28/07/2025
✨ Sekalung Tahniah ✨
Diucapkan kepada YBhg Dato' Haji Abdul Wahab bin Hamid,
Pengerusi, Koperasi Dagang Emas Malaysia Berhad
Setiausaha Kehormat, Pertubuhan Emas Malaysia (MGA)
Setiausaha Kehormat, Persatuan Pajak Gadai Islam Malaysia
Atas pengurniaan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N) sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-84 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (TYT) pada 28 Julai 2025.
Penganugerahan ini merupakan satu penghormatan atas sumbangan besar beliau dalam memartabatkan gerakan Koperasi di Malaysia, khususnya dalam memperkasa ekonomi ahli melalui dagangan emas yang mampan dan beretika.
Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Koperasi untuk terus melangkah maju dalam semangat kerjasama dan kekuatan ekonomi bersama.
Ikhlas daripada:
Koperasi Dagang Emas Malaysia Berhad