุถูŽ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุตู’ู„ูุญู’ ุฃูŽู†ู’ ูŠูุฑูŽู‰ ู…ูู†ู’ู‡ูŽุง ุฅูู„ู‘ูŽุง ู‡ูŽุฐูŽุง ูˆูŽู‡ูŽุฐูŽุง

Maksudnya: โ€œWahai Asma! Sesungguhnya jika seorang wanita sudah baligh maka tidak boleh nampak dari anggota badannya kecuali ini dan ini (Baginda mengisyaratkan ke muka dan telapak tangan).โ€
(HR Abu Daud, hadis sahih)

Akan tetapi terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan, antaranya adalah

1. AURAT KETIKA SOLAT - WAJIB bagi wanita untuk menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. AURAT KETIKA SENDIRIAN - Para ulama menyebutkan WAJIB menutup antara pusat hingga lutut ketika berseorangan di rumah kerana sifat malu terhadap Allah SWT dan para malaikat.

3. AURAT KETIKA BERSAMA MAHRAM DAN WANITA MUSLIM - Antara pusat dan lutut, akan tetapi seseorang wanita TIDAK BOLEH mendedahkan bahagian tubuhnya yang boleh menaikkan syahwat di hadapan mahramnya yang lelaki kerana boleh timbul fitnah.

Ini dinyatakan di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji iaitu, โ€œManakala (aurat wanita) di hadapan mahramnya yang lelaki adalah antara pusat dan lutut, iaitu harus baginya mendedahkan badannya (kecuali antara pusat dan lutut) di hadapan mereka dengan syarat aman daripada fitnah, jika sebaliknya (wujud fitnah) maka itu tidak boleh (haram) juga.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aurat, boleh ke link berikut ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

https://www.jais.gov.my/v2/page.php?id=453&k=Zina

AURAT WANITA MUSLIMAH DENGAN WANITA NON-MUSLIM

Para Fuqahaโ€™ berbeza pendapat mengenai hal ini, begitu juga dengan ulama-ulama di dalam mazhab Syafiโ€™e yang mempunyai beberapa pendapat, antaranya:

๐Ÿ”ธ PANDANGAN PERTAMA - Majoriti ulama fiqh berpandangan bahawa aurat wanita Muslimah dengan wanita non-muslim adalah seperti aurat wanita dengan lelaki ajnabi iaitu seluruh tubuh badan KECUALI MUKA DAN TAPAK TANGAN
(Kitab al-Mausuโ€™ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah)

๐Ÿ”ธ PANDANGAN KEDUA - Sebahagian ulama mazhab Syafiโ€™e berpandangan bahawa aurat wanita muslimah dengan wanita non-muslim adalah seluruh tubuh KECUALI KEPALA (termasuk leher), TANGAN (hingga siku) DAN KAKI (hingga bawah sedikit daripada lutut).

Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitami menukilkan dalam karyanya Tuhfah al-Muhtaj: โ€œPandangan yang lebih sahih adalah HARAM wanita kafir zimmi dan kesemua perempuan kafir walaupun kafir harbi melihat kepada wanita Muslimah, tetapi HARUS untuk melihat dari wanita Muslimah itu apa yang zahir sewaktu bekerja.โ€
Imam Al-Qalyubi berkata dalam kitab Hasyiah Qalyubi Wa โ€˜Umairah: โ€œTetapi boleh wanita kafir zimmi melihat dari wanita muslimah apa yang zahir ketika bekerja. Inilah yang muktamad.โ€

Syeikhul Islam Zakaria al-Ansori berkata dalam kitab Asna al-Mathalib: โ€œPerkataannya; (anggota yang zahir ketika bekerja) iaitu muka, kepala, tangan hingga siku dan kaki hingga lutut.โ€

Syeikh Dr. Wahbah Az-Zuhaili menyatakan:

ูˆูŽุนูŽูˆู’ุฑูŽุฉูŒ ุงู„ู…ูุณู’ู„ูู…ูŽุฉู ุงูŽู…ูŽุงู…ูŽ ุงู„ูƒูŽุงููุฑูŽุฉู: ุนูŽูˆู’ุฑูŽุฉู ุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ูŽุฉู ุงูŽู…ูŽุงู…ูŽ ุงู„ู’ูƒูŽุงููุฑูŽุฉู ุนูู†ู’ุฏูŽ ุงู„ู’ุญูŽู†ูŽุงุจูŽู„ูŽุฉู ูƒูŽุงุงู„ุฑูŽู‘ุฌูู„ู ุงู„ู’ู…ูุญู’ุฑูู…ู: ู…ูŽุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู„ุณูู‘ุฑูŽู‘ุฉู ูˆูŽุงู„ุฑู‘ููƒู’ุจูŽุฉู. ูˆูŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู’ุฌูู…ู’ู‡ููˆู’ุฑู: ุฌูŽู…ููŠู’ุนู ุงู„ู’ุจูŽุฏูŽู†ู ู…ูŽุง ุนูŽุฏูŽุง ู…ูŽุง ุธูŽู‡ูŽุฑูŽ ุนูู†ู’ุฏูŽ ุงู„ู’ู…ูู‡ู’ู†ูŽุฉู ุงูŽูŠู ุงู„ุงูŽุณู’ุบูŽุงู„ู ุงู„ู’ู…ูŽู†ู’ุฒูู„ููŠูŽู‘ุฉู

Maksudnya: โ€œAurat wanita Muslimah di hadapan wanita non-Muslim: Aurat wanita Muslimah menurut mazhab Hanbali adalah seperti aurat di hadapan lelaki mahram, iaitu antara pusat dan lutut.โ€ Sebahagian besar ulama berkata: โ€œSeluruh badan, kecuali bahagian yang nampak saat bekerja atau melakukan kesibukan di rumah.โ€
(Kitab al-Fiqhu Wa Adillatuhu)

KESIMPULAN:

Majoriti para fuqahaโ€™ berpendapat bahawa aurat wanita Muslimah dengan wanita non-muslim adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan. Manakala menurut pandangan sebahagian ulama mazhab syafie (termasuk sebahagian ulama mutaakhirin mazhab syafie) berpendapat bahawa aurat wanita Muslimah dengan wanita non-muslim adalah selain daripada kepala, tangan dan kaki.

Dalam isu seperti ini, apabila dalam keadaan darurat atau tiada pilihan yang boleh dibuat saat ditempatkan di dalam satu bilik, maka aurat yang boleh ditunjuk adalah aurat yang biasa sahaja iaitu KEPALA, LEHER, LENGAN dan KAKI.

RUJUKAN:

1. Kitab Mughni al-Muhtaj karangan Syeikh Khatib as-Syarbini.
2. Kitab al-Mausuโ€™ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah.
3. Kitab Tuhfah al-Muhtaj karangan Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitami.
4. Kitab Hasyiah Qalyubi Wa โ€˜Umairah karangan Imam al-Qalyubi.
5. Kitab Hasyiah al-Syarwani Ala Tuhfah al-Muhtaj karangan Imam Asy-Syarwani.
6. Kitab Asna al-Mathalib karangan Syeikhul Islam Zakaria al-Ansori.
7. Kitab al-Fiqhu Wa Adillatuhu karangan Syeikh Dr. Wahbah Az-Zuhaili.

Asmaโ€™ binti Harun


Sumber: Ustazah Asma' Harun





semua orang

Address

Machang

Telephone

+60139843107

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RARE Gold posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to RARE Gold:

Share