Public Gold adalah syarikat pelaburan emas fizikal pertama dan terbaik di Malaysia yang mempunyai 17 cawangan di Malaysia, Jakarta dan akan datang di Brunei Darussalam. Produk yang dikeluarkan dan dijual adalah jongkong emas dan perak, dinar, dirham dan Akaun Emas GAP.
*Public Gold tiada kena mengena dengan Public Bank.
2) Adakah Public Gold Multi Level Marketing (MLM)? Ianya perniagaan emas.
Konsepnya beli emas dapat emas sama seperti Kedai Emas. Cuma bezanya ada 4 iaitu:
1. Harga emas Public Gold jauh lebih rendah.
2. Design dan ketulenan di iktiraf dunia.
3. Spread margin (susut nilai) semasa hendak menjual semula adalah rendah. Cuma tolak 6-9% dari harga semasa.
4. Anda boleh membeli emas 24 jam sehari, dan boleh membeli serendah 1 gram emas.
3) Adakah di Public Gold mempunyai panel Syariah? Konsep Public Gold adalah membeli emas dapat emas. Apabila konsepnya begitu maka sudah menepati syarak. Sama juga seperti kedai emas ditepi jalan, konsepnya serupa, beli emas dan dapat emas. Akan tetapi Public Gold mengambil langkah proaktif dengan melantik Amanie Advisor yang dinaungi oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar sebagai panel syariah Public Gold. Kesemua transaksi di Public Gold sudah mendapat sijil patuh syariah.
4) Berapa harga emas terkini? Harga emas Public Gold adalah mengikut harga emas dunia dan berubah setiap 20 minit selama 24 jam sehari. Harga emas GAP p**a dikemaskini pada setiap jam 12:00 tengah malam. Semak harga di laman web https://www.publicgold.com.my/index.php
5) Apakah jaminan sekiranya emas hilang? Emas adalah seperti wang duit. Jika kita menyimpan wang dengan baik, duit kita tidak hilang. Sebaliknya jika kita cuai, maka duit itu akan hilang. Sama juga seperti emas.
6) Dimana mahu jual emas Public Gold? Secara asas emas Public Gold yang disahkan tulen dan bersijil boleh dijual dimana sahaja hinggalah luar negara. Namun, untuk mendapatkan keuntungan yang lebih, emas hendaklah dijual di Public Gold sendiri. Jika jual di kedai emas, spread tinggi akan dikenakan sekurang-kurangnya 25% – 30% dari harga semasa.
7) Bagaimana cara sahkan ketulenan emas Public Gold? Ketulenan emas Public Gold disahkan oleh Assayer melalui certificate atau sijil yang disertakan bersama setiap produk emas. Tambahan p**a emas Public Gold di iktiraf oleh London Bulloon Market Association (LBMA), maka ketulenan emas tidak perlu diragui lagi.
8) Dimana mahu menyimpan emas yang dibeli? Emas yang dibeli dalam kuantiti yang kecil boleh disimpan dimana-mana kerana emas adalah kecil dan mudah disorok. Public Gold juga menyediakan peti simpanan emas iaitu Public Safe untuk menyimpan emas. Anda juga boleh sewa mana-mana safe deposit box di bank.
9) Bagaimana jika syarikat Public Gold ditutup pada masa akan datang? Di Public Gold, beli emas dan emas tersebut akan diserahkan dan berada di tangan anda. Sekiranya Public Gold ditutup, anda tiada masalah kerana anda boleh menjual emas Public Gold dimana sahaja kerana emas laku diseluruh dunia.
10) Bolehkah mendapat untung setiap bulan dengan membeli emas? Tidak boleh. Konsep pelaburan emas sebenar tidak menawarkan sebarang p**angan bulanan tetap (ia adalah riba). Cara nak untung melalui emas ialah dengan membeli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi. Kalau nak untung pada harga rendah atau tinggi ialah dengan menjadi Dealer PG
11) Apakah boleh pajak gadai emas Public Gold di Arrahnu? Ya boleh. Emas Public Gold boleh dicairkan di Arrahnu jika disaat kesempitan wang @ memusing modal perniagaan. Ar Rahnu POS adalah yang terbaik setakat hari ini kerana mereka tidak buka “sarung” emas jika pajak emas Public Gold.
12) Bagaimana dengan zakat? Zakat emas sebanyak 2.5% dikeluarkan apabila sudah cukup 2 syarat ini iaitu:
- Cukup haul (setahun)
- Berat emas sebanyak 85gram dan ke atas.
13) Bila masa sesuai untuk mula beli? Beli sekarang, kerana harga emas setiap hari berubah. Elakkan menunggu harga emas terendah. Kerana selagi anda tidak buat belian pertama, selagi itulah anda tidak ada benchmark harga untuk membezakan yang mana harga rendah dan yang mana harga tinggi. Faizul Adhzim