Dewan Muslimat PAS Petaling Jaya

Directions

Dewan Muslimat PAS Petaling Jaya Dewan Muslimat PAS Kawasan Petaling Jaya

15/10/2026

LARANGAN HIJAB DI AZERBAIJAN: HENTIKAN DISKRIMINASI TERHADAP WANITA ISLAM

Lajnah Hubungan Antarabangsa Dewan Muslimat PAS Malaysia mengecam sekeras-kerasnya diskriminasi terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan Islam di Azerbaijan kerana memakai hijab, khususnya apabila hak pendidikan mereka turut terjejas. Kami amat kesal apabila diskriminasi sebegini masih berlaku di sebuah negara majoriti Muslim. Zaman sekularisme paksaan era Atatรผrk sepatutnya telah lama berlalu. Tiada kerajaan berhak memaksa wanita Islam memilih antara agama dengan masa depan mereka. Pendidikan tidak boleh dijadikan alat untuk memaksa Muslimah meninggalkan identiti agamanya.

Hijab bukan sekadar fesyen atau kenyataan politik, tetapi lambang keimanan, maruah dan identiti kami sebagai wanita Islam. Memaksa Muslimah menanggalkan hijab merupakan pencabulan kebebasan beragama dan penghinaan terhadap hak mereka menentukan cara mengamalkan kepercayaan sendiri. Kami berdiri teguh dalam solidariti bersama wanita, pelajar dan guru di Azerbaijan yang mempertahankan hak mereka. Kami mendesak Kerajaan Azerbaijan membatalkan segera sekatan diskriminasi tersebut serta membenarkan semua pelajar dan guru yang terkesan kembali ke sekolah tanpa syarat.

Pendirian kami tegas: tiada wanita sepatutnya mengorbankan agamanya demi mendapatkan pendidikan. Hijab ialah hak kami, dan maruah kami bukan untuk dipertikaikan.

_______________________________________________________________________

OFFICIAL STATEMENT BY THE INTERNATIONAL BUREAU OF DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA

AZERBAIJANโ€™S HIJAB BAN: STOP DISCRIMINATING AGAINST MUSLIM WOMEN AND GIRLS

The International Bureau of Dewan Muslimat PAS Malaysia strongly condemns the discrimination against Muslim women and girls in Azerbaijan over their choice to wear the hijab, particularly when it jeopardises their right to education. We are appalled that such discrimination persists in a Muslim-majority country. The era of Atatรผrkโ€™s forced secularisation should be long behind us. No government should force Muslim women to choose between their faith and their future. Education must never be used as a weapon to compel Muslim girls to abandon their religious identity.

Hijab is not a fashion accessory or a political statement; it is our faith, dignity and identity as Muslim women. Forcing us to remove our hijab is an infringement of our religious freedom, just as demanding that we remove the rest of our clothing would violate our dignity and bodily autonomy. We stand in firm solidarity with the women, girls and teachers in Azerbaijan who are fighting for their fundamental rights. We urge the Azerbaijani government to immediately revoke discriminatory restrictions, allow affected students and teachers to return to school without conditions, and respect every Muslim womanโ€™s right to practise her faith freely.

Our message is clear: no woman should have to sacrifice her faith to access education. Our hijab is our right, and our dignity is not negotiable.

๐˜๐ ๐Œ๐ฎ๐ฆ๐ญ๐š๐ณ ๐Œ๐ ๐๐š๐ฐ๐ข
Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa DMPM
Chairperson International Bureu DMPM
14 Oktober 2026 bersamaan 3 Jamadilawal 1448-H

15/10/2026

Ahli Parlimen Tumpat Mumtaz Md Nawi berkata pelajar sepatutnya belajar kemahiran praktikal berdepan bencana dan kecemasan.

15/10/2026

KUALA LUMPUR: Sebarang cadangan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) perlu melalui kajian impak menyeluruh bagi memastikan reformasi percukaian negara tidak menambahkan tekanan kos sara hidup rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah. Salamiah Mohd Nor (PNโ€“Temerloh) berkata...

๐ŸŒฟ JEREBU: Jaga Diri, Lindungi KeluargaMusim jerebu bukan sekadar membuatkan langit kelihatan kelabu. Ia juga boleh membe...
11/10/2026

๐ŸŒฟ JEREBU: Jaga Diri, Lindungi Keluarga

Musim jerebu bukan sekadar membuatkan langit kelihatan kelabu. Ia juga boleh memberi kesan kepada kesihatan, terutama kepada kanak-kanak, wanita hamil, warga emas serta mereka yang mempunyai masalah pernafasan dan penyakit kronik.

Sebab itu, langkah kecil yang kita ambil hari ini sangat penting untuk melindungi diri dan keluarga. ๐Ÿ’š

Antara perkara yang boleh kita lakukan:
โœ… Pantau bacaan IPU sebelum merancang aktiviti luar
โœ… Kurangkan aktiviti lasak ketika udara tidak sihat
โœ… Tutup tingkap dan kurangkan udara tercemar masuk ke rumah
โœ… Gunakan pelitup muka yang sesuai jika perlu berada di luar
โœ… Minum air secukupnya dan jaga pemakanan
โœ… Pastikan anak-anak kekal aktif dengan aktiviti dalam rumah
โœ… Jaga rutin tidur, kesihatan fizikal dan emosi seisi keluarga
โœ… Dapatkan rawatan jika mengalami sesak nafas, sakit dada atau gejala yang semakin teruk

๐Ÿ“Œ Jangan tunggu sehingga badan mula terasa tidak sihat.
Pantau keadaan udara, kurangkan pendedahan dan ambil langkah pencegahan lebih awal.

Semak bacaan IPU melalui sumber rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) / APIMS dan ikuti nasihat kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

๐Ÿ’š Jaga diri. Jaga keluarga. Jaga komuniti.
Semoga setiap keluarga di Petaling Jaya sentiasa berada dalam lindungan dan kesihatan yang baik.

โ€”
Disediakan oleh:
Lajnah Kebajikan & Keprihatinan Sosial DMPPJ






11/10/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ูู…ู’ ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ูู…ู’ ูˆูŽุนูŽุงููู‡ูู…ู’ ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูู…ู’

Sayu hati seorang ibu.

Pemergian anak-anak Nor Daniel Aiman, 18 tahun, Nor Daniel Fikri, 11 tahun, dan Puteri Naufal Raisya, 8 tahun dalam kemalangan yang berlaku pagi semalam di Pontian, Johor.

Dewan Muslimat PAS turut bersedih mendengar perkhabaran ini. DMPM merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga. Semoga seluruh ahli keluarga tabah menghadapi ujian ini. Dan didoakan semoga beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.


11/10/2026

3 TAHUN TAUFAN AL-AQSA: MOBILISASI MEMBELA PALESTIN

1. Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya golongan wanita dan keluarga Islam, untuk bangkit menzahirkan solidariti berterusan sempena ulang tahun 3 Tahun Taufan Al-Aqsa. Perjuangan membela bumi Palestin wajib diteruskan tanpa rasa lelah sehingga kebebasan dan keadilan hakiki dicapai.

2. Sehubungan itu, Dewan Muslimat PAS Malaysia memberi sokongan penuh dan menggesa kehadiran orang ramai ke perhimpunan khas "Demonstrasi Sempena 3 Tahun Taufan Aqsa: Kembali Membela Palestin" yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela UMMAH

3. Berdasarkan penganjuran perhimpunan ini, Dewan Muslimat PAS Malaysia menegaskan beberapa fokus utama:
- Menegaskan Bantahan Terhadap Penglibatan Kuasa Luar: Perarakan menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat adalah simbolik bantahan keras terhadap mana-mana pihak atau kuasa antarabangsa yang terus menyokong kezaliman dan penindasan ke atas rakyat Palestin.
- Menggalakkan Penglibatan Wanita dan Keluarga: Golongan wanita, ibu, dan serikandi ummah diseru untuk bersama-sama hadir dan membawa ahli keluarga sebagai tanda kebersamaan dengan perjuangan wanita serta kanak-kanak di Gaza yang terpaksa berdepan ujian keperitan saban hari.
- Memperkasa Mesej "Bersama Palestin Hingga Merdeka": Sokongan kita tidak boleh terhenti secara bermusim. Isu Palestin adalah isu akidah dan kemanusiaan yang perlu diperjuangkan secara konsisten sehingga bumi Palestin dibebaskan sepenuhnya.
- Menjadikan Perhimpunan Medan Penyatuan Ummah: Perhimpunan ini merupakan platform penting untuk menyatukan pelbagai lapisan masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO), dan tokoh masyarakat dalam satu barisan solidariti yang kukuh.

4. Ayuh kita bersama-sama memenuhi ruangan perhimpunan ini pada hari Jumaat, 9 Oktober 2026, kita bergerak dari Masjid Tabunh Haji ke Kedutaan Amerika dengan penuh ketertiban dan semangat perjuangan. Bawa mafla palestin dan placard anda!

Semoga usaha kecil kita ini dikira sebagai saksi penentangan terhadap kezaliman di hadapan Allah SWT.

"Satu Hati, Satu Arah, Bebaskan Palestin"

๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ๐š๐ก ๐‡๐š๐ฃ๐ฃ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ซ๐ข๐๐š๐ก ๐›๐ญ ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐’๐š๐ฅ๐ฅ๐ž๐ก
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)
8 Oktober 2026 bersamaan 26 Rabiulakhir 1448-H

11/10/2026

PERSOALAN BESAR DI SEBALIK PENGURUSAN e-JAMIN: SIAPA MEMBERI KUASA, SIAPA BERTANGGUNGJAWAB?

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) memandang serius dapatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung pengurusan bayaran wang jaminan mahkamah melalui sistem e-Jamin.

DMPM tidak mempertikaikan manfaat digitalisasi, namun kecekapan sistem tidak boleh mengatasi prinsip tadbir urus, undang-undang dan amanah terhadap wang rakyat.

Persoalan besar ialah bagaimana e-Jamin boleh beroperasi di 192 mahkamah sejak 2020 tanpa kontrak rasmi, sedangkan baki deposit wang jaminan mencecah RM193.71 juta pada akhir 2024.

Lebih membimbangkan, RM130.8 juta daripada wang tersebut dilaporkan telah dilaburkan oleh Dapat Vista Sdn. Bhd. atas nama syarikat, dengan pulangan sekitar RM4 hingga RM5 juta setahun.

Persoalannya: Siapa yang memberi kuasa? Siapa yang meluluskan? Wang siapa yang dilaburkan dan siapa menikmati pulangannya?

DMPM menuntut Kerajaan Persekutuan menjelaskan:

1. Siapa yang meluluskan operasi e-Jamin tanpa kontrak rasmi?
2. Berapakah jumlah sebenar pulangan pelaburan dan siapa penerimanya?
3. Adakah audit forensik akan dilakukan terhadap aliran wang sejak 2020?
4. Adakah pulangan tersebut akan dikembalikan kepada kerajaan atau pihak yang berhak?
5. Apakah tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati cuai atau melanggar tatacara kewangan?

RM130.8 juta bukan angka kecil. Ini soal amanah rakyat.

Kerajaan perlu memastikan setiap sen wang jaminan dilindungi, diperakaunkan dengan telus dan berada di bawah struktur tadbir urus yang sah.

Teknologi boleh dipercepatkan, tetapi amanah tidak boleh dipintas.

Rakyat berhak tahu siapa yang memberi kuasa, siapa yang meluluskan, siapa yang mendapat manfaat dan siapa yang akan dipertanggungjawabkan.

๐ƒ๐ซ. ๐’๐ข๐ญ๐ข ๐€๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ก ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐ˆ๐ฆ๐ซ๐š๐ง
Pengerusi Lajnah Pembangunan Modal Insan dan Tenaga Profesional (MPro) Dewan Muslimat PAS Malaysia
7 Oktober 2026 bersamaan 25 Rabiulakhir 1448-H

11/10/2026

KOTA BHARU: Keselamatan sekolah perlu dilihat sebagai agenda negara dan bukan sekadar isu yang ditangani selepas berlaku sesuatu tragedi, gesa Ahli Parlimen Tumpat, Datoโ€™ Mumtaz Md Nawi. Menurutnya rentetan insiden buli, gangguan, pergaduhan, kemalangan, keganasan dan kecederaan membabitkan kanak-...

05/10/2026

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€
๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐Œ๐”๐’๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐๐€๐’ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘

๐Š๐„๐’ ๐€๐ƒ๐ˆ๐Š ๐ˆ๐‘๐„๐๐„: ๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐€๐๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐”๐‘๐ˆ๐ƒ

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor melahirkan rasa dukacita dan simpati yang mendalam terhadap keluarga adik Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang dilaporkan meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan luka di sekolahnya pada 3 Oktober yang lalu.

Kejadian ini amat mengejutkan dan menyentuh hati seluruh masyarakat.

Ia juga menimbulkan persoalan serius berkaitan tahap keselamatan murid di institusi pendidikan yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak bangsa.

Sehubungan itu, Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) menekankan beberapa perkara penting:

๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐ฆ๐ฎ๐ซ๐ข๐ ๐ฃ๐š๐๐ข ๐ค๐ž๐ฎ๐ญ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง
Keselamatan murid mesti menjadi keutamaan tertinggi di semua sekolah tanpa kompromi.

Setiap murid berhak berada dalam persekitaran yang selamat, sejahtera dan bebas daripada sebarang bentuk ancaman.

๐๐ž๐ซ๐ข ๐ค๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐œ๐š๐ฒ๐š๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ
Guru perlu diberi kuasa dan ruang untuk bertindak awal apabila terdapat tanda-tanda buli, ancaman atau bahaya.

Tindakan pencegahan yang cepat dan berkesan amat penting bagi mengelakkan tragedi yang lebih buruk.

Guru juga wajar diberi kuasa untuk mengambil tindakan disiplin atau hukuman yang sewajarnya, selaras dengan garis panduan dan peraturan sedia ada, setelah sesuatu kesalahan disiasat dan dipastikan berlaku.

Tindakan ini penting bagi memastikan disiplin terpelihara serta menjadi langkah pencegahan yang berkesan.

Guru yang menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan profesional perlu dilindungi, bukan dibiarkan berada dalam keadaan takut atau teragak-agak untuk bertindak demi keselamatan murid.

๐๐ž๐ง๐ ๐ฅ๐ข๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐ฉ๐ข๐ก๐š๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š
DMPNS menyeru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya melihat isu ini secara menyeluruh dengan melibatkan guru, ibu bapa, kaunselor, ahli psikologi, ulama, pakar pendidikan serta masyarakat.

Kita tidak mahu hanya bertindak selepas tragedi berlaku.

Sudah tiba masanya sekolah dibina sebagai ruang yang bukan sahaja selamat kerana adanya kawalan, tetapi selamat kerana wujudnya budaya ilmu, iman, hormat, kasih sayang dan saling melindungi.

DMPNS juga menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh dan telus agar kebenaran dapat ditegakkan serta keadilan dapat diberikan kepada mangsa dan keluarga.

Kami juga menyeru semua pihak termasuk ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat untuk bersama-sama memperkukuhkan sistem perlindungan kanak-kanak agar kejadian seumpama ini tidak berulang.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh adik Irene dan memberikan kekuatan serta ketabahan kepada ahli keluarganya.

โ€œMuslimat Dinamik, Teguh Berprinsipโ€

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Tarikh: 5 Oktober 2026





05/10/2026

TRAGEDI DI SEKOLAH: DMPM GESA SISTEM KESELAMATAN DIKAJI DAN DITAMBAH BAIK

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menzahirkan rasa dukacita yang mendalam terhadap tragedi yang melibatkan keselamatan anak-anak di institusi pendidikan, termasuk kes terbaharu Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang ditemukan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor pada 3 Oktober 2026 sebelum disahkan meninggal dunia. Kes tersebut kini dalam siasatan polis.

Turut pernah dilaporkan kematian baru-baru ini,
Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, pelajar Tingkatan Dua SMK Zaโ€™ba, Kuala Pilah, ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sebelum disahkan meninggal dunia. Kes itu sedang disiasat polis di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, termasuk dakwaan bahawa mangsa dipukul selepas didakwa melanggar peraturan sekolah.

Rentetan insiden ini wajar menjadi peringatan serius bahawa aspek keselamatan murid di sekolah dan asrama perlu dinilai semula secara menyeluruh.

Sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak menuntut ilmu, membina sahsiah dan mengembangkan potensi diri. Ibu bapa menghantar anak ke sekolah dengan kepercayaan bahawa keselamatan mereka berada dalam perhatian dan kawalan pihak yang bertanggungjawab.

Justeru, DMPM menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia supaya melaksanakan audit keselamatan secara menyeluruh dan berkala di semua sekolah serta institusi pendidikan, termasuk:

โ€ข keselamatan bangunan, asrama, tangga, balkoni, longkang dan kawasan berisiko;
โ€ข keberkesanan CCTV dan sistem pemantauan;
โ€ข kecukupan pengawasan guru serta warden;
โ€ข keselamatan aktiviti sukan dan kokurikulum;
โ€ข prosedur pengurusan buli, ancaman, keganasan dan gangguan seksual;
โ€ข sistem aduan murid yang selamat dan berkesan; serta
โ€ข kesiapsiagaan menghadapi kecemasan dan tindakan pantas apabila berlaku insiden.

DMPM juga menyeru agar setiap insiden keselamatan murid tidak hanya dilihat sebagai kes terpencil, sebaliknya dianalisis bagi mengenal pasti kelemahan sistem dan ruang penambahbaikan.

Persoalan yang perlu kita jawab ialah: Apakah sistem sedia ada benar-benar mampu mencegah, mengesan dan bertindak pantas apabila keselamatan seorang anak terancam?

Jangan menunggu satu lagi tragedi untuk kita bertindak.
Keselamatan anak-anak bukan sekadar SOP di atas kertas. Ia mesti diterjemahkan kepada sistem, pemantauan dan tindakan yang benar-benar berfungsi.

DMPM menyeru semua pihak Kementerian Pendidikan, pihak sekolah, guru, warden, ibu bapa dan komuniti untuk bersama-sama memastikan setiap sekolah menjadi ruang yang selamat, terlindung dan kondusif untuk anak-anak kita.

DMPM turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya serta semua keluarga yang pernah kehilangan anak dalam tragedi berkaitan institusi pendidikan.

๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ๐š๐ก ๐‡๐š๐ฃ๐ฃ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ซ๐ข๐๐š๐ก ๐›๐ญ ๐’๐š๐ฅ๐ฅ๐ž๐ก
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)
5 Oktober 2026 bersamaan 23 Rabiulakhir 1448-H

Address

Petaling Jaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Petaling Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share