Polis Daerah Tanah Merah

Polis Daerah Tanah Merah Polis dan Masyarakat, Berpisah Tiada Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah mempunyai 9 buah Balai dan 2 buah Pondok Polis di bawah pentadbirannya iaitu :
1.

Balai Polis Tanah Merah
2. Balai Polis Bukit Panau
3. Balai Polis Gual Ipoh
4. Balai Polis Batang Merbau
5. Balai Polis Batu Gajah
6. Balai Polis Kuala Tiga
7. Balai Polis Nibong
8. Balai Polis Lalang Pepuyu
9. Balai Polis Bukit Bunga
10. Pondok Polis Alor Pasir
11. Pondok Polis Kusial

𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 π†πŽπ“πŽππ† π‘πŽπ˜πŽππ† 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ†π€π†πˆπ‡π€π πƒπ€π†πˆππ† πŠπŽπ‘ππ€π π’π„πŒππ„ππ€ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πˆππ€πƒπ€π‡ πŠπŽπ‘ππ€π ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 πŒπ„π‘π€π‡ ππ€π†πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”
30/05/2026

𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 π†πŽπ“πŽππ† π‘πŽπ˜πŽππ† 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ†π€π†πˆπ‡π€π πƒπ€π†πˆππ† πŠπŽπ‘ππ€π π’π„πŒππ„ππ€ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πˆππ€πƒπ€π‡ πŠπŽπ‘ππ€π ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 πŒπ„π‘π€π‡ ππ€π†πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πˆππ€πƒπ€π‡ πŠπŽπ‘ππ€π ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 πŒπ„π‘π€π‡ ππ€π†πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”Tanah Merah, 30 Mei 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)...
30/05/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πˆππ€πƒπ€π‡ πŠπŽπ‘ππ€π ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 πŒπ„π‘π€π‡ ππ€π†πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

Tanah Merah, 30 Mei 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah telah menganjurkan Program Ibadah Korban Peringkat IPD Tanah Merah Tahun 2026 di Perkarangan IPD Tanah Merah.

Program tahunan yang bertujuan mengimarahkan sambutan Aidiladha terdiri daripada pegawai kanan polis, anggota, pegawai awam serta ahli-ahli PERKEP IPD Tanah Merah.

Turut hadir memeriahkan program ialah YDH Supt Mohd Haki Bin Hasbullah, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, bersama YBhg. Puan Tuan Nor Aini binti Hasan, Pengerusi PERKEP IPD Tanah Merah. Hadir sama YDH DSP Zamri bin Mustaffa, Timbalan Ketua Polis Daerah Tanah Merah, bersama Puan Nor Ardillah binti Osman, Naib Pengerusi PERKEP Tanah Merah, selain ketua-ketua bahagian, pegawai-pegawai kanan, ketua-ketua cawangan, ketua polis balai, ahli jawatankuasa dan ahli PERKEP serta warga IPD Tanah Merah.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa sebelum diteruskan dengan ucapan rasmi oleh Ketua Polis Daerah Tanah Merah. Acara kemudiannya diteruskan dengan simbolik permulaan penyembelihan haiwan korban sebelum proses penyembelihan, melapah, memotong, menimbang dan membungkus daging korban dilaksanakan secara gotong-royong oleh peserta yang terlibat.

Program ini bertujuan melaksanakan ibadah korban sebagai tanda ketaatan kepada Allah SWT di samping menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk memupuk semangat kerjasama, perpaduan dan ukhuwah dalam kalangan warga IPD Tanah Merah.

Di samping menyemai nilai keikhlasan, kesyukuran dan sikap saling membantu, program ini juga memberi manfaat kepada golongan asnaf, peserta korban dan penerima yang layak melalui agihan daging korban yang dilaksanakan selepas selesai proses penyediaan daging.

Penganjuran Program Ibadah Korban Peringkat IPD Tanah Merah Tahun 2026 ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta meningkatkan penglibatan warga IPD dalam aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan secara berterusan


γ‚šviralγ‚·

29/05/2026
πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 πŒπ„π‘π€π‡ π‡π€πƒπˆπ‘ πˆπŒπ€π‘π€π‡πŠπ€π 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 π’π„πŒππ„ππ€ π’πŽπ‹π€π“ 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πˆππƒ 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 πŒπ„π‘π€π‡YDH Supt...
27/05/2026

πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 πŒπ„π‘π€π‡ π‡π€πƒπˆπ‘ πˆπŒπ€π‘π€π‡πŠπ€π 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 π’π„πŒππ„ππ€ π’πŽπ‹π€π“ 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 πˆππƒ 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 πŒπ„π‘π€π‡

YDH Supt. Mohd Haki Hasbullah bersama isteri, Puan Tuan Nor Aini telah hadir mengimarahkan Surau Saidina Hamzah IPD Tanah Merah sempena Solat Sunat Hari Raya Aidiladha bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah.

Majlis yang berlangsung dengan kehadiran pegawai kanan polis, anggota, pegawai awam serta ahli keluarga yang bersama-sama menunaikan Solat Sunat Aidiladha.

Selain mengimarahkan surau, program tersebut juga menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim antara pegawai, anggota dan keluarga. Selesai solat sunat, warga IPD Tanah Merah turut bersama-sama menikmati jamuan makan pagi yang diadakan di pekarangan surau.



Address

IBU PEJABAT POLIS DAERAH TANAH MERAH
Tanah Merah
17500

Telephone

+6099556222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Tanah Merah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share