Pusat Gerontologi Fakulti Perubatan Unisza

Pusat Gerontologi Fakulti Perubatan Unisza MEMPERKASA PENUAAN SEJAHTERA DI KOMUNITI

KURSUS KECEKAPAN PROFESIONAL GERONTOLOGI MELABUHKAN TIRAI DENGAN JAYANYAKuala Terengganu, 8 April 2026 — Kursus Kecekapa...
09/04/2026

KURSUS KECEKAPAN PROFESIONAL GERONTOLOGI MELABUHKAN TIRAI DENGAN JAYANYA

Kuala Terengganu, 8 April 2026 — Kursus Kecekapan Profesional dalam Gerontologi anjuran Bahagian Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia dengan kerjasama Pusat Gerontologi (GRACE), Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berlangsung dari 6 hingga 8 April 2026 bertempat di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu.

Program yang bertemakan “Memperkasa Kesihatan Warga Emas melalui Penjagaan Bersepadu (ICOPE)” ini menghimpunkan pegawai dan kakitangan Bahagian Warga Emas dalam usaha memperkukuh pengetahuan serta kemahiran dalam pengurusan kesihatan warga emas secara holistik dan bersepadu.

Sepanjang tiga hari penganjuran, pelbagai pengisian telah dilaksanakan termasuk perbincangan kes, perkongsian pengalaman lapangan serta pendekatan intervensi yang praktikal dan relevan dengan keperluan semasa.

Pada hari ketiga, sesi dimulakan dengan topik Inkontinens urin dan Sokongan sosial serta sokongan penjaga yang telah disampaikan oleh Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Zaleha binti Jusoh. Sesi ini memberi penekanan kepada aspek penjagaan menyeluruh warga emas termasuk peranan keluarga dan komuniti. Program turut menampilkan pembentangan kajian kes (case study) oleh peserta, yang memberi peluang untuk mengaplikasikan pengetahuan serta berkongsi cadangan intervensi secara lebih mendalam dan praktikal.

Suasana yang interaktif dan penuh keterbukaan jelas memperlihatkan komitmen semua pihak dalam memperkasa penjagaan warga emas, di samping mengukuhkan kerjasama antara agensi.

Kursus ini telah melabuhkan tirainya melalui Majlis Penutup yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Pn. Rosmahwati binti Ishak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Turut bersama dalam menyempurnakan majlis penutup ialah Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pembangunan), Fakulti Perubatan UniSZA, Prof. Madya Dr. Nor Farid bin Mohd Noor dan Pengerusi Pusat Gerontologi (GRACE), Fakulti Perubatan UniSZA, Prof. Madya Dr. Aniza binti Ab Aziz.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam perkhidmatan harian, demi memastikan warga emas terus disantuni dengan penuh hormat, kasih sayang dan penjagaan yang berkualiti.

Hari kedua Kursus bersama JKM. Pembentangan Komponen ICOPE 1 Lokomotor oleh Pn Siti Nooraita binti Azhari, Pegawai Fisio...
08/04/2026

Hari kedua Kursus bersama JKM.

Pembentangan Komponen ICOPE 1 Lokomotor oleh Pn Siti Nooraita binti Azhari, Pegawai Fisioterapi KKM.

Pembentangan oleh Dr Nur Baiti binti Yusof, Pakar Perubatan Keluarga PKD Kemaman berkenaan Komponen ICOPE Vitality, Vision and Hearing manakala Dr Muna Hamiza, Pakar Perubatan Psikiatri Unisza berkenaan Kognitif dan Psikologi.

Sesi demonstrasi dan praktikal pemeriksaan ICOPE dikendalikan oleh Dr Mohd Ihsanuddin bin Abas.

Para peserta telah menunjukkan minat dan kesungguhan dalam mendalami ilmu dan kemahiran baru bagi pengamalan di tempat masing-masing nanti.




ISNIN, 6 APRIL 2026: Hari pertama Kursus Kecekapan Professional Dalam Gerontologi Bagi Pegawai dan Kakitangan Bahagian W...
07/04/2026

ISNIN, 6 APRIL 2026: Hari pertama Kursus Kecekapan Professional Dalam Gerontologi Bagi Pegawai dan Kakitangan Bahagian Warga Emas Melalui Saringan Penjagaan Bersepadu (ICOPE) anjuran bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Gerontologi GRACE Fakulti Perubatan UniSZA bertempat di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu.

Peserta-peserta terdiri daripada pegawai-pegawai JKM dari seluruh negara.

Pembentangan pertama oleh Prof Madya Dr Aniza Abd Aziz, Pengerusi Pusat Gerontologi GRACE bertajuk Penuaan Sihat dan Amalan Terbaik Dalam Penjagaan Kesihatan Warga Emas.

Tajuk kedua p**a Sistem Kesihatan Malaysia & Program Kesihatan Warga Emas oleh Dr Zaleha binti Jusoh, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Batu Rakit.

Program ini akan berlangsung selama tiga hari memperkenalkan pemeriksaan ICOPE dan Integrasi dalam pengurusan sosial warga emas di komuniti.




Assalamualaikum and Good day everyone!*TranSMeC 2026**1st ANNOUNCEMENT*🛎️ The 2nd Translational & Holistic Medicine Conf...
23/02/2026

Assalamualaikum and Good day everyone!

*TranSMeC 2026*
*1st ANNOUNCEMENT*

🛎️ The 2nd Translational & Holistic Medicine Conference (TranSMeC 2026) is coming your way!

Organised by *Faculty of Medicine, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)* in collaboration with UIMC 2026 (UniSZA International Multidisciplinary Conference) and GRACE Gerontology Centre.

🌿 Theme:
*GERONTOLOGY & AGEING*
_“Ageing Horizons: Blending Science with Society”_

📌 *27 October 2026 – Pre-Conference Workshop*
📌 *28–29 October 2026 – Main Conference*

📍 *Venue: Raia Hotel & Convention Centre, Terengganu*

✨ Programme Highlights:
• Esteemed local & international speakers
• Multidisciplinary symposium sessions
• Oral and poster presentations & awards

🎯 Target Audience:
• Public Health & Primary Care Professionals
• Gerontologists & Social Science Professionals
• Geriatricians, Internal Medicine Physicians & Psychiatrists
• Nursing & Allied Health Professionals
• Health Care Administrators & Policymakers
• Aging Care Stakeholders & Advocates
• Researchers & Academicians
• Postgraduate Students
• Caregivers

Save the dates and stay tuned for further updates, including registration and abstract submission details!








Alhamdulillah, pada Rabu, 19 November, pasukan GRACE UniSZA berkesempatan memenuhi jemputan pasukan DocCare di bawah Kli...
24/11/2025

Alhamdulillah, pada Rabu, 19 November, pasukan GRACE UniSZA berkesempatan memenuhi jemputan pasukan DocCare di bawah Klinik Syafii untuk menyantuni empat warga emas asnaf di sekitar Cendering.
Program lawatan rumah ke rumah ini turut disertai oleh empat pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains Perubatan dan Kesihatan (BMHS), Fakulti Perubatan UniSZA sebagai pendedahan awal kepada perkhidmatan kesihatan komuniti dan penjagaan warga emas.

Kerjasama ini turut melibatkan Klinik Syafii, JPKK, dan AJK Masjid yang bersama-sama memastikan sesi lawatan berjalan lancar serta memberi manfaat kepada penerima.

GRACE juga merancang untuk melaksanakan lawatan berkala ke rumah warga emas pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuhkan kesejahteraan komuniti.

PROGRAM KPT MADANI MOBILE HEALTH SCREENING - CERIA & SIHAT DI USIA EMAS DI MASJID KG TEBAUK, BUKIT TUNGGALKhamis, 13 Nov...
24/11/2025

PROGRAM KPT MADANI MOBILE HEALTH SCREENING - CERIA & SIHAT DI USIA EMAS DI MASJID KG TEBAUK, BUKIT TUNGGAL

Khamis, 13 November 2025 - Telah berlangsung Program Kesihatan warga emas anjuran bersama pelajar tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan, Hospital Sultan Zainal Abidin, Pusat Gerontologi Fakulti Perubatan Unisza dan Kelab Warga Emas KK Bukit Tunggal di Masjid Kg Tebauk, Bukit Tunggal.

Program ini melibatkan hampir 70 orang Warga emas yang menjalani pemeriksaan bersepadu I-COPE yang melibatkan pemeriksaan fizikal asas, penglihatan, pergerakan, memori dan kognitif serta nutrisi. Di akhir pemeriksaan para peserta akan berjumpa doktor-doktor bagi membincangkan isu kesihatan masing-masing. Turut terlibat dalam konsultasi adalah Dr Nor Hamizah binti Abdul Rahim, Pakar Perubatan Dalaman dan Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan UniSZA berserta dua orang pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Bukit Tunggal.

Di antara pengisian program adalah ceramah Masjid Mesra Warga Emas oleh Dr Mohd Ihsanuddin bin Abas, Timbalan Pengerusi Pusat Gerontologi GRACE, ceramah Hidup Bermakna Akhirat Bahagia oleh Ustaz Lokman dari JHEAT dan ceramah Pengambilan Ubat Secara Selamat oleh wakil Farmasi JKNT.

Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Prof Madya Dr Nik Ahmad Shaiffudin bin Nik Him, Timbalan Pengarah HoSZA. Turut serta adalah Prof Madya Dr Aniza Abd Aziz, Pengerusi Pusat Gerontologi GRACE dan Tuan Haji Mustapha Pengerusi Kelab Warga Emas KK Bukit Tunggal.

Tahniah kepada jawatankuasa penganjur yang diketuai oleh Puan Suriawati binti Ghazali, Pensyarah ISM Kejururawatan dan semua pelajar Kejururawatan tahun 3 yang telah menganjurkan program dengan lancar dan sempurna.




Bandar Permaisuri, 25 September 2025 – Program Kesihatan Satelit Komuniti Warga Emas (PKSK-WE) anjuran bersama Pusat Ger...
29/10/2025

Bandar Permaisuri, 25 September 2025 – Program Kesihatan Satelit Komuniti Warga Emas (PKSK-WE) anjuran bersama Pusat Gerontologi GRACE, Fakulti Perubatan UniSZA, Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) dan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Terengganu (5PMCT) telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Putera Jaya, Bandar Permaisuri, Setiu.
Seramai 80 peserta warga emas menyertai pemeriksaan kesihatan komprehensif I-COPE merangkumi aspek fizikal, nutrisi, mobiliti, mental, kognitif, penglihatan dan pendengaran. Peserta yang memerlukan rawatan lanjut telah dirujuk ke hospital berdekatan, termasuk ke HoSZA.
Program turut diserikan dengan ceramah kesihatan warga emas oleh Prof Madya Dr Aniza binti Ab Aziz, Pengerusi Pusat Gerontologi GRACE, Fakulti Perubatan UniSZA berkenaan kepentingan pemeriksaan dan penjagaan kesihatan bagi warga emas.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan HoSZA serta Fakulti Perubatan UniSZA yang menjayakan program ini.
Semoga usaha ini memberi manfaat besar kepada warga emas, seiring dengan aspirasi Penuaan Sejahtera di Komuniti.

14 Ogos 2025: Putrajaya. Pusat Gerontologi GRACE Fakulti Perubatan UniSZA telah mengadakan lawatan ke Bahagian Pembangun...
16/08/2025

14 Ogos 2025: Putrajaya. Pusat Gerontologi GRACE Fakulti Perubatan UniSZA telah mengadakan lawatan ke Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga BPKK, Kementerian Kesihatan Malaysia KKM dalam siri perjumpaan bagi memperkenalkan GRACE dan membincangkan perancangan dan kolaborasi program kesihatan dan penyelidikan warga emas di komuniti.

Pusat Gerontologi GRACE telah pun memulakan siri pemeriksaan kesihatan warga emas di komuniti menerusi Program Kesihatan Satelit Warga Emas PKSK-WE sejak tahun 2023 dengan menggunakan modul I-COPE WHO yang komprehensif meliputi pemeriksaan fizikal asas, mental & kognitif, nutrisi, kekuatan & mobiliti, dan penglihatan & pendengaran. PKSK-WE adalah program KPT Madani menerusi kerjasama dengan Hospital Sultan Zainal Abidin HoSZA dan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Terengganu 5PMCT.

Hasil dari saringan ini beberapa rujukan telah dibuat kepada klinik kesihatan KKM dan bagi rawatan lanjut. Ini membuktikan keperluan saringan awal warga emas di komuniti. KKM p**a sedang menjalankan projek pilot pemeriksaan I-COPE di negeri Kedah yang akan diperluaskan ke seluruh negara mulai awal tahun 2026.

Pertemuan kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan GRACE dengan BPKK KKM khususnya Sektor Warga Emas Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bagi perancangan latihan, penyelidikan dan saringan I-COPE di Klinik-Klinik Desa di seluruh Terengganu mulai hujung tahun 2025.

Semoga segala perancangan bagi memperkasakan kesihatan warga emas di komuniti dilancarkan bagi memberi manfaat kepada komuniti seluruhnya.

"MEMPERKASA PENUAAN SEJAHTERA DI KOMUNITI"


24 Julai 2025 - Dungun: Program Kesihatan Satelit Komuniti Warga Emas (PKSK-WE) anjuran bersama Pusat Gerontologi GRACE,...
24/07/2025

24 Julai 2025 - Dungun: Program Kesihatan Satelit Komuniti Warga Emas (PKSK-WE) anjuran bersama Pusat Gerontologi GRACE, Fakulti Perubatan, Hospital Sultan Zainal Abidin HoSZA dan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Terengganu 5PMCT telah berlangsung dengan jayanya di Dewan PPD Dungun, Terengganu.

Seramai 92 orang peserta warga emas telah menjalani pemeriksaan kesihatan warga emas komprehensif I-COPE yang melibatkan pemeriksaan fizikal, nutrisi, mobiliti, mental, kognitif, penglihatan dan pendengaran. Peserta yang perlu perhatian doktor pakar juga telah dibuat rujukan ke hospital berdekatan dan ada yang dirujuk ke HoSZA.

Ceramah kesihatan warga emas juga telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Aniza binti Ab Aziz, Pengerusi Pusat Gerontologi GRACE, Fakulti Perubatan UniSZA.

Program kali ini telah mendapat kerjasama Persatuan 5PMCT cawangan Dungun yang diketuai oleh Cikgu Haji Fadzilah yang menyediakan tempat dewan yang selesa dengan peralatan yang lengkap.

Turut hadir adalah Dr Najayati binti Omar, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, KPP Bahagian Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Dr Zaleha binti Jusoh, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Batu Rakit yang turut membawa pasukan kesihatan KKM yang telah memberikan 20 suntikan vaksin influenza kepada peserta.

Terima kasih yang tidak terhingga buat Pengarah HoSZA dan kakitangan HoSZA dan Fakulti Perubatan yang terlibat dalam program kali ini.

Semoga program kali ini memberikan manfaat besar buat warga emas bagi memastikan PENUAAN SEJAHTERA DI KOMUNITI dapat direalisasikan.


GRACE UniSZA @ MED-i-CARE OPEN DAY 2025Alhamdulillah, GRACE UniSZA berpeluang menyertai Program Med-i-Care Open Day 2025...
22/05/2025

GRACE UniSZA @ MED-i-CARE OPEN DAY 2025

Alhamdulillah, GRACE UniSZA berpeluang menyertai Program Med-i-Care Open Day 2025 anjuran Fakulti Perubatan, UniSZA pada 22 Mei 2025 (Khamis) bertempat di Fakulti Perubatan, UniSZA berhadapan HSNZ.

Dengan tema “Teroka Dunia Perubatan, Dekati Gaya Hidup Sihat”, program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik untuk staf, pelajar dan orang awam, termasuk:
• Pemeriksaan kesihatan percuma
• Pameran & lawatan fakulti
• Senamrobik perdana
• Derma darah
• Urutan & bekam
• Pemeriksaan gigi, telinga & pendengaran
• Pertandingan inovasi & booth pendidikan
• Gerai makanan & food truck

GRACE UniSZA turut membuka booth khas yang menampilkan:
• Infografik dan poster kesihatan warga emas
• Jualan hasil kraftangan oleh OKU dan minyak zaitun

Jom raikan gaya hidup sihat bersama GRACE UniSZA!






Pusat Gerontologi Fakulti Perubatan UniSZA (GRACE) dengan bangganya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua...
13/05/2025

Pusat Gerontologi Fakulti Perubatan UniSZA (GRACE) dengan bangganya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua pensyarah kanan Fakulti Perubatan UniSZA dan juga ahli jawatankuasa GRACE, Dr Noor Azlina Abu Bakar dan Dr Noor Azuin Suliman atas penglibatan sebagai penceramah plenari dalam Malaysia Olive Oil Summit 2025 yang berlangsung pada 24 Mei 2025.

Dr Azlina akan membentangkan tajuk:
Perubatan Berasaskan Bukti: Minyak Zaitun dalam Penyelidikan Terkini di UniSZA

Manakala Dr Azuin akan membentangkan tajuk:
Kesan Pengambilan Minyak Zaitun Lampante kepada Kesihatan berdasarkan Kajian UniSZA

Semoga dengan penglibatan ini dapat memperkukuh peranan Pusat Gerontologi UniSZA dalam mendepani isu penuaan sihat melalui penyelidikan berimpak tinggi.

Semoga ia terus menjadi inspirasi kepada warga akademik untuk terus maju dalam bidang penyelidikan dan inovasi kesihatan khususnya untuk warga emas.




Address

FAKULTI PERUBATAN UNISZA, Jalan SULTAN MAHMUD
Kuala
20400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Gerontologi Fakulti Perubatan Unisza posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Gerontologi Fakulti Perubatan Unisza:

Share