13/09/2022
rupanya macam2 kuih boleh buat pakai tepung beras ni tapiβ¦.
Saya kongsikan kat sini untuk panduan bersama
π1) Tepung beras Cap satu gajah.
Sesuai untuk menggoreng.
(goreng pisang, keledek, cempedak atau adunan gorengan ikan, sotong, ketam)
Sesuai juga untuk buat kudapan ringan (rempeyek, kuih rose, kulit pai tee, tumpi kacang hijau atau dhall)
Kandungan :
tepung beras + tepung jagung
Ciri tepung:
- Sangat Rangup.
Brand Tepung beras cap teratai mempunyai kandungan dan ciri yg sama.
π2) Tepung Beras Cap 3 Gajah
Sesuai untuk buat kuih-kuih tradisional (kuih lapis, kuih koci, apam dan jenis kuih lain )
Ciri tepung:
Menghasilkan tekstur kuih yang lembut dan berkilat.
Tepung beras cap 2 gajah mempunyai kegunaan sama macam cap 3 gajah.
π3) Tepung beras Cap 5 gajah.
Sesuai untuk buat laksa, pelbagai jenis mee dan bihun.
Kandungan tepung beras lebih padat .
Ciri tepung : kental
Pastikan pilih Bilangan Gajah yang betul ye..
Jangan bertukar pulak gajah dengan kambing ππππππ
Kredit: Yana Kitchen