Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai

Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai SK Taman Nusa Damai
Jalan Damai Utama
Taman Nusa Damai,
81700, Pasir Gudang
Johor

011-11910843

Semoga berjaya dan tahniah kepada 8 pelatih SFDP @ SeNaDa Football Development Programme @ SK Taman Nusa Damai yang tela...
02/06/2026

Semoga berjaya dan tahniah kepada 8 pelatih SFDP @ SeNaDa Football Development Programme @ SK Taman Nusa Damai yang telah terpilih menyertai Piala Tunku Putera Peringkat Negeri Johor.

Semoga peluang ini dimanfaatkan sebaik mungkin dan menggunakan pengalaman untuk berentap dalam MSSD Pasir Gudang 2026 yang akan berlangsung pada akhir Jun nanti.

.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua ibu bapa/penjaga SK Taman Nusa Damai. 🌟​Cuti sekolah telah bermula! Ayu...
23/05/2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua ibu bapa/penjaga SK Taman Nusa Damai. 🌟

​Cuti sekolah telah bermula! Ayuh kita bersama-sama bantu dan bimbing anak-anak agar cuti kali ini diisi dengan aktiviti yang bermanfaat, seimbang, dan selamat.

​Pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SK Taman Nusa Damai ingin berkongsi 5 Panduan Manfaatkan Cuti Sekolah untuk rujukan kita bersama:
​1️⃣ Ulang Kaji Pelajaran – Luangkan sedikit masa setiap hari untuk membaca.
2️⃣ Bantu Keluarga – Melatih anak-anak berdikari dengan membantu kerja rumah.
3️⃣ Kawal Penggunaan Gajet – Hadkan screen time dan lebihkan aktiviti fizikal.
4️⃣ Jaga Kesihatan & Keselamatan – Minum air secukupnya dan jaga diri dalam cuaca panas.
5️⃣ Tingkatkan Kerohanian & Disiplin – Perbaiki amalan ibadah dan tetapkan azam baharu.

​“Cuti yang bermanfaat, masa depan yang cemerlang!” 📚✨

22/05/2026

Mari kita saksikan persembahan koir yang memukau ‼️

Hebat anak-anak SeNaDa

Lagu: Selamat Hari Raya
Guru Pembimbing: Cikgu Fazri

.

22/05/2026

Persembahan angklung sempena Sambutan Hari Guru 2026

Tahniah kepada murid-murid yang terlibat.

Lagu: Biarku Menjadi Lilin
Guru Pembimbing: Cikgu Fazri & Cikgu Haziq

.

Makluman cuti pertengahan tahun 2026
22/05/2026

Makluman cuti pertengahan tahun 2026

Tahniah diucapkan kepada Jurulatih dan Pasukan Tarian Nusa Warisan Dancers yang telah menyertai Pertandingan Tarian Seko...
14/05/2026

Tahniah diucapkan kepada Jurulatih dan Pasukan Tarian Nusa Warisan Dancers yang telah menyertai Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Malaysia (TA’SEEM) Peringkat Daerah Pasir Gudang. Salah seorang penari iaitu adik Umar Hayyan Bin Mohamed Saifulliza mendapat Anugerah Penari Terbaik.

‼️‼️ MAKLUMAN IBU BAPA DAN PENJAGA ‼️‼️Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Dimaklumkan bahawa pihak sekolah sangat meman...
10/05/2026

‼️‼️ MAKLUMAN IBU BAPA DAN PENJAGA ‼️‼️

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah sangat memandang serius terhadap isu dan kes vape/pod yang semakin berleluasa dalam kalangan murid sejak kebelakangan ini.

Justeru, kami memohon kerjasama daripada semua pihak dalam usaha membendung gejala membawa dan menghisap vape/pod ini bagi memastikan kawasan sekolah kekal selamat, sihat dan kondusif.

Kerjasama ibu bapa, penjaga dan komuniti setempat amat dihargai demi masa depan anak-anak yang lebih cerah.



10/05/2026

Perbarisan masuk Bendera Kejohanan dan Pasukan Unit Beruniform sempena Kejohanan Olahraga Tahunan SK Taman Nusa Damai tahun 2026

Majlis penyampaian hadiah kepada peserta jemputan 4x100 m lelaki dan perempuan. Terima kasih kerana sudi menerima jemput...
09/05/2026

Majlis penyampaian hadiah kepada peserta jemputan 4x100 m lelaki dan perempuan. Terima kasih kerana sudi menerima jemputan kami.

Antara momen yang menjadi tumpuan sepanjang kejohanan ialah kemunculan maskot-maskot kreatif hasil idea dan sentuhan gur...
09/05/2026

Antara momen yang menjadi tumpuan sepanjang kejohanan ialah kemunculan maskot-maskot kreatif hasil idea dan sentuhan guru-guru rumah sukan yang mencuri perhatian semua.

Turut memeriahkan suasana ialah upacara menaikkan bendera kejohanan sebagai simbol semangat kesukanan oleh atlet-atlet SeNaDa.

.

Address

Jalan Damai Utama Taman Nusa Damai
Pasir Gudang
81700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai:

Share