20/03/2017
PENGENALAN EMAS
Dah boleh mula. Slow-slow pun okay.
AFIRA. 019.544.9129
👶Dari newbie ke newbie👶
INTRODUCTION KEPADA EMAS
Seperti ramai org yang tahu,emas merupakan satu logam yang amat menarik.ianya mempunyai sifat2 seperti:-
✔tak boleh dimusnahkan
✔cantik
✔nilainya yang tidak pernah kosong
Sejak dari zaman firaun lagi emas sudah dijadikan sebagai alat pertukaran(duit) alat perhiasan(barang kemas) dan sebagai alat untuk upacara keagamaan.
Pada masa kini,emas juga dijadikan sebagai pelaburan kerana prestasinya yang cukup membanggakan bagi jangka masa panjang
(boleh baca kelebihan pelaburan emas dilink bawah ini)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=387622518253869&substory_index=0&id=386247925057995
Namun begitu,sebelum memulakan pelaburan emas,perlu kita kenali dahulu jenis2 emas yang terdapat dipasaran
_____________________________________________________
📖JENIS JENIS EMAS📖
----------------------------------------
1⃣Barang Kemas
Seperti ramai orang perempuan suka,sejak dari zaman nenek kita,emak kita,kita membawa la ke cucu2. Belom pernah lagi perempuan menolak jika lelaki memberikan mereka barang kemas.
Barang kemas yang biasanya boleh didapati adalah dari jenis 916.emas yang ditambah dengan logam lain supaya ianya lebih keras dan berkilat(emas kelantan ditambah copper supaya lebih berkilat).
Emas ini sesuai dipakai kerana bentuknya yang pelbagai dan cntik membuatkan siwanita tampak lebih menjerlah.
2⃣Syiling Emas
Syiling emas dimalaysia kebanyakkan nya berbentuk dinar(4.25g).dinar merupakan duit yang digunakan semasa zaman nabi s.a.w(selain dinar,dirham(perak) juga digunakan pada masa ini). Ramai rakyat malaysia yang beragama islam,jadi dengan penghasilan dinar ini dapat menlariskam product mereka dengan ciri2 islamik
Selain itu,BNM juga ada mengeluarkan syiling emas mereka yang dipanggil kijang emas. Ianya boleh didapati di bank2 yang terpilih.
Dipasaran dunia p**a,banyak syiling dalam timbangan OZ(1oz=31.11g) digunakan,boleh didapati dari 1/10oz sehingga sebesar2 100oz boleh didapati. Antara pengeluar terbesar didunia adalah perth mint dan canadian maple.
Kebiasaanya syiling emas diukirkan dengan pelbagai gambar2 menarik seperti binatang2 lunar,bunga,dan bangunaan.Pembeli akan membeli syiling ini sebagai koleksi peribadi kerana syiling ini biasanya dikeluarkan secara bersiri mengikut tahun.
3⃣Goldbar @ Jongkong Emas
Pada masa kini,banyak syarikat dimalaysia yang menjadi pengeluar jongkong emas. Salah satunya ialah Amethyst Gold Creation yang dipasarkan oleh Powergold.biz.Jongkong ini boleh didapati dari berat 0.5g sehingga 500g.
Biasanya jongkong emas ini akan didatangi dengan sijil keaslian,jadi kite tidak perlu meragui tentang ketulinan jongkong tersebut. Walaubagaimana sekali pon,saya mensyorkan kepada anda supaya uji emas dahulu sebelum membayarnya
(boleh tengok contoh test ketulinan emas di link ini👇)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=386277805055007&id=386247925057995
_____________________________________________________
Jadi dari ketiga tiga jenis diatas,dapat dilihat berbeza bentuk emas mempunyai kegunaannya yang berbeza.Jadi sebagai penguna/penyimpan/pelabur anda harus bijak memilih emas supaya tidak terasa rugi.
Seperti barang kemas. Ianya tidak sesuai dijadikan pelaburan kerana ketulinan/harga boleh dikatakan mahal.kebiasaanya barang kemas akan dikenakan upah tukang semasa membeli,tetapi semasa menjual kembali emas itu anda hanya dibayar mengikut ketulinan dan beratnya sahaja.
Tetapi dengan pembuatan yg cantik dan kadang kalai diletak batu dan permata ianya dapat menarik minat setiap wanita yang melihatnya
Berbeza p**a dengan syiling emas.ianya sememangnya direka dan dijual beli dalam bentuk itu untuk disimpan.syiling emas semangnya sesuai untuk dijadikan barang koleksi.
Untuk syiling yg jarang ditemui,nilainya boleh meningkat berkali ganda dari harga pasaran emas semasa yg terkandung didalam emas itu. Ini kerana nilai seni yang terdapat didalam ukiran emas itu sendiri ditambah p**a dengan pembuatannya yang terhad menjadikan nilainya mudah bertambah dari tahun ke tahun.
Jika ingin dibezakan dari segi harga,jongkong emas lebih murah berbanding syiling emas. Ini menjadikan jongkong emas lebih sesuai untuk dijadikan sebagai alat pelaburan.
Hal ini kerana jongkong emas lebih mudah dijual kembali.jongkong emas juga tidak mempunyai upah seperti barang kemas.kebiasannya jongkong emas ini dikeluarkan dengan ketulinan.
➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡➡
Dari sedikit perkongsian saya diatas,dapat disimpulkam bahawa:-
✔Barang kemas sesuai dijadikan hiasan diri tetapi tidak pelaburan
✔syiling emas sangat sesuai untuk dijadikan koleksi kerana senibina dan kesenian yg terdapat didalam ukirannya
✔jongkong emas amat sesuai dijadikan pelaburan kerana mudah untuk dicairkan dengam mengikut perkembangan harga semasa emas.
Sekian
Abdul hafiz(bedul punya)
Stokis sah powergold seremban😁
http://www.wasap.my/60122656243
Fell free to share