08/09/2026
Dari Sabah ke kelas universiti di Semenanjung, seutas lanyard membawa cerita tentang identiti. 🤍
Seorang pelanggan berkongsi bahawa dia bangga memakai lanyard Samod ke kelas. Perkongsian kecil ini sangat bermakna buat kami. 🥹
Kemudian, rakannya p**a bertanya tentang lanyard berinspirasikan budaya sendiri. Dari situlah terhasilnya rekaan khas berinspirasikan Pua Kumbu, atas permintaan pelanggan dari Sarawak.
Inilah yang kami mahu kongsikan melalui kraftangan, ruang untuk membawa cerita, menghargai budaya dan memakai identiti dengan bangga.
Ada idea motif atau warna untuk lanyard anda sendiri? Kongsikan dengan kami, mari bincang rekaan yang sesuai. 💬
WhatsApp: 010-561 4957
Not Just Craft. This Is Identity.