30/08/2026
๐ฒ๐พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐ฒ๐พ
31 Ogos 2026
โMalaysia MADANI, Rakyat Disantuniโ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Barisan Pentadbir SK Seksyen 24, Shah Alam ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh warga sekolah, para ibu bapa serta komuniti setempat.
Sambutan Hari Kebangsaan merupakan medan terbaik untuk kita menyemarakkan semangat patriotisme, mengenang jasa serta pengorbanan para pejuang tanah air, di samping memupuk rasa cinta akan negara dalam kalangan generasi muda.
Semoga semangat kemerdekaan terus mekar dalam jiwa setiap warga Malaysia, seterusnya memperkukuh perpaduan, menyemai nilai hormat-menghormati dan membina masyarakat yang harmoni, sejahtera serta berdaya maju.
Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh rasa syukur, bangga dan tanggungjawab demi memastikan negara tercinta terus aman, makmur dan gemilang.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69.
Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni.
Ikhlas daripada:
Barisan Pentadbir
SK Seksyen 24, Shah Alam