Kesatuan Jurufotografi Perkhidmatan Awam - KEJPA

Directions

Kesatuan Jurufotografi Perkhidmatan Awam - KEJPA Kesatuan Ahli Fotografi Perkhidmatan Awam merupakan badan berdaftar yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan ahli fotografi di Bawah Kem. Komunikasi

๐Ÿ“ธ LENSA MERDEKA: DENYUT NADI BANGSA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พJom singgah beramai-ramai ke reruai Jabatan Penerangan Malaysia sempena Kuala Lump...
19/08/2026

๐Ÿ“ธ LENSA MERDEKA: DENYUT NADI BANGSA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Jom singgah beramai-ramai ke reruai Jabatan Penerangan Malaysia sempena Kuala Lumpur Photography Festival (KLPF) 2026!

Hayati koleksi foto-foto bersejarah yang merakam perjalanan negara, detik penting kemerdekaan, sambutan Hari Kebangsaan serta wajah dan semangat rakyat Malaysia dari dahulu hingga kini.

Setiap foto bukan sekadar gambar โ€” ia adalah saksi sejarah dan sebahagian daripada memori negara.

๐Ÿ“ Gateway Mall, Kuala Lumpur
๐Ÿ“… 21โ€“23 Ogos 2026
๐ŸŽŸ๏ธ MASUK PERCUMA

Datang bersama keluarga dan rakan-rakan. Jom kita melihat kembali sejarah Malaysia melalui lensa. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ“ท

Lensa Merdeka: Denyut Nadi Bangsa
Dari sebuah rakaman, lahirlah sebuah sejarah.










Terima Kasih Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Kami Jurufoto Perkhidmatan Awam sentiasa mengalas tugas dengan penuh ded...
19/08/2026

Terima Kasih Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Kami Jurufoto Perkhidmatan Awam sentiasa mengalas tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang dalam merakam gambar.

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐…๐จ๐ญ๐จ๐ ๐ซ๐š๐Ÿ๐ข ๐’๐ž๐๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Kita semua sukakan gambar yang cantik. Ada yang kita simpan sebagai kenangan, ada yang dibingkaikan menjadi tatapan.. ada juga sekeping gambar yang akhirnya menjadi rakaman sejarah serta rujukan satu dunia.

Namun, di sebalik setiap gambar itu, ada seorang insan yang memerhati, menunggu dan memilih detik yang tepat untuk menekan butang kamera. Kadangkala hanya beberapa saat, tetapi hasilnya mampu menyimpan sebuah cerita untuk puluhan tahun.

Sempena Hari Fotografi Sedunia hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh jurugambar di luar sana. Tidak kira anda jurugambar profesional, jurugambar media, jurugambar majlis dan kenduri, ataupun sekadar menjadi โ€œjurugambar rasmiโ€ keluarga dan sahabat setiap kali berkumpul. Setiap daripada anda mempunyai cara tersendiri dalam merakam dunia dan mengabadikan kenangan.

Kepada semua jurugambar yang pernah merakam pelbagai momen sepanjang perjalanan saya, terima kasih kerana mengabadikan begitu banyak kenangan untuk saya lihat kembali. Selamat Hari Fotografi Sedunia saya ucapkan kepada kalian semua. Teruskanlah merakam setiap detik, kerana gambar hari ini akan menjadi kenangan pada hari esok.

Ada yang boleh teka gambar ini dirakam sekitar tahun bila?

Kredit foto: Harun Tajudin



Tahniah kepada Saudara Zul Helmi Bin Abdul Rashid Jurufotografi Akademik Kastam Diraja Malaysia, menerima Anugerah Perkh...
01/08/2026

Tahniah kepada Saudara Zul Helmi Bin Abdul Rashid Jurufotografi Akademik Kastam Diraja Malaysia, menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025. Sekalung tahniah kami dari KEJPA ucapkan.

Tahniah Saudara Azman Jumat, Jurufotografi Jabatan Penerangan Negeri Sabah atas terima Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesar...
16/06/2026

Tahniah Saudara Azman Jumat, Jurufotografi Jabatan Penerangan Negeri Sabah atas terima Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang serta Pingat-Pingat Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu. Bintang Setia Kinabalu (B.S.K)

24/05/2026

Biarpun hampir sedekad berlalu, namun buat jurukamera sambilan RTM Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer insiden tembakan yang hampir meragut nyawanya masih segar dalam ingatan dan menghantuinya hingga hari ini.

Mohamad Amirul Amin, 38, berkata beliau masih jelas terbayang bagaimana niat murninya untuk membantu individu yang disangka mangsa kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pada 1 Dis 2016 bertukar menjadi pengalaman ngeri.

Mengimbau kejadian itu, beliau bersama rakan wartawan Mohd Iskandar Othman Muhammad ketika itu sedang dalam perjalanan untuk membuat liputan perasmian Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong apabila melihat beberapa kenderaan berhenti di laluan tengah lebuh raya.

Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2560238


Tahniah kepada Saudara Mohamad Suhaimi Bin Mahmood, Jurufotografi Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) atas penerimaan Anuge...
23/05/2026

Tahniah kepada Saudara Mohamad Suhaimi Bin Mahmood, Jurufotografi Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) atas penerimaan Anugerah Khidmat Setia.

Tahniah kepada Pn. Hazlina Binti Haji Tajuddin, Jurufotografi Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN Selangor) menerima Anug...
23/05/2026

Tahniah kepada Pn. Hazlina Binti Haji Tajuddin, Jurufotografi Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN Selangor) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025. Tahniah kami ucapkan.

Tahniah kepada Saudara Muhamad Syukran Bin Wahab, Jurufotografi di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menerima Anugera...
23/05/2026

Tahniah kepada Saudara Muhamad Syukran Bin Wahab, Jurufotografi di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2025.

Address

Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kesatuan Jurufotografi Perkhidmatan Awam - KEJPA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share