Kopsafe-Koperasi Safeguards Berhad - KSB

Call Directions Contact the business

Kopsafe-Koperasi Safeguards Berhad - KSB Laman Rasmi Koperasi Pelaburan Pekerja Safeguards Berhad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Untuk makluman semua, sahabat kita, Saudara Hairul Raffique Asraf dari Jabatan FLM, ...
26/09/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua, sahabat kita, Saudara Hairul Raffique Asraf dari Jabatan FLM, HQ Petaling Jaya, telah terlibat dalam satu kemalangan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Untuk makluman, kedua-dua ibu bapa beliau telah tiada dan kebanyakan saudara-mara beliau berada jauh. Dalam keadaan yang sedang beliau hadapi ketika ini, sedikit sokongan dan bantuan daripada kita amatlah bermakna.

Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama menghulurkan sumbangan seikhlas hati bagi membantu meringankan beban beliau sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan.

Sumbangan ikhlas boleh dibuat melalui QR Kod milik Saudara Hairul yang disertakan bersama hebahan ini. Setiap sumbangan, walaupun kecil, amat bermakna bagi membantu beliau dalam keadaan yang sedang dihadapi.

Pihak Koperasi Safeguards Berhad juga akan mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai keadaan Saudara Hairul dan akan berusaha memberikan bantuan serta sokongan yang sewajarnya mengikut keperluan beliau.

Selain sumbangan, marilah kita sama-sama mendoakan agar Saudara Hairul diberikan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan, diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik, serta dapat kembali menjalani kehidupan dan bekerja seperti biasa.

Semoga setiap sumbangan dan doa yang kita hulurkan mendapat keberkatan dan menjadi amal kebajikan buat kita semua.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026! 🇲🇾Koperasi Safeguards Berhad mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada...
15/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026! 🇲🇾

Koperasi Safeguards Berhad mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh warga Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghargai perpaduan, keharmonian dan kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara kita.

Semoga Malaysia terus maju, aman dan sejahtera, serta sentiasa menjadi tanah air yang kita banggakan. 🇲🇾✨

“Malaysia Kita, Tanggungjawab Kita.”
🇲🇾 Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾

Daripada:
Koperasi Safeguards Berhad

Assalamualaikum dan salam sejahtera,TAHNIAH.! KOPERASI SAFEGUARDS BERHAD RANGKUL TOP 50 WILAYAH PERSEKUTUAN & TOP 350 MA...
01/09/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

TAHNIAH.! KOPERASI SAFEGUARDS BERHAD RANGKUL TOP 50 WILAYAH PERSEKUTUAN & TOP 350 MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Koperasi Safeguards Berhad telah berjaya mencatatkan satu pencapaian yang membanggakan apabila tersenarai dalam Top 50 dan menduduki tempat ke-44 sebagai Koperasi Terbaik daripada keseluruhan 1,223 koperasi di Wilayah Persekutuan

Pencapaian ini turut melayakkan Koperasi Safeguards Berhad tersenarai dalam Top 350 Koperasi Terbaik di Malaysia, dan berada di kedudukan ke-140 daripada keseluruhan 16,468 koperasi di seluruh negara.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (B), dalam Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Wilayah Persekutuan yang telah diadakan pada 27 Ogos 2026, bertempat di Royale Chulan Damansara.

Bagi mewakili Koperasi Safeguards Berhad untuk menerima anugerah tersebut, dua orang wakil daripada barisan Ahli Lembaga Koperasi, iaitu En. Muhammad Lokhman dan Pn. Noorasikin, telah hadir ke majlis berkenaan.

Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan dan bermakna buat seluruh warga Koperasi Safeguards Berhad. Ia mencerminkan hasil daripada usaha, komitmen, dedikasi serta kerjasama berterusan daripada semua pihak dalam memastikan Koperasi terus berkembang maju dan mencapai prestasi yang membanggakan.

PENGHARGAAN KEPADA PENAUNG DAN PENASIHAT

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Penaung Koperasi Safeguards Berhad, Mr. Darmendran, serta Penasihat Koperasi Safeguards Berhad, Tuan Haji Rafizam, atas segala sokongan, bimbingan, nasihat dan kepercayaan yang telah diberikan secara berterusan kepada Koperasi.

PENGHARGAAN KEPADA PENGURUSAN DAN AHLI LEMBAGA KOPERASI

Penghargaan turut dirakamkan kepada Pengurusan Koperasi serta barisan Ahli Lembaga Koperasi, di bawah kepimpinan Pengerusi Koperasi Safeguards Berhad, Mr. Kumaraswaran, atas komitmen, kepimpinan, dedikasi dan usaha berterusan dalam memastikan Koperasi terus berkembang maju serta mencapai prestasi yang membanggakan.

TAHNIAH KEPADA SELURUH ANGGOTA KOPERASI

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan juga diucapkan kepada seluruh anggota Koperasi Safeguards Berhad yang sentiasa memberikan sokongan padu, kepercayaan dan komitmen kepada Koperasi. Sokongan dan kepercayaan daripada seluruh anggota merupakan antara asas penting yang menyumbang kepada kejayaan dan kemajuan Koperasi.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin dan sumber inspirasi kepada Koperasi Safeguards Berhad untuk terus melangkah lebih jauh, memperkukuhkan prestasi, mencapai kecemerlangan serta mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Koperasi Safeguards Berhad!

“Kejayaan Koperasi, Kejayaan Kita Bersama.”

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾31 Ogos 2026Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-69, Koperas...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾

31 Ogos 2026

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-69, Koperasi Safeguards Berhad ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai nikmat kemerdekaan serta terus memperkukuhkan perpaduan, keharmonian dan kebersamaan demi membina Malaysia yang lebih maju dan sejahtera.

🇲🇾 Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka
Bersatu Hati, Teguh Berdiri, Malaysia Terus Gemilang.

Ikhlas daripada:
Ahli Lembaga Koperasi & Pengurusan
Koperasi Safeguards Berhad

Salam Maulidur Rasul 2026 🌙✨Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.Sempena sambutan Maulidur Rasul 1444H / 2026M, Ko...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 2026 🌙✨

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1444H / 2026M, Koperasi Safeguards Berhad ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh warga Safeguards dan semua anggota Koperasi.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dengan menghayati dan mengamalkan sunnah serta akhlak mulia Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita memperkukuhkan ukhuwah, meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ dan terus membudayakan nilai amanah, kasih sayang, prihatin dan saling membantu.

🌿 “Sesungguhnya pada diri Rasulullah ﷺ itu terdapat contoh teladan yang terbaik.”

Salam Maulidur Rasul 1444H/2026M

Ikhlas daripada,
Ahli Lembaga Koperasi & Pengurusan
Koperasi Safeguards Berhad

Lawatan Kebajikan Koperasi Safeguards BerhadAssalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.Koperasi Safeguards Berhad telah ...
23/08/2026

Lawatan Kebajikan Koperasi Safeguards Berhad

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Koperasi Safeguards Berhad telah mengadakan lawatan kebajikan oleh Ahli Lembaga Koperasi, Encik Muhamad Lokhman bersama isteri, ke kediaman anggota, Encik Mohd Azlan , dari Jabatan ATM Petaling Jaya.

Beliau sebelum ini telah jatuh sakit akibat serangan jantung ketika sedang bertugas dan telah dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan. Alhamdulillah, beliau kini telah dibenarkan keluar dari hospital dan sedang menjalani cuti bagi tujuan pemulihan.

Semoga kunjungan ini sedikit sebanyak dapat memberikan sokongan dan semangat kepada beliau serta keluarga.

Marilah kita bersama-sama mendoakan semoga Encik Mohd Azlan diberikan kesembuhan yang sempurna, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat kembali bertugas seperti sediakala.

PENYERAHAN TABUNG KEBAJIKAN KOPERASI SAFEGUARDS BERHADAssalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.Pihak Koperasi Safeguar...
20/08/2026

PENYERAHAN TABUNG KEBAJIKAN KOPERASI SAFEGUARDS BERHAD

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Pihak Koperasi Safeguards Berhad telah menyempurnakan penyerahan Tabung Kebajikan kepada Cik Nurwardina, Admin ATM Cawangan Petaling Jaya yang telah ditimpa kemalangan.

Beliau telah terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, yang mengakibatkan kecederaan parah sehingga kehilangan pergelangan tangan kiri.

Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh wakil pihak Koperasi , Zone Leader ATM Cawangan Petaling Jaya, En.Aswandi dan En.Mohamad Azezur , sebagai tanda keprihatinan dan sokongan Koperasi kepada anggota yang sedang melalui ujian.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar beliau terus tabah, kuat dan diberikan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini. Semoga segala urusan beliau dipermudahkan dan dikurniakan kekuatan untuk melalui proses pemulihan.

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.Pihak Koperasi telah menyempurnakan penyerahan Cek Khairat kepada waris (Iste...
19/08/2026

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Pihak Koperasi telah menyempurnakan penyerahan Cek Khairat kepada waris (Isteri) Allahyarham Roshan Bin Sahbudin

Cek tersebut telah diserahkan sendiri oleh Pengurus CIT HQ Petaling Jaya, Encik Shahrom (Wakil Koperasi) , di kediaman keluarga Allahyarham

Kami, Barisan Ahli Lembaga Koperasi serta Pengurusan Koperasi Safeguards Berhad, ingin menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga serta sahabat-handai Allahyarham.

Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa-dosanya dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.Pihak Koperasi telah menyempurnakan penyerahan Cek Khairat kepada waris Allah...
08/08/2026

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Pihak Koperasi telah menyempurnakan penyerahan Cek Khairat kepada waris Allahyarham Muhammad Mujahid bin Semsuddin.

Cek tersebut telah diserahkan sendiri oleh Pengurus CIT HQ Petaling Jaya, Encik Shahrom (Wakil Koperasi) , kepada keluarga Allahyarham di kampung halaman beliau di Kelantan.

Kami, Barisan Ahli Lembaga Koperasi serta Pengurusan Koperasi Safeguards Berhad, ingin menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga serta sahabat-handai Allahyarham.

Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa-dosanya dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Address

Sungai Way
Petaling Jaya

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60378652940

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kopsafe-Koperasi Safeguards Berhad - KSB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kopsafe-Koperasi Safeguards Berhad - KSB:

Shortcuts

Share