Maximaxx

Maximaxx We buy jewelry, luxury watches, luxury beg, electronic goods, safety box, vehicles, property

03/06/2026
03/06/2026
03/06/2026

YANG DI-PERTUAN AGONG NASIHAT AHLI POLITIK JAGA ADAB DAN TUTUR KATA MENJELANG MUSIM PILIHAN RAYA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah menasihati pemimpin politik untuk menjaga adab dan tutur kata, serta mengelak provokasi serta pertikaian isu sensitif.

“Akhir-akhir ini, bahang pilihan raya telah mula terasa dan orang politik telah mula mengatur langkah untuk menonjolkan diri bagi memikat hati rakyat.

“Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Elakkan provokasi dan pertikaian tentang isu sensitif yang berkaitan dengan raja, bangsa dan agama, kerana ianya boleh menimbulkan kemarahan rakyat,” titah Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini (1 Jun).

Seri Paduka Baginda turut bertitah penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (A.I) merumitkan lagi suasana dengan penghasilan dan penyebaran berita palsu menggunakan suara dan gambar tiruan “deepfake”.

“Kebebasan bersuara di media sosial bukan medan untuk menabur fitnah dan kebencian di kalangan rakyat.

“Saya menyeru kepada pihak berkuasa untuk terus meningkatkan pemantauan dan mengambil tindakan bagi membendung perkara tersebut,” titah Sultan Ibrahim.



03/06/2026

YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA KE-68

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-68 kepada seluruh warga dan veteran TUDM.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada komitmen warga TUDM dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.



03/06/2026

AL-FATIHAH



03/06/2026

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Patik bagi pihak Kerajaan MADANI dan sekalian rakyat jelata mendoakan semoga Kebawah Duli Tuanku, Raja Permaisuri Agong dan seluruh Kerabat Diraja dikurniakan keafiatan berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Semoga Baginda Tuanku kekal qarar memayungi negara dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini.

Patik dan sekalian rakyat akan terus menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan.

Dirgahayu Tuanku!

ANWAR IBRAHIM



Address

272 PENGKALAN WELD
Penang Island
10300

Telephone

+60188718992

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maximaxx posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Maximaxx:

Share