Kolej Komuniti Tambunan

Call Directions Website

Kolej Komuniti Tambunan Kolej Komuniti Tambunan merupakan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Kolej Komuniti Tambunan
(1)

πŸ“šβœ¨ KKTBS MENYANTUNI LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK APIN-APIN, KENINGAUKolej Komuniti Tambunan (KKTBS) telah menyantuni kunju...
16/10/2026

πŸ“šβœ¨ KKTBS MENYANTUNI LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK APIN-APIN, KENINGAU

Kolej Komuniti Tambunan (KKTBS) telah menyantuni kunjungan seramai 26 orang pelajar Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bersama-sama dua orang guru pengiring dari SMK Apin-Apin, Keningau pada 15 Oktober 2026 (Khamis) bersempena dengan Program Lawatan Sambil Belajar.

Lawatan ini turut diiringi oleh dua orang guru pengiring, iaitu:

πŸ‘¨β€πŸ« Encik Wilfred Jasini
πŸ‘©β€πŸ« Puan Masnah binti Hussein

Lawatan ini merangkumi sesi taklimat pengenalan institusi serta pendedahan kepada tiga bidang pengajian yang ditawarkan di KKTBS, iaitu Sijil Pengembaraan Pelancongan, Sijil Agroteknologi dan Sijil Teknologi Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), sekali gus memperkenalkan laluan pendidikan berasaskan kemahiran sebagai salah satu pilihan dalam membina masa depan dan kerjaya.

Pihak Pengurusan Kolej Komuniti Tambunan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SMK Apin-Apin, Keningau atas kesudian mengadakan lawatan ini. Penghargaan turut ditujukan kepada semua unit yang terlibat serta Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) atas kerjasama, komitmen dan usaha dalam menjayakan program ini.

Semoga kunjungan ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi serta meningkatkan kesedaran dan minat para pelajar terhadap peluang pendidikan dan latihan kemahiran yang ditawarkan di Kolej Komuniti Tambunan.

Terima kasih atas kunjungan dan semoga berjumpa lagi! πŸ€πŸ’™










πŸ“‹ BENGKEL VERIFIKASI DOKUMEN DAN FASILITI BAGI PERSEDIAAN AKREDITASI PENUH CONVERSION TO TVET SECTOR PROGRAM SIJIL TEKNO...
15/10/2026

πŸ“‹ BENGKEL VERIFIKASI DOKUMEN DAN FASILITI BAGI PERSEDIAAN AKREDITASI PENUH CONVERSION TO TVET SECTOR PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI PENYELENGGARAAN KENDERAAN PACUAN EMPAT RODA

πŸ“… 15 Oktober 2026 (Khamis)
πŸ“ Kolej Komuniti Tambunan

Kolej Komuniti Tambunan melalui Unit Teknologi Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda telah melaksanakan Bengkel Verifikasi Dokumen dan Fasiliti bagi Persediaan Akreditasi Penuh Conversion to TVET Sector Program Sijil Teknologi Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda pada 15 Oktober 2026.

Bengkel ini merupakan salah satu usaha penting dalam memastikan kesiapsiagaan program dari aspek dokumentasi, kemudahan, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta pematuhan terhadap keperluan akreditasi yang ditetapkan.

Bengkel ini melibatkan dua orang panel penilai dari Politeknik Kota Kinabalu, iaitu:

πŸ‘¨β€πŸ« Ts. Rozie bin Ahmat
Pensyarah, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Kota Kinabalu

πŸ‘¨β€πŸ« Ts. Joenel Jekil Lipong
Pensyarah, Jabatan Kejuruteraan Elektrikal
Politeknik Kota Kinabalu

Sepanjang bengkel berlangsung, pelbagai sesi telah dilaksanakan, antaranya taklimat pembukaan, lawatan verifikasi fasiliti, semakan dokumen program, perjumpaan bersama mentor industri dan tenaga pengajar serta sesi penyelarasan bersama panel penilai.

Pelaksanaan bengkel ini turut melibatkan kerjasama pihak pengurusan kolej, barisan pensyarah, pegawai serta unit-unit berkaitan dalam memastikan proses verifikasi berjalan dengan teratur dan lancar.

Pihak Pengurusan Kolej Komuniti Tambunan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kedua-dua panel penilai, sekretariat MBOT, mentor industri serta seluruh warga kolej yang terlibat atas komitmen, kerjasama dan perkongsian kepakaran sepanjang pelaksanaan bengkel ini.

Semoga pelaksanaan bengkel ini dapat memperkukuh kesiapsiagaan program ke arah mencapai akreditasi penuh, sekali gus meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan TVET serta melahirkan graduan yang kompeten, berkemahiran dan berdaya saing.

Bersama Memperkasa Kualiti Pendidikan TVET! πŸŽ“βœ¨











SESI LAPOR DIRI PEMANGKUAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) KOLEJ KOMUNITI TAMBUNANTahniah dan syabas diucapka...
14/10/2026

SESI LAPOR DIRI PEMANGKUAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) KOLEJ KOMUNITI TAMBUNAN

Tahniah dan syabas diucapkan kepada tiga pensyarah Kolej Komuniti Tambunan atas kejayaan dalam urusan pemangkuan kenaikan pangkat Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) ke Gred DH10 dan DH12.

Sesi lapor diri ini melibatkan:
πŸ”Ή Ts. Jean Ivy binti Denis
Pensyarah Kanan DH12 (M)

πŸ”Ή Puan Claudia Petin
Pegawai Perhubungan Industri dan Alumni DH10 (M)

πŸ”Ή Puan Anabil binti Ubil
Pegawai Peperiksaan DH10 (M)

Pihak pengurusan dan seluruh warga Kolej Komuniti Tambunan merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian ini. Semoga pemangkuan ini menyuntik semangat untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti dan berdedikasi dalam memperkasakan pendidikan TVET serta pembangunan pelajar.
Selamat menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Semoga terus maju jaya! πŸ’







πŸ†πŸŽ‰ TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN DI KONVOFEST 2026!Tahniah kepada pelajar Semester 2, Sijil Agroteknologi, Kolej ...
29/09/2026

πŸ†πŸŽ‰ TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN DI KONVOFEST 2026!

Tahniah kepada pelajar Semester 2, Sijil Agroteknologi, Kolej Komuniti Tambunan daripada Inkubator Tambunan Taste atas kejayaan cemerlang dalam KONVOFEST 2026!

πŸ₯‡ Johan – Pertandingan Pitch Hero
πŸ₯ˆ Naib Johan – Pertandingan Best Sustainable Packaging

Kejayaan membanggakan ini diraih oleh:
✨ Sdr. Iskandar Zulkarnain bin Maruji
✨ Sdr. Muhammad Nurshaied bin Sahali
✨ Sdri. Mirza Ramadhani binti Sulaiman

di bawah bimbingan Puan Nurul Fithrah binti Hussain selaku Pensyarah Pembimbing.

Pencapaian ini membuktikan bahawa idea kreatif, keberanian, kerja berpasukan dan semangat keusahawanan mampu diterjemahkan kepada kejayaan yang membanggakan. πŸ’ͺ✨

Pihak Pengurusan Kolej Komuniti Tambunan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada para pelajar serta pensyarah pembimbing atas komitmen, usaha, bimbingan dan kesungguhan yang telah diberikan sepanjang persiapan dan penyertaan dalam pertandingan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk terus mencipta, berinovasi dan menginspirasi, sekali gus mengharumkan nama Kolej Komuniti Tambunan dalam bidang keusahawanan dan inovasi. πŸŒ±πŸ’‘

Tahniah, Tambunan Taste! Teruskan kecemerlangan! β€οΈπŸ‘












πŸŽ“βœ¨ SEKITAR MAJLIS KONVOKESYEN POLYCC ZON SABAH 2026 | SIDANG 4Sekitar detik penuh bermakna Majlis Konvokesyen Politeknik...
28/09/2026

πŸŽ“βœ¨ SEKITAR MAJLIS KONVOKESYEN POLYCC ZON SABAH 2026 | SIDANG 4

Sekitar detik penuh bermakna Majlis Konvokesyen Politeknik & Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026, Sidang 4, yang menyaksikan 100 graduan Kolej Komuniti Tambunan (KKTBS) diraikan atas kejayaan menamatkan pengajian. πŸŽ“πŸ‘

Lebih membanggakan, dua graduan Sijil Pengembaraan Pelancongan telah menerima Anugerah Pengarah:

πŸ… Sdri. Debby Roger
Sesi II 2024/2025

πŸ… Sdr. Mohammad Nidzarwan Danial
Sesi I 2025/2026

KKTBS merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua 100 graduan atas kejayaan yang dicapai. Semoga ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus melangkah maju serta mencipta kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan. ✨

Tahniah Graduan KKTBS! πŸŽ“πŸŒŸ
Terus melangkah, terus mencipta kejayaan!





πŸŽ“ LIVE STREAM | MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI (POLYCC) ZON SABAH 2026 – SIDANG 4πŸ“… 24 September 2026 (KH...
24/09/2026

πŸŽ“ LIVE STREAM | MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI (POLYCC) ZON SABAH 2026 – SIDANG 4

πŸ“… 24 September 2026 (KHAMIS)
πŸ•— 8.00 pagi
πŸŽ“ SIDANG 4 | GRADUAN KOLEJ KOMUNITI ZON SABAH

Hari yang dinanti kini tiba! ✨

Ayuh bersama-sama menyaksikan dan meraikan detik penuh bermakna buat graduan Kolej Komuniti Zon Sabah dalam Sidang 4 Majlis Konvokesyen POLYCC Zon Sabah 2026.

Hari ini menjadi simbol kejayaan atas segala usaha, komitmen dan ketekunan sepanjang perjalanan pengajian. Tahniah kepada seluruh graduan Kolej Komuniti Zon Sabah, khususnya graduan Kolej Komuniti Tambunan! πŸŽ“πŸ‘

Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada langkah yang lebih gemilang dalam melanjutkan pengajian, membina kerjaya serta menyumbang kepada masyarakat dan industri.

πŸ“Ί Saksikan siaran langsung menerusi pautan berikut:

Sidang 1: https://www.youtube.com/live/b3wSTOw7U6Q?si=-6KzKIoqg_EGKlha

Sidang 2: https://www.youtube.com/live/50XPQp2X5tM?si=EiFIatV-EuUGsV7c

✨ Selamat berkonvokesyen! Hari ini, pentas kejayaan adalah milik anda. πŸŽ“πŸŒŸ





SIDANG 424 SEPTEMBER 2026DEWAN RAFFLESIA,POLITEKNIK KOTA KINABALU

Sesi Menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent – LOI)Kolej Komuniti Tambunan bersama rakan kolaborasi, Shangri-La Ra...
21/09/2026

Sesi Menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent – LOI)

Kolej Komuniti Tambunan bersama rakan kolaborasi, Shangri-La Rasa Ria, Kota Kinabalu, telah melaksanakan sesi menandatangani Surat Hasrat (LOI) sebagai langkah memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pendidikan dan pihak industri.

Shangri-La Rasa Ria diwakili oleh Dr. DJ Dave Mohd Ambran Hj Bidul , Pengurus Pembelajaran & Pembangunan, Jabatan Sumber Manusia.

Kerjasama ini menjadi platform untuk memperluas peluang kolaborasi dalam bidang pendidikan, latihan, pembangunan bakat serta pendedahan industri kepada pelajar, selaras dengan usaha memperkukuh hubungan strategik antara Kolej Komuniti Tambunan dan industri pelancongan.

Terima kasih kepada pihak Shangri-La Rasa Ria Resort, Kota Kinabalu atas kesudian menjalin kerjasama bersama Kolej Komuniti Tambunan. Semoga kolaborasi ini terus berkembang dan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.









20/09/2026

Address

KOLEJ KOMUNITI TAMBUNAN
Tambunan
89650

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6087774487

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Tambunan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share