Pusat Jagaan Warga Emas Kaseh Bonda

Call Directions Contact the business

Pusat Jagaan Warga Emas Kaseh Bonda Perkhidmatan Penjagaan Warga Emas & Pesakit

🌷 SELAMAT HARI WARGA EMAS SEDUNIA 2026🌷“Warga Emas Dihargai, Disayangi dan Dihormati” ❤️Setiap uban adalah tanda pengala...
01/10/2026

🌷 SELAMAT HARI WARGA EMAS SEDUNIA 2026🌷

“Warga Emas Dihargai, Disayangi dan Dihormati” ❤️

Setiap uban adalah tanda pengalaman.
Setiap kerutan wajah menyimpan seribu kenangan.
Setiap langkah yang perlahan membawa kisah perjuangan yang begitu panjang.

Pada Hari Warga Emas 2026 ini, Pusat Jagaan Warga Emas Kaseh Bonda ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan kasih sayang kepada seluruh warga emas kami.

Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang, nasihat dan jasa yang telah dicurahkan kepada keluarga dan generasi seterusnya. 🌹

Semoga warga emas sentiasa diberikan kesihatan, ketenangan, kebahagiaan dan kehidupan yang penuh dengan kasih sayang.

Sesungguhnya, usia bukan penghalang untuk terus tersenyum, berkongsi cerita, mencipta kenangan dan menikmati setiap detik kehidupan. ❤️

Warga emas bukan sekadar untuk dijaga, tetapi untuk dihargai, didengar, dihormati dan disayangi.

🌸 Selamat Hari Warga Emas Sedunia 2026 🌸

Dengan penuh kasih sayang,
Pusat Jagaan Warga Emas Kaseh Bonda
📍 83, Jalan DM 3/3, Taman Desa Mas, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor
📞 019-321 3634

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾“Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, Negara Harmoni”Dengan penuh rasa syuku...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾

“Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, Negara Harmoni”

Dengan penuh rasa syukur dan bangga, kami segenap warga
Pusat Jagaan Warga Emas Kaseh Bonda
mengucapkan

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN 🇲🇾

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita, memupuk kasih sayang, keharmonian dan rasa cinta kepada tanah air tercinta.

Kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga,
hayati erti kemerdekaan,
dan hargai jasa generasi terdahulu. ❤️🤍💙💛

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Ikhlas daripada,
Warga Pusat Jagaan Warga Emas Kaseh Bonda





🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL ﷺMEMPERKASAKAN UMMAH, MENGHAYATI SUNNAH”Pusat Jagaan Warga Emas Kaseh Bondadengan penuh rasa syu...
25/08/2026

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ
MEMPERKASAKAN UMMAH, MENGHAYATI SUNNAH”

Pusat Jagaan Warga Emas Kaseh Bonda
dengan penuh rasa syukur mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ﷺ

Semoga dengan memperingati kelahiran junjungan besar
Nabi Muhammad ﷺ
kita terus mencontohi akhlak mulia Baginda dalam kehidupan seharian.

❤️ Kasih sayang • Kesabaran • Keprihatinan • Kelembutan

Semoga kita semua dikurniakan keberkatan, ketenangan dan rahmat Allah SWT serta sentiasa berada dalam lindungan-Nya.

Ikhlas Daripada:
🌿 **PUSAT JAGAAN WARGA EMAS KASEH BONDA** 🌿




Alhamdulillah.. Terima kasih atas Sumbangan Kaseh floor cleaning@ sanitizer dari En Hakim dari  Syarikat Angelfun Manufa...
18/08/2026

Alhamdulillah..
Terima kasih atas Sumbangan Kaseh floor cleaning@ sanitizer dari En Hakim dari Syarikat Angelfun Manufacturer Serendah.
Wangi dan bersih lantai kami. Bebas dari kuman juga!
Thank you so much🌹🌹🎋💐💐





Alhamdulillah.🎋🎋🎋Terima kasih yang tidak terhingga buat para pelajar Kolej Vokasional yang sudi hadir menyantuni warga e...
17/08/2026

Alhamdulillah.🎋🎋🎋
Terima kasih yang tidak terhingga buat para pelajar Kolej Vokasional yang sudi hadir menyantuni warga emas di Kaseh Bonda. 🤍

Kehadiran kalian membawa keceriaan, kemesraan dan senyuman buat warga emas kami. Terima kasih juga atas ajtiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan, sumbangan barangan dan makananyg enak yang diberikan. Semoga segala kebaikan ini mendapat ganjaran dan dipermudahkan segala urusan. 🌷

Semoga program sebegini terus menjadi kenangan indah dan memberi manfaat kepada semua. Terima kasih, anak-anak pelajar Kolej Vokasional! 🫶🏻✨





**Setinggi-tinggi Penghargaan & Ucapan Terima Kasih🌹🌹🌹Pihak **Pusat Jagaan Warga Emas Kaseh Bonda** ingin merakamkan set...
11/07/2026

**Setinggi-tinggi Penghargaan & Ucapan Terima Kasih🌹🌹🌹

Pihak **Pusat Jagaan Warga Emas Kaseh Bonda** ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada **Wiki Labs Sdn. Bhd.** atas sumbangan yang telah diberikan kepada warga emas di pusat jagaan kami.

Keprihatinan dan kemurahan hati pihak Wiki Labs Sdn. Bhd. bukan sahaja membawa kegembiraan kepada para penghuni, malah turut menyuntik semangat kasih sayang, harapan dan kebahagiaan dalam kehidupan mereka.

Semoga segala amal kebajikan ini dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda, dipermudahkan segala urusan serta terus diberkati dengan kejayaan dan rezeki yang melimpah.

Terima kasih kerana bersama-sama menyantuni dan menceriakan kehidupan warga emas kami. Semoga jalinan ukhwah dan kerjasama ini akan terus berkekalan.

**Ikhlas daripada,**
**Pusat Jagaan Warga Emas Kaseh Bonda** ❤️





Rumah Kedua yang penuh kasih sayang untuk warga emas wanita. Hubungi Pusat Jagaan Warga Emas Kaseh Bonda  untuk Kemasuka...
18/06/2026

Rumah Kedua yang penuh kasih sayang untuk warga emas wanita. Hubungi Pusat Jagaan Warga Emas Kaseh Bonda untuk Kemasukan sekarang.
Tempat Terhad!

Kami menawarkan khidmat jagaan warga emas dan warga kurang upaya (OKU) secara

💐Bulanan
🌹mingguan dan
🌷Harian (7.00pg-7.00mlm)

Kepada yang memerlukan khidmat jagaan kami
Sila hubungi kami di talian dibawah untuk info lanjut:

Klik saja 👇

http://Www.Wasap.My/60193213634/jagaanwargaemas
@ Puan Ruzi

Terima kasih❤






**🌙 SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1448H 🌙**Dengan penuh rasa syukur, marilah kita menyambut tahun baharu Islam ini denga...
17/06/2026

**🌙 SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1448H 🌙**

Dengan penuh rasa syukur, marilah kita menyambut tahun baharu Islam ini dengan azam yang lebih baik, hati yang lebih ikhlas dan langkah yang lebih dekat kepada Allah SWT.

Semoga tahun Hijrah yang baharu membawa keberkatan, ketenangan, kesihatan yang baik serta rezeki yang melimpah buat kita semua.

**“Hijrah bukan sekadar berpindah tempat, tetapi perubahan menuju kebaikan dan kejayaan.”**

Salam Maal Hijrah 1448H
✨ *Awal Muharam, lembaran baharu penuh harapan* ✨

Daripada:
Pengurusan Pusat Jagaan Warga Emas Kaseh Bonda

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak VITS Malaysia atas sumbangan prod...
15/06/2026

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak VITS Malaysia atas sumbangan produk mi segera yang telah diberikan kepada pihak kami.

Sumbangan ini amat bermakna dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta menceriakan para penerima. Keprihatinan dan sifat pemurah yang ditunjukkan oleh pihak VITS Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) amat kami hargai.

Semoga VITS Malaysia terus maju jaya, dimurahkan rezeki, dan kekal menjadi jenama pilihan utama rakyat Malaysia.






Pihak pengurusan PJWE Kaseh Bonda ingin memanjatkan kesyukuran dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Gabungan AQR...
10/06/2026

Pihak pengurusan PJWE Kaseh Bonda ingin memanjatkan kesyukuran dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Gabungan AQRS Berhad atas sumbangan infak barangan keperluan untuk kegunaan Pusat Jagaan kami dan santuni warga emas kami 🌹🌹

​Sumbangan yang diberikan ini amat bermakna dan memberi impak yang sangat besar dalam memastikan keselesaan, kesihatan, dan kebajikan warga emas di pusat jagaan kami terus terpelihara. 🌿🌿🌿
Sokongan dan keprihatinan pihak tuan/puan sedikit sebanyak telah meringankan kos operasi harian kami.💕💕

​Semoga Allah SWT membalas segala jasa baik, kemurahan hati, dan sifat ihsan pihak tuan/puan dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda, dimurahkan rezeki, serta diberikan kesihatan yang berpanjangan.

Aamin2 ya Robbal alamin. ✨✨❤❤






Address

83, Jalan DM3/3, Taman Desa Mas
Rawang
48000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00
Saturday 08:30 - 12:00

Telephone

+601111117844

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Jagaan Warga Emas Kaseh Bonda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Jagaan Warga Emas Kaseh Bonda:

Shortcuts

Share