Iydabeautymobilespa

Iydabeautymobilespa KECANTIKAN & REZEKI ADALAH ANUGERAH TERINDAH. JOM KEKAL CANTIK.. klik klik wall kita tengok apa yang

Jabal rahmah..
01/12/2024

Jabal rahmah..

Assalam ..tiada yg lebih istimewa selain dia..
22/12/2022

Assalam ..tiada yg lebih istimewa selain dia..

23/08/2022

Tip beli emas..

MANFAAT EMAS TERHADAP KEWANGAN:1 - Emas Sebagai "Forgotten Saving"2 - Emas Sebagai Simpanan Kecemasan.3 - Emas Dapat Men...
13/08/2022

MANFAAT EMAS TERHADAP KEWANGAN:

1 - Emas Sebagai "Forgotten Saving"
2 - Emas Sebagai Simpanan Kecemasan.
3 - Emas Dapat Menutup Kebocoran Wang.
4 - Emas Sebagai Simpan Jangka Panjang.
5 - Emas Sebagai Backup Belanja Hangus.
6 - Emas Sebagai Modal Pusingan Bisnes.
7 - Emas Penyelamat Kejatuhan Mata Wang.
8 - Emas Sebagai Duit Ketika Gawat.
9 - Emas Sebagai Duit Antarabangsa.
10 - Emas Penyelamat Ketika Bankrap.


SIMPAN EMAS JANGAN SAMPAI LEMAS?1. Jika kita percaya bahawa sistem kewangan kita dalam keadaan baik, maka jangan menyimp...
18/05/2022

SIMPAN EMAS JANGAN SAMPAI LEMAS?

1. Jika kita percaya bahawa sistem kewangan kita dalam keadaan baik, maka jangan menyimpan emas.

2. Jika kita masih yakin dengan nilai matawang kita, sistem bank bagus, pihak kerajaan bagus dan stabil dan derivatif adalah produk terbaik. Maka anda sedang buang masa menyimpan emas.

3. Saya tetap berpegang pada emas bukannya pelaburan yang baik melainkan penyimpan nilai yang baik. Ketika duit kita semakin tidak bernilai, kita ada emas yang bernilai untuk ditukarkan.

4. Ketika duit kita hilang nilai, kita ada emas yang boleh ditukarkan pada nilai semasa untuk dapatkan satu nilai yang sama dengan mana mana negara yang kita kunjungi.

5. Asas kepada belian emas, mestilah dapat emas. Ya, dapat emas fizikal. Boleh gigit dan tokak!

Bukan dapat buku akaun bank, bukan dapat saham emas pada saya. Emas mesti bersifat fizikal. Kita boleh sentuh pegang dan kawal.

6. Bila kita beli emas fizikal, kita ada kawalan sepenuhnya pada emas tersebut. Kita simpan, kita jaga dan kalau hilang padan muka (risiko). Tetapi itulah asas emas, kita tukarkan duit kertas menjadi emas.

7. Jika kita berminat dengan saham emas dan akaun emas, ia tidak memberi 'nilai' emas sebenar untuk kita tukarkan matawang kita kepada aset berharga. Kita hanya ada aset kertas.

"Dalam akaun saya nie ada RM100,000 bang. Tapi dalam akaun la bang bukan sekarang".

Berbanding,

"Saya ada 10 keping 10 dinar sekarang, boleh tukar dengan matawang asing"

8. Emas tidak beri pulangn dividen seperti instrument lain. Maka jika kita mengharapkan pulangan dividen dan keuntungan emas. Kita dah salah masuk rumah. Banyak instrument pelaburan lain yang lagi baik dari emas.

9. Sifat paling baik bagi emas adalah penyimpan nilai duit kita. Kita bawa 10 dinar ke Indonesia atau Amerika, dia akan bayar pada nilai yang sama disana.

10. Emas pelaburan jangka 'sangat panjang' pada saya, bukan hanya panjang. Ada nilai nilai yang ditolak waktu kita nak jual atau pajak. Maka jangan mudah teruja dengan peratusan naik turunnya emas. Pedulikan sahaja selagi niat kita penyimpan nilai bukan pelaburan.

11. Penyimpan emas tidak peduli sangat naik turunnya emas sebab matlamat mereka menyimpan.

Tips: Bagaimana meningkatkan simpanan emas anda dengan cepat!===============================Saya ingin berkongsi rahsia,...
14/05/2022

Tips: Bagaimana meningkatkan simpanan emas anda dengan cepat!
===============================

Saya ingin berkongsi rahsia, bagaimana saya berjaya membantu ramai orang menyimpan emas dengan begitu cepat. Teknik ini dijamin berkesan.

Saya namakan teknik ini sebagai Teknik Kejar 5 Gram.

===============
Teknik kejar 5 gram.
===============

Objektif: Membina simpanan emas secepat mungkin. Bermula dengan jongkong emas 5 gram.

Caranya:

1. Anda cuma perlu membuka akaun Gold Accumulation Program (GAP) dan ikut langkah-langkah dibawah.

=========
Mula-mula:
=========
1. Letakkan niat dalam hati "aku nak kejar jongkong emas 5 gram secepat mungkin"

2. Buka akaun GAP dengan 1 gram.
P/s: boleh juga lebih (ikut kemampuan)

3. Kejar 5 gram dalam akaun GAP secepat mungkin. Tak perlu tengok harga. top up gap sampai akaun anda mencecah 5 gram

4. Lepas cukup 5 gram ini, keluarkan terus jongkong emas 5 gram. Hanya bayar RM5 premium.

Jongkong emas 5 gram ini MESTI letak dalam beg duit sebab:

1. Aura emas lebih dekat anda. Bayangkan aura emas 5 gram (harga RM1000) dalam wallet. Fuh! Terasa kaya.

2. Senang untuk tengok emas ini selalu. Kalau nak tengok emas, boleh keluarkan anytime.

3. Emas yang kita tengok selalu, ia akan mempengaruhi minda di bawah sedar. Kita akan rasa seronok dan bermotivasi lagi untuk mengejar simpanan emas.

4. Emas 5 gram lebih mudah nak kejar, berbanding emas yang lebih besar. Jadi kita lebih bermotivasi.

5. Teknik kejar 5 gram ini terbukti membantu ramai orang mengejar simpanan emas dengan lebih cepat.

Cubalah teknik ini. Nanti anda dapat lihat keberkesanannya :)



“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah DInar dan Di...
27/04/2022

“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah DInar dan Dirham”

Kelebihan

1 - Dinar dan Dirham adalah matawang yang sebenar.

2 - Boleh digunakan sebagai mahar, hadiah, koleksi, dan sebagainya

3- Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat.

4 - Warna dan sifatnya yang menawan yang membangkitkan naluri kemanusiaan

5 - Mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia.

6 - Harga emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar.

7 - Kalis inflasi. Tidak seperti wang fiat, di mana nilai wang fiat jatuh dari semasa ke semasa akibat daripada aplikasi riba.

8 - 1 dinar dari zaman Rasullullah boleh beli seekor kambing, hari ni tetap boleh beli seekor kambing, 10 tahun akan datang pun masih mampu beli seekor kambing.

Jadi, tunggu apa lagi? Kalau ada duit simpanan yang tidak digunakan dalam masa terdekat dalam bank, jangan simpan dan biarkan ia di dalam bank! Tapi gunakan wang tu untuk membeli Dinar dan Dirham! Lebih baik menyimpan Dinar dan Dirham (yang mempunyai nilai di sisi syariat dan di dunia) daripada menyimpan wang kertas yang susut nilainya dalam masa panjang.



Sejarah.Perang Vietnam berlaku dari tahun 1950an sehingga tahun 1970an.Perang ini melibatkan kehilangan nyawa yang besar...
08/03/2022

Sejarah.

Perang Vietnam berlaku dari tahun 1950an sehingga tahun 1970an.

Perang ini melibatkan kehilangan nyawa yang besar.

Dianggarkan 58,220 tentera Amerika, 1.1 juta rakyat Vietnam Utara dan pejuang Viet Cong dan 250,000 askar Vietnam Selatan mati sepanjang perang tersebut.

Rakyat Vietnam berpusu-pusu lari meninggalkan negara mereka.

Mereka lari menggunakan bot-bot dan belayar ke seluruh dunia mencari perlindungan.

Antara kisah yang terkenal tentang pelarian Vietnam adalah mereka menjual semua harta benda mereka, kemudian mereka membeli emas yang dipanggil Kim-Thanh. Emas ini mereka jahit kat baju.

Dengan emas Kim-Thanh inilah mereka memulakan hidup baru mereka. Mereka menjual emas ini kepada orang tempatan negara tersebut dan menggunakan hasil duit tersebut untuk memulakan kehidupan.

Gais.

Emas adalah insurans kekayaan. Dalam situasi yang ekstrem seperti perang, ia adalah talian hayat anda. Sebab itu anda perlu simpan sebahagian kekayaan anda dalam bentuk emas.

Minima 10%

Kita perlu belajar sejarah. Sebab sejarah pasti berulang.

Sebagai contoh.

Mana kita sangka, tahun 2022 nie akan berlaku perang di Eropah.

Tapi itu yang berlaku sekarang.

Gambar: 1955 - 1975 EMAS VIETNAM KIM-THANH BAR DAN PLASTIK PEMBALUTNYA.

“Saya rasa takut dan susah untuk menjaga emas yang disimpan”Ini antara luahan hati dari pelanggan saya.Bila saya dengar ...
14/02/2022

“Saya rasa takut dan susah untuk menjaga emas yang disimpan”

Ini antara luahan hati dari pelanggan saya.

Bila saya dengar luahan begini, jauh disudut hati saya akan ada rasa bersalah dalam diri. Perasaan itu seolah-olah menebal & tumbuh berakar hidup dalam hati.

Emas ni kecil ja. Jika ada luahan dan rungutan emas susah disimpan, itu bermaksud kita belum kenal baik dengan emas.

Saya bagi contoh mudah,

Saiz 1Dinar emas sebesar saiz 5sen sahaja. Pasti kita boleh bayangkan lokasi yang kita boleh sembunyikan dinar emas tersebut.

Seandainya kita letak dicelah-celah keyboard sekalipun, orang tak akan sedar itu adalah emas.

Takut? Itu bermakna kita tidak kenal.

Sudah kenal tapi masih takut? Itu hanya alasan kita.

Nak tahu lagi boleh tekan link bio kak iyda.

*Harga Emas Durian Runtuh!!!*Jom Pakat Tambah Gram Emas Anda Bersama-sama.*Harga Emas Durian Runtuh!!!*Jom Pakat Tambah ...
29/01/2022

*Harga Emas Durian Runtuh!!!*
Jom Pakat Tambah Gram Emas Anda Bersama-sama.

*Harga Emas Durian Runtuh!!!*
Jom Pakat Tambah Gram Emas Anda Bersama-sama.

*Harga Emas Durian Runtuh!!!*
Jom Pakat Tambah Gram Emas Anda Bersama-sama.

Tambahlah Gram Emas Anda sekarang klik link bio

07/01/2022

Masjid Quba mempunyai tempat yang istimewa dan unik di hati kita kerana mempunyai pendekatan Umat Islam dengan Nabi Muhammad SAW. Ia merupakan masjid pertama yang dibina. Ia juga dikenali sebagai masjid kedua terbesar dan terkemuka di Madinah selepas Masjid Nabawi.

Dekatkan lebih lagi dengan Masjid Quba dengan kumpulkan gram bar bersama Masjid Series yang lain.
Premium Emas: RM20 sahaja seluruh Malaysia
Tempahan Terhad: 30 ribu keping sahaja (via GAP: 20 ribu keping & PG Mall: 10 ribu keping )

TOP UP GAP & Withdraw it Now!
*T&C Apply
For more info klik link bio



02/12/2021

𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐊𝐒𝐈 : 𝐓𝐇𝐄 𝐊𝐈𝐍𝐆

Jangan mengharapkan kejayaan datang dengan mudah, kerana kesusahan adalah sebahagian dari proses mencapai kejayaan.

Sebaliknya mohonlah Tuhan berikan kita kekuatan.

Orang yang menang bukanlah yang tak pernah jatuh dan tak pernah kalah.

Tapi mereka tak pernah mengalah.

Bila jatuh, mereka bangkit!

Jatuh lagi, bangkit lagi!

Hinggalah mereka capai kemenangan!

Untuk jadi seorang juara (dalam hidup), berkawanlah dengan dengan juara.

Hidup kita pasti akan berubah.

InsyaAllah.

Address

Puchong
47100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Iydabeautymobilespa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Iydabeautymobilespa:

Share