11/08/2025
恭喜 来自 6J班 许皓铭 同学 荣获 品格楷模奖
这个奖项只颁发给在学校表现出优良品行、尊重他人、并保持积极态度的学生。
它与考试成绩无关,而是关乎学生作为一个人的品质——你如何对待朋友,如何尊敬老师,如何帮助他人,以及你如何让学校变得更好。事实上,良好的品格会伴随你一生——无论是在学校、在家中,还是在将来的工作与深造中。
“让我们携手努力,让学校不仅是一个学习的地方,更是一个充满善意与尊重的地方。”
🤩🤩🤩🤩🤩🤩🤩🤩🤩🤩🤩
Tahniah kepada Hooi Hao Ming dari Kelas 6J kerana berjaya mendapat Anugerah Tokoh Sahsiah Murid Kepujian.
Anugerah ini hanya diberikan kepada murid yang menunjukkan akhlak yang terpuji, menghormati orang lain, dan sentiasa bersikap positif di sekolah.
Anugerah ini tidak berkaitan dengan markah peperiksaan, tetapi menekankan kualiti diri seorang murid — bagaimana anda melayan rakan, menghormati guru, membantu orang lain, dan menjadikan sekolah tempat yang lebih baik. Sebenarnya, akhlak yang mulia akan menemani anda sepanjang hayat — sama ada di sekolah, di rumah, mahupun pada masa hadapan ketika bekerja atau melanjutkan pelajaran.
"Marilah kita berganding bahu untuk menjadikan sekolah kita bukan sahaja tempat untuk belajar, tetapi juga tempat yang dipenuhi dengan kebaikan dan rasa hormat."