20/12/2024
𝟏𝟎 𝐀𝐃𝐀𝐁 𝐌𝐄𝐍𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇𝐈 𝐈𝐁𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐔𝐏𝐀!
---
1. SEBELUM DATANG BAGITAHU DULU
Seeloknya sebelum kita pergi menziarahi kenalan atau sanak saudara kita yang sedang berpantang, maklumkan pada tuan badan lebih awal. Jangan main terjah saja! Mana lah tahu masa kita datang tu, ada nurse sedang buat home visit ke, atau si ibu perlu ke klinik ke. Kalau bagitahu awal-awal, dapat lah juga si ibu bersedia menyambut kehadiran kita.
2. WAKTU MELAWAT YANG SESUAI
Tolong jangan datang waktu pagi atau malam ok! Waktu pagi biasanya si ibu sedang sibuk menguruskan diri dan anak. Masa pagi ni lah nak mandikan baby, nak bertungku, nak bertangas semua. Kalau datang waktu malam p**a tak sesuai la kan, masa orang nak berehat.
3. TAK SIHAT TAK PERLU DATANG
Ini salah satu penyakit orang kita. Dah tahu badan tak sihat, atau ada anak tak sihat, tak perlu bawa ziarah ibu berpantang. Sebab kita tahu kan, bayi baru lahir ni masih belum sempurna sistem imunisasinya. Bagi kita, tak apa, selesema sikit je. Tapi a BIG NO untuk bayi yang masih belum matang lagi tubuh badannya. So, kalau rasa tak sihat, sila berehat di rumah saja.
4. JAGA MULUT
“Eh gelapnya anak kau!” Ewah ewah, sedapnya mulut. Mungkin niat kita nak bergurau je. Tapi apa perasaan si ibu agaknya yang mendengar orang lain mengata anak yang baru dilahirkannya. “Susah payah aku bersalin, macam nak mati duduk dalam labor room tu, sedap je cakap anak orang gelap!” Mohon jangan bergurau tak kena tempat.
5. MINTA KEBENARAN UNTUK DUKUNG BAYI
Jangan lah nak memandai-mandai dukung anak orang. Kita tak tahu, entah si ibunya bersengkang mata separuh malam nak tidurkan si baby, sekali kita datang ambil dukung, terus terjaga baby tu. Sila prihatin ya u ols!
6. BAWA BUAH TANGAN
Tak lah wajib, tapi sebagai adab orang kita. Tak perlu mahal-mahal, belikan buah yang si ibu boleh makan pun dah memadai.
7. JANGAN CIUM BAYI
Awak, kalau geram pun, tolong jangan cium baby tu ya. Kita tak tahu keadaan baby tu. Mana lah tahu, masa awak cium, terlekat lipstick awak kat p**i baby, baby p**a ada eczema, tak boleh sebarangan kena bahan kimia. Nah, apa kesannya?
8. CUCI TANGAN
Ya, cuci tangan awak bersih-bersih. Kalau boleh pakai 24 jenis sabun sebelum awak pegang baby tau! Hihi.
9. TAK PAYAH MEMANDAI-MANDAI
“Anak kau lapar ni, bagi la makan nasi ke, roti ke.” Awak, tahu lah awak tu dah ada ank 10 orang, tapi tolong lah jangan pandai-pandai ajar orang tips-tips awak besarkan anak, kalau dia tak minta. Si ibu tu dah la tengah penat berjaga malam, awak p**a datang bagi 1001 pantang larang awak.
10. JANGAN LAMA SANGAT
Datang pukul 11 pagi, pukul 5 petang tak balik lagi. Acah-acah prihatin la kononnya, nak temankan si ibu. Huwaaaa! Jangan buat macam tu awak! Kalau boleh melawat tu biar sekejap je. Tak perlu terlalu lama. Bagi ruang si ibu dan anak nak berehat. OK?
& jika anda rasa post ini bermanfaat